Sunday, December 22, 2013

pelanduk dua serupa

Assalamualakum..
Alhamdulillah..dapat juga balik ke bumi Malaysia tercinta tanah tumpah darahku.perjalanan/safar  di negara orang rasa macam sekejap sahaja. Banyak perkara yang saya dapat belajar dan banyak juga tarbiah dan tazkiah yang di peroleh.

Hari ini adalah hari lahir abah, moga Allah panjangkan  umur abah supaya dapat terus menyumbang jasa kepada masyarakat. Pernah dengar tak yang manusia dalam Dunia ini Allah akan cipta beberapa dari mereka seakan sama mukanya kalau dalam pepatah melayu pelanduk dua serupa kalau tak silap 7orang yang mukanya sama tapi tak serupa.

Ketika safar terakhir saya di Pakistan yang ketika itu tengah musim sejuk saya berkesempatan hadir ke ijtimak raiwind(perhimpunan ummah) yang hadir ketika itu hampir ratusan ribu orang  dari yang berpangkat tinggi hingga ke orang biasa,ulama-ulama,syeikh-syeikh,dan orang islam dari berbagai pelusuk negara seperti mesir,jordan,china,england,somalia,burma,indonesia dan beberapa negara lagi yang hadir semata-mata untuk dengar nasihat-nasihat dari orang yang alim dan yang telah lama buat usaha untuk kembangkan agama.di sini kita akan jumpa 

Suatu hari dalam kesibukan dan kepadatan suasana ijtimak tiba-tiba dalam sekilas pandang saya ternampak seorang yang punya muka iras seperti ayah saya. Sekali pandang terus rasa pelik bilamasa abah datang sini?.rupa-rupanya pakcik itu adalah orang lain Cuma muka sahaja ada iras.(fuhh)

Sebelum balik sempat juga ambil gambar bersama beliau buat kenangan bersama “abah” di negara jauh.




Sekian..= )