Friday, February 22, 2013

di sebalik musibah yang datang



Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsi apa yang saya dengar ketika hadir solat jumaat dan mendengar khutbah(sebab ada entri kawan-kawan cakap nak tahu apa yang khatib berkhutbah di masjid). Tajuk Khutbah hari ini adalah MUSIBAH.



Perkara penting yang boleh di ambil dari khutbah yang saya dengar sebentar tadi ialah Musibah terbahagi kepada tiga(3) iaitu :

1                    Kafarah
Kafarah ialah satu musibah yang Allah beri kepada hamba-hamba dia yang baik supaya dia sedar dan insaf atas kesalahan yang telah dia lakukan sama ada secara sengaja atau tidak,secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Musibah yang diberi ini juga untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh hamba ini supaya di akhirat nanti tidak perlu lagi di azab.

2                    Bala
Bala pula adalah musibah yang Allah turunkan kepada hamba-hambanya yang ingkar dan selalu melakukan kejahatan. Mereka bukan sahaja diseksa didunia malah juga akan diseksa di akhirat akibat dari perbuatan yang telah mereka lakukan. Seperti mana Allah telah menurunkan Bala kepada Firaun dengan meneggelamkan dia di dalam arus sungai Nil, mematikan Namrud dengan hanya mengunakan seekor nyamuk yang tempang juga meneggelamkan Qarun ke dalam perut bumi akibat tamak dan haloba dengan harta yang diperoleh.

3                    Ibtilak
Musibah yang diturunkan kepada mereka ini bukanlah disebabkan mereka telah membuat dosa atau membuat Allah murka akan tetapi musibah yang diturunkan kepada mereka ini adalah sebagai tanda Kasih dan Sayang Allah kepada Hamba tersebut. Malah dengan datangnya musibah ini kepada mereka menjadi sebab darjat mereka menjadi tinggi dan semakin dekat dengan Allah. Contoh yang kita dapat ambil adalah sebagaimana para nabi ulul Azmi (Nabi Muhammad Sollahu ‘Alaihi Wassalam,Nabi Isa Alaihi salam,Nabi Musa Alaihi salam , Nabi Ibrahim Alaihi salam  dan Nabi Nuh Alaihi salam)nabi-nabi yang diberi ujian dari Allah lebih dari nabi-nabi yang lain.

Firman Allah. :

 A214

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).  (Al-Baqarah 2:214)




 moga kita semua dapat tabah dan bersangka baik dengan musibah yang menimpa. elakkan dari mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti "kenapa Aku yang kena?bukan orang lain" sebalik kita menukar perkataan ini dengan " musibah ini adalah pengahapus dosa-dosa yang telah aku lakukan" "Alhamdulillah,aku dipilih untuk terima semua ini"

Sekian..= )


Wednesday, February 20, 2013

pabila siang dan malam berdebat



Assalamualaikum..

Di dalam kitab NUZHATUL MAJALIS  ditulis satu kisah mengenai perdebatan antara siang dan malam dan perdebatan antara mereka ialah “Siapa yang lebih BAIK?”



Mula-mula siang berkata “daku mengandungi 3 solat fardhu,daku mempunyai detik di hari jumaat jikalau doa diminta pasti akan dijawab”. Ia selanjutnya berkata, “wahai malam!dikau menyebabkan mengantuk,tidur dan lalai tetapi daku adalah punca kegiatan dan kemakmuran. Matahari yang muncul menerangi dunia ini,muncul pada masaku”



Malam berkata “ wah! Kau banggakan matahari. Dengar ! matahari-matahariku adalah hati-hati yang melakukan tahajud dan bertafakur di atas kebijaksanaan Allah. Kamu tidak mempunyai kesunyian yang memberi tenang mengingati Allah pada malam hari. Di samping kebaikkan ku ini daku mempunyai  penghormatan malam mi’raj. Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassalam mengambarkan kebaikkanku sebagai ; 

 A079

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Al-Israa' 17:79)

Selanjutnya malam berkata “daku mempunyai malam Qadar di dalamku, pada malam itu Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassalam diberikan perkara yang –perkara yang belum pernah difikirkan oleh sesiapapun.”. lebih-lebih lagi, menurut Hadiṥ Qudsi, Allah berfirman pada bahagian akhir  malam : jika sesiapa yang memohon kepadaku Daku akan mengabulkan,jika seseorang bertaubat kepadaku Daku akan menerimanya” malam meneruskan lagi, “tidakkah kamu sedar akan perintah Allah ini?”

A002A001
                                                                                                               
Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) (Al-Muzzammil 73:1)

Lihatlah ayat Al-Quran berikut :
 A001

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Israa' 17:1)

Sekian..= )


Friday, February 15, 2013

peluang kedua



Assalamualaikum..

15/2/2013 mungkin tarikh yang paling mencemaskan buat sebahagian besar pelajar UiTM seluruh Malaysia kerana keputusan bagi peperiksaan akhir bagi sessi September- Disember. Saya tak teringat pun dengan keputusan periksa ini sampailah beberapa orang sahabat yang kecoh-kecoh.

Ada yang Tanya pada saya “apa keputusan periksa kau?” hurm..rasa macam malas sahaja nak jawab sebab untuk pelajar semester 7 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan keputusan kami hanya dua sahaja LULUS atau GAGAL tidak langsung membabitkan GPA bahkan CGPA sekalipun.

Ya, agak pelik sedikit biasa bila kita praktikal terus habis dan ‘Grad’kan? Kami pula sebaliknya selepas berpraktikal di syarikat yang kami pohon kami perlu kembali semula ke kampus untuk sambung belajar balik untuk menghabiskan baki satu semester lagi.

Perkara seperti ini saya anggap seperti peluang kedua kepada kami.

Peluang kedua untuk


1.       Belajar

2.       Habiskan masa dengan kawan-kawan

3.       Baiki ‘kesilapan’ yang dibuat


sem 8 = teori  (T.T)



 Awal bulan march ini saya sudah mula naik belajar.Orang kata waktu belajar inilah waktu yang paling seronok tetapi ada satu sahaja yang  menyerabutkan kepala saya. Boleh ke saya belajar balik? Hampir 6 bulan saya tak sentuh buku akademik tambahan pula kerja semasa praktikal pun tak sentuh sangat pun bidang perakaunan. Entah berapa banyak karat yang ada.




Apapun doakan saya ya?

Sekian..= )

Thursday, February 14, 2013

mood..mehlah datang sini.



Assalamualaikum..

Fuhh,,lama sungguh tak menulis..hehe


Tak ada perasaan nak menulis setakat ini. Sekarang pun masih tak ada perasaan nak menulis walaupun ada sahaja perkara yang nak dikongsi dan dicerita.semuanya sebab malas



Dan akhirnya saya tetap paksa diri untuk menulis .

PAKSA.

Anda pernah dipaksa? Pasti pernah bukan. Apa perasaan bila di paksa?
Bila dipaksa maka akan timbullah juga satu makhluk yang bernama

TEKANAN.

Dua benda ini memang tak boleh pisah.
Saya secara jujur tidak suka dipaksa makin dipaksa makin liatlah saya nak buat kerja disuruh. n_n



 Tapi dari segi yang lain ianya banyak membantu saya.

Bila ada tekanan maka barulah manusia akan berfirkir
Bila manusia ditekan barulah dia akan bergerak
Bila datang tekanan maka ianya akan membantu kita belajar benda baru



Ha..

Sekian.. = )