Tuesday, January 31, 2012

KISAS



assalamualaikum..

hari ini saya temankan mak dan abah saya pergi ke sekolah adik saya di Kolej Islam Sultan Alam Shah di klang, sebelum subuh lagi kami sudah bergerak. Adik saya ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini. Jadi tujuan kami datang sekolah dia supaya dia dapatlah motivasi dari kami supaya dapatkan keputusan yang cemerlang dan dapat banggakan mak dan abah, insya allah.



Sekolah adik saya di klang berdekatan dengan masjid di raja klang, alhamdulillah suasana di sana memang bagus sesuailah untuk adik saya belajar. Apa yang menarik bagi saya di sana ialah fasilitinya yang mencukupi,rakan-rakan sebaya yang baik-baik serta biah solehah yang ada di sana.

Kami berkesempatan berjumpa sengan ustaz dan ustazah yang mengajar adik saya, dalam banyak-banyak kata dalam perbualan antara guru yang mengajar dengan mak dan abah saya yang buat saya terkesan ialah 'kita sebagai anak, apa yang kita buat adalah untuk gembirakan mak dan ayah'. Allah, walaupun ustaz adik saya cakap dalam keadaan bersahaja tapi bagi saya sangat-sangat bermakna untuk saya perbaiki diri untuk buat apa yang saya buat untuk sukakan mak dan abah saya.

Bila macam itu saya rasa memang sangat penting kita berkhidmat untuk mak dan abah kita,lagi-lagi saya sebagai seorang anak lelaki memang sangat banyak tanggungjawab saya walaupun saya bukanlah anak yang tua tapi saya juga perlu ambil tanggungjawab.

Terasa banyak sangat ilmu dan amalan saya yang perlu saya tingkat dan perbaiki,oh,teringat saya bila pernah saya hadiri satu majlis/program pengurusan jenazah yang di anjurkan di kampus tempat saya belajar sedih sangat bila yang hadir mampu di kira mengunakan tangan yang Allah bagi pada kita.Allah,ilmu macam ini bagi saya sangat penting sebab saya rasa sebagai seorang anak saya yang akan/perlu uruskan jenazah mak dan abah saya dari segi mandi,kafan,solat hinggalah mengkebumikan jenazah.

sampai sini sahaja la ya, ha, sebelum habis sudi-sudi la tengok video bawah ini moga kita dapat manfaat.= )







Monday, January 30, 2012

tempat istimewa

Assalamualaikum..

Semalam masa sambil-sambil tengok anugerah juara lagu terdengar pengacara majlis bercerita serba sedikit tentang cerita di sebalik lagu Sungai Lui lagu nyayian aizat AF7 yang mana tempat tersebut adalah tempat aizat mencari ilham dan ketenangan. Bila difikir-fikirkan balik,saya juga ada suatu tempat istimewa bagi saya di rumah skudai apabila saya bosan dan kepala tengah berserabut saya akan pergi ke tempat tersebut.

Kawasannya tidak lah secantik dan se gah Sungai Lui tapi cukup lah membuat kan hati dan perasaan saya damai dan asyik dek melayan permandangan disana. Ianya tidal lah jauh dari tempat saya tinggal memang di antara laluan utama saya ketika hendak ke sekolah agama sewaktu sekolah dahulu.

Petang tadi,alhamdulillah saya berkesempatan juga untuk pergi dan duduk mengambil angin sambil menikmati alam ciptaan ilahi. = )

kawasan kanan banyak pemandangan hijau


ini tempat saya selalu duduk


kawasan ni juga tempat orang 'jogging'




kiri pula kita boleh nampak kesibukan jalan raya


inilah tempat istimewa bagi saya.macam mana,berminat? jemputlah datang rumah nanti saya bawak ke tempat ini.hehe..mmg kebanyakan kawan-kawan saya yang datang ke rumah saya akan bawak dia 'menikmati' pemandangan di sini.

*p/s: ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.(al-quran)

Saturday, January 28, 2012

adab memberi salam

assalamualaikum..

post sebelum ini saya ada menyebut tentang fadhilat dan kelebihan memberi salam kepada saudara se-islam kita. kali ini saya buat entri pasal beberapa adab dan hukum kita memberi salam,kene lah tahu juga nanti tak pasal-pasal hajat di hati nak dapat pahala tapi dalam tak sedar kita da buat benda yang menambahkan dosa kita yang sudah terlampau banyak.hehehe.

  • Sunnah bagi orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.

Demikianlah disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah yang muttafaq’alaih.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليسلم الصغير على الكبير، والمار على القاعد, والقليل على الكثير. وفي رواية: والراكب على الماشي. متفق عليه.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada yang berjalan.” (Bukhari 6231, 6234 dan Muslim 2160).


  • Dimakruhkan memberi salam kepada orang yang sedang buang hajat

kerana hadits Ibnu Umar Radhiallaahu ‘anhuma yang menyebutkan

أن رجلا مرّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يبول فسلّم : فلم يرد عليه (رواه مسلم)

“Bahawasanya ada seseorang yang datang ketika Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya”. (HR. Muslim)



Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.

Ucapan salam antara dua lelaki

1. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.
2. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.
3. memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.



Ucapan salam antara dua orang perempuan

Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.




Ucapan salam antara lelaki dan perempuan

1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
6. apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
7. harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.

Friday, January 27, 2012

tak SALAH tapi...


saya sangat-sangat tidak berkenan bila orang yang bertemu dengan saya dan memulakan dengan hello,hai dan sebagainya dan apabila mahu berpisah dia akan menyebut bye-bye. memang tak salah pon apa yang dia cakap tapi bagi saya apa yang dia cakap tu langsung tak memberi faedah buat saya dan diri dia sendiri.

jika ada orang yang telefon saya dan dia memulakan percakapan dia dengan hello dan terus bertanya tentang saya saya tidak cepat untuk membalas apa yang orang tu cakap,selepas beberapa saat baru saya membalas. sedih kadang-kadang malah pelik kenapa la susah sangat nak bagi salam,mudah sahaja malah dapat pahala lagi tak payah susah-susah..

salam adalah satu ucapan doa daripada kita buat saudara seislam kita,lihatlah betapa indahnya islam bila kita jumpa kawan kita pon kita doakan dia,cuba saudara/saudari cari atau buat research skit lepas ini ada tak agama lain yang bila sesama mereka berjumpa sahaja mereka salaing mendoakan antara satu sama lain?kalau ada beritahulah pada saya..hehehe..bertambah ilmu pengetahuan saya.

di sini saya selitkan sedikit fadhilat@kelebihan kita memberi salam..

Sabda Nabi: “Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri”

Ibnu Abbas ra berkata: “sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: “Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya”.

dalam hadis Rasulullah S.A.W pernah disebutkan bahawa ketika baginda sedang duduk beristirehat,,datang seorang lelaki menghampiri baginda lalu mengucapkan salam "Assalamualaikum" maka baginda menjawab salam pemuda tersebut lalu bersabda,,"sepuluh pahala kebaikan bagimu".
.selepas tu,,datang lagi seorang lelaki lalu mengucapkan salam "Assalamualaikum Warahmatullah",,baginda pun menjawab salam pemuda tersebut lalu bersabda,,"dua puluh pahala kebaikan bagimu"..
tidak lama kemudian,,datang lagi seorang lelaki menghampiri baginda lalu memberi salam,,"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh",,baginda pun menjawab salam lelaki tersebut lalu bersabda,,"tiga puluh pahala kebaikan bagimu"..

jadi,mulai hari ini mari kita sama-sama betulkan balik percakapan kita..

hendak seribu daya,taknak seribu dalih...= )

pulang jua akhirnya


assalamualaikum..

hari ini mak dan abah saya akan balik dari us dan uk..da hampir sebulan mak dan abah pergi sana meninggalkan kami di Malaysia..memang rezki mak dan abah pada umur macam ni masih berkesempatan untuk berjalan-jalan macam honeymoon la pulak kan berdua je ke oversea..hehehe

sebenarnya mak dan abah saya ke uk n us adalah atas sebab mahu melawat akak saya yang baru sahaja meyambung pelajaran pada peringkat PHD di Clemson University pada pertengahan tahun lepas,kesian dia beraya sorang-sorang je di perantauan..

di uk pula mak dan abah melawat abang sulung saya yang juga melanjutkan pelajaran pada peringkat PHD di Birmingham,da lama juga long kat sane..

hurm..macam mana la agaknya mak dan abah balik dari negara orang putih ni ye..agak2 boleh cakap melayu lagi tak agaknya..

"execuse me,sir that is my bag" ,memang saya tabik kat mak la kalau mak bole cakap macam tu..hehe..ni tak tau la balik ni beg yang mak bawak banyak ke tak lagi..bape banyak la beg tu da
beranak..hurm..mungkin macam ni nanti..hehe



ops,terlama pulak..dah-dah..banyak lagi tak kemas ni pening kepala mak dan abah tengok rumah tak berkemas maklum la orang bujang je yang duduk rumah ni..= )

Thursday, January 26, 2012

cuti semester

alhamdulillah..da hampir seminngu saya memulakan cuti semestar,saya budak akaun UiTM cutinya agak lambat skit berbanding pelajar kos lain seperti marketing,insurance,finance dan banyak lagi kos yg selain akaun yang kebanyakan dan rata-ratanya habis lebey awal dari kami dan kalau tgk universiti lain ade yg seminggu awal cuti dari kami..psycho kot.. agaknya UiTM ni mmg nak kami sayannnnng sangat kat UiTM kot..hurm..ntah la..

ha,macam mane dengan cuti semester kali ni? mungkin kebanyakan pelajar universiti mengambil kesempatan cuti ni untuk bekerja sambilan untuk cari side income yang lebey, yer la dari cuti dok kat uma je kan..tapi bagi saya cuti merupakan satu cabaran yang besar buat saya..haaaa,nak tau kenape?



bila di alam universiti pelajar-pelajar memang tak bole nak elak dari tak tidur lewat paling awal mungkin pukul 2..paling awal..ade yang terus tak tidur pon ade jadi burung hantu! nak siapkan assignment la,projek la, dan ...men game(erk..) jadi bile cuti ni saya memang jarang bekerja emm...rasanya memang tak pernah bekerja pon, saya memang habiskan cuti ni duk uma

ha saya duk kat uma bukan saje2 je tau,oleh kerana dalam adik beradik saya kebanyakannya semuanya laki2 jadi mak kami da train kami supaya kami ni pandai buat kerja2 umah,walaupon pada dasarnya mmg agak malas nak buat semua ni yer la ni kan kerja orang perempuan tapi nak taknak terpaksa la buat juga..

jadi ape yang akan saya buat?






macam2..dari basuh kain,sidai sampai la ke proses lipat dan simpan baju2 yang kadang2 perlu saya buat..bila kat dapur saya akan 'diminta' utk sediakan bahan untuk memasak,masak nasi,basuh pinggan mangkuk yang bertimbun di singki, tak cukup dengan tu saya akan sapu kawasan rumah yang da berhabuk pulak..dan yang menariknya mak saya ada la sedikit kebun yang sekankang kera dan kami yang ada kat rumah la yang akan di minta untuk teman mak pergi ke kebun..

ha,jangan ingat duk umah saje2 je tau..memang la nampak macam biase je tapi bagi seorang laki agak mencabar gak la nak buat semua ni tapi bila da lama2 buat da biase da tak kekok dan malu pon nak buat semua tu...


ok la ye..jumpa lagi lain kali..nak sambung kerja la...pada kawan2..cuti ni gunakan la sebaiknya ye..= )

ops,sebelum saya lupa hari ini adalah hari lahir adik kawan saya,di kesempatan ini saya ucap selamat hari lahir,moga panjang umur,murah rezki dan berjaya dunia akhirat buat

MUHAMMAD NURHASAN BIN SALMAN


assalmualaikum..

Wednesday, January 25, 2012

UNTA


saya da lama pikirkan pasal haiwan ini..
kenapa ya?
sebab..
dalam al-quran Allah ada menyarankan kita supa mengunakan akal pikiran yang ada ni memikirkan tentang kejadian unta..

"tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?"
( Al-Ghaasyiyah:18)

adakah Allah saja-saja suruh kita tengok akan kejadian unta?
setiap kejadian yang Allah cipta ada menafaatnya..
jadi..jom kita kita tengok ape yg unik n menarik tentang unta ni.. = )

Jika kita amati bagaimana unta diciptakan, kita akan menyaksikan bahwa setiap bagian terkecil darinya adalah keajaiban penciptaan. Yang sangat diperlukankan pada kondisi panas membakar di gurun adalah minum, tapi sulit untuk menemukan air di sini. Menemukan sesuatu yang dapat dimakan di hamparan pasir tak bertepi juga agak mustahil. Jadi, binatang yang hidup di sini harus mampu menahan lapar dan haus, dan unta telah diciptakan dengan kemampuan ini.

Unta adalah haiwan yang kuat. Unta mampu berjalan di padang pasir yang panas dan berbadai tanpa makan dan minum selama 1 bulan penuh! Unta terbagi kepada dua jenis, yaitu unta berbonggol satu (Camelus dromedarius) dan unta berbonggol dua (Camelus bactrianus). yang dapat ditemukan di daerah kering atau gurun di sekitar Asia dan Afrika. Rata-rata umur unta mencapai 50 tahun! selain itu unta juga bisa dimanfaatkan dengan diambil daging atau susunya.


Unta dapat bertahan hidup hingga lapan hari pada suhu lima puluh darjah celcius(50cc) tanpa makan atau minum. Ketika unta yang mampu berjalan tanpa minum dalam waktu lama ini menemukan sumber air, ia akan menyimpannya.

Unta mampu meminum air sebanyak sepertiga berat badannya dalam waktu sepuluh minit. Ini berarti seratus tiga puluh liter dalam sekali minum; dan tempat penyimpanannya adalah bonggol unta itu. Sekitar empat puluh kilogram lemak tersimpan di sini. Hal ini menjadikan unta mampu berjalan berhari-hari di gurun pasir tanpa makan apapun.

Kebanyakan makanan di gurun pasir adalah kering dan berduri. Namun sistem pencernaan pada unta telah diciptakan sesuai dengan kondisi yang sulit ini. Gigi dan mulut binatang ini telah dirancang untuk memungkinkannya memakan duri tajam dengan mudah. Perutnya memiliki kelebihan yang khusus dan tersendiri sehingga cukup kuat untuk mencerna hampir semua tumbuhan di gurun pasir.

Angin gurun yang muncul tiba-tiba biasanya menjadi pertanda kedatangan badai pasir. Butiran pasir menyesakkan nafas dan membutakan mata. Tapi, Allah telah menciptakan sistem perlindungan khusus pada unta sehingga ia mampu bertahan terhadap kondisi sulit ini.

Kelopak mata unta melindungi matanya dari dari debu dan butiran pasir. Namun, kelopak mata ini juga transparan atau tembus cahaya, sehingga unta tetap dapat melihat meskipun dengan mata tertutup. Pada hidung unta pula Ketika badai pasir menerpa, ia menutup hidungnya dengan penutup khusus.

Salah satu bahaya terbesar bagi kendaraan yang berjalan di gurun pasir adalah terperosok ke dalam pasir. Tapi ini tidak terjadi pada unta, sekalipun ia membawa muatan seberat ratusan kilogram, karena kakinya diciptakan khusus untuk berjalan di atas pasir. Telapak kaki yang lebar menahannya dari tenggelam ke dalam pasir, dan berfungsi seperti pada sepatu salju.

Kaki yang panjang menjauhkan tubuhnya dari permukaan pasir yang panas membakar di bawahnya. Tubuh unta tertutupi oleh rambut lebat dan tebal. Ini melindunginya dari sengatan sinar matahari dan suhu padang pasir yang dingin membeku setelah matahari terbenam.

Beberapa bagian tubuhnya tertutupi sejumlah lapisan kulit pelindung yang tebal. Lapisan-lapisan tebal ini ditempatkan di bagian-bagian tertentu yang bersentuhan dengan permukaan tanah saat ia duduk di pasir yang amat panas. Ini mencegah kulit unta agar tidak terbakar. Lapisan tebal kulit ini tidaklah tumbuh dan terbentuk perlahan-lahan; tapi unta memang terlahir demikian. Kelebihan-kelebihan ini memperlihatkan kesempurnaan penciptaan unta.

Subhanallah...Marilah kita renungkan semua ciri unta yang telah kita saksikan. Tak satupun dari ini semua dapat dijelaskan oleh logik teori evolusi, dan kesemuanya ini menyatakan satu kebenaran yang nyata: Unta telah diciptakan secara khusus oleh Allah untuk hidup di padang pasir, dan untuk membantu kehidupan manusia di tempat ini.

Begitulah, kebesaran Allah dan keagungan ciptaan-Nya tampak nyata di segenap penjuru alam ini, dan Pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu.



Tuesday, January 24, 2012

permulaan..

assalamualaikum...
hurm..
semua orang da lama da ade blog,facebook,twitter dan sebagainya..
tapi saya memang agak lambat dalam hal-hal ni..
puas kawan-kawan saya pujuk,paksa,ugut(erk..sampai macam tu sekali?) semata-mata untuk saya buat semua ni
dan akhirnya...

lahirlah blog yang tak seberapa ini...

Lebih BAIK dari semalam....

ye,moga-moga akan ade perubahan demi perubahan yang baik dalam diri saya
yang semestinya lebih BAIK dari semalam..

insya' allah..
ameen..= )