Friday, July 27, 2012

kemalangan hari ini


Assalamualaikum..


Dalam sejarah, hari inilah saya buat pertama kalinya di langgar oleh kereta ketika hendak balik pulang ke rumah selepas teman mak beli buku di pasar larkin. Kejadian berlaku sekelip mata dan saya tak sedar pun yang saya di langgar oleh kereta kerana pada mulanya saya sangka saya telah terlanggar ‘divider’ jalan.


Alhamdulillah, tiada yang cedera dan orang yang melanggar kereta saya pun bertanggungjawab atas kesalahan yang di lakukan. Syukur juga saya pernah terdengar sebelum di kaca televisyen supaya kita jangan cepat panic bila berlaku kemalangan tetapi selepas itu apa perlu kita buat ya?

Saya cuba untuk menelefon abah dan Uda kerana mereka yang paling dekat untuk di hubungi tetapi berkali-kali saya telefon tidak berangkat maka terpaksalah telefon Ngah di Putrajaya untuk bertanya apakah yang perlu saya buat selepas itu. Jadi, Ngah nasihatkan supaya membuat laporan polis.
Disini tips untuk membuat laporan polis jika berlaku kemalangan di antara kita :

Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.

  1. Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, apabila mengaku punca kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan telefon dan sebagainya, akan membawa kepada implikasi saman.
  2.  Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.
  3. Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun, beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.
  4. Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM 300.
  5. Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah!

Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak

  1. Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa kenderaan di hadapan sebagai "yang dilanggar" dan kenderaan di belakang sebagai "yang melanggar", kecuali dibuktikan sebaliknya.
  2. Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana "bersalah" melanggar kenderaan hadapan.
  3. Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz; contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang "bersalah" adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.
  4. Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki, pemilik kenderaan akan didapati "bersalah", kecuali dibuktikan sebaliknya.
  5. Maka, "pihak yang bersalah" akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.
  6. Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan. Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!

Kesian kat kereta savvy Kak Ju tak pasal-pasal kena masuk bengkel lagi untuk di baiki segala calar dan kemek akibat di langgar oleh orang hari sabtu baru siap. Hari isnin pula kena masuk balik bengkel untuk betulkan pembuka pintu yang Long rosakkan dan Box dalam kereta yang Uda rosakkan. Sabar ya Savvy.huhu..

terukkan?abis calar belah tepi kereta ni.


p/s : ada cadangan tak nak bagi nama apa kat Savvy ini?

Sekian..  = )

Thursday, July 26, 2012

Tasbih Digital


Assalamualaikum..


Anda pernah jumpa benda macam ini tak?





Ini ialah tasbih digital,saya pernah jumpa tasbih digital sebegini sebelum ini tapi tidak tertarik kerana lebih selesa untuk memakai tasbih biasa tetapi sejak menjadi “driver” mak ini saya mula tertarik dengan tasbih kecil ini. Di sebabkan bentuknya yang kecil dan boleh dilekat di jari-jari kita maka ia lebih memudahkan kita untuk berzikir walaupun kita tengah memandu,angkat barang,teman mak cari buku dan sebagainya.


Rasa menyesal pula tak beli bila ada seorang kawan sudah tawarkan untuk tolong membelikan tasbih digital ini. Maaf ya,nanti belikanlah lagi tapi jadikan hadiah.. = p

macam-macam warna ada.


Sekian.. = )

Wednesday, July 25, 2012

Kerlipan Cinta


Assalamualaikum..

Bila saya rasa nak dengar lagu rabbani ini adalah lagu yang akan saya dengar terlebih dahulu dalam banyak-banyak lagu rabbani.

 
Kerlipan Cinta

 




Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya

 
Walaupun ada lagi liriknya yang masih tidak dapat saya fahamkan mungkin melodi dan muziknya yang menarik minat saya untuk terus mendengar.hurm..berpikir..

sekian..= )