Wednesday, March 14, 2012

wasiat.

Assalamualaikum..

Di suatu negara pada zaman dahulu ada seorang kaya yang mempunyai 3 orang anak. Orang kaya ini sangat tua dan uzur, di saat-saat akhir kehidupan orang kaya ini telah memanggil ketiga-tiga anaknya masuk ke dalam biliknya.

Orang kaya : anak-anak ku bapak rasa umur bapak sudah tak panjang, jadi sebelum bapak ‘pergi’ bawak nak wasiatkan harta yang bapak ada kepada anak-anak bapak.

Anak-anak : baik bapak.

Orang kaya : bapak ada 19 ekor unta, jadi bapak nak bahagikan 1/2 kepada abang long, 1/4 kepada abang ngah dan 1/5 kepada adik yang bongsu. Bapak nak kamu bahagikan dengan sama rata dan adil dan kamu semua tidak di benarkan menyembelih unta tersebut sehinggalah kamu dapat membahagi-bahagikan kesemua unta tersebut.



Selang beberapa hari, orang kaya tersebut telah meninggal dunia setelah siap di mandikan,di kafan, di sembahyang dan dan di kebumikan maka anak-anak orang kaya ini telah berkumpul di satu kawasan yang lapang bagi meyelsaikan wasiat terkahir bapa mereka. Orang ramai juga turut serta bersama mereka untuk melihat tiga beradik itu membahagi-bahagikan harta peninggalan bapa mereka kerana hanya orang kaya tersebut sahaja yang mempunyai unta ketika itu.



Pembahagian unta pun bermula dengan membahagikan unta sebanyak 19 ekor kepada abang long.

Abang long : abang di wasiatkan dengan mendapat 1/2 dari 19 ekor unta,abang ngah dapat bahagian 1/4 dan busu dapat bahagian sebanyak 1/5.

Abang ngah dan busu : betul

Jadi sesi kira-kira bermula kerana mereka mahu membahagikan unta –unta tersebut secepat mungkin tetapi bila mereka mahu membahagikan unta tersebut lain pula yang jadinya kerana 19 bahagi 2 jawapannya ialah 9.5, terlebih 0.5 dan mereka teringat kata bapa mereka

“bahagikan dengan sama rata dan adil dan kamu semua tidak di benarkan menyembelih unta tersebut sehinggalah kamu dapat membahagi-bahagikan kesemua unta tersebut”

Maka mereka pun beralih kepada pembahagian anak kedua pula.Anak yang kedua mendapat bahagian sebanyak 1/4,maka mereka pun membahagikan 19 ekor unta kepada 1/4 dan hasilnya ialah 4.75, mereka masih lagi tak dapat membahagikan unta tersebut kepada anak yang kedua. Oleh kerana tidak mahu membuang masa berfikir mereka terus ber alih kepada pembahagian unta kepada anak yang bongsu.

Anak yang bongsu pula mendapat bahagian sebanyak 1/5, dan perkara yang sama juga telah berlaku mereka tidak dapat membahagikan unta-unta peninggalan bapa mereka kerana 1/5 dari 19 unta ialah 3.8. mereka adik beradik buntu mencari peyelsaian untuk membahagikan unta-unta tersebut secara hidup tanpa perlu di sembelih seperti mana wasiat yang telah di tinggalkan oleh bapa mereka. Orang ramai yang berada di sekitar tanah lapang tempat tiga beradik itu membahagikan harta peninggalan bapa mereka mula kecoh kerana unta tersebut masih lagi tidak mampu di bahagi-bahagikan mengikut wasiat yang ditinggalkan oleh orang kaya.

Hurm..jadi, macam mana ya nak meyelsaikan masalah mereka ini? Boleh ke mereka mebahagi-bahagikan unta tersebut? Kita sambung kisah ini dalam entri yang akan datang insya-Allah kalau panjang umur. Bagi mereka yang nak cuba meneka boleh juga. Situasinya ialah

1.ada 19 ekor unta

2. unta tersebut perlu di bahagikan sama-rata tanpa perlu di sembelih(di bahagi hidup-hidup)

3. bahagian bagi setiap anak-anak

· Abang long = 1/2

· Abang ngah = 1/4

· Busu = 1/5 .

4. hanya orang kaya tersebut sahaja yang ada unta.



Sekian..= )


Monday, March 12, 2012

my check-list


Assalamualaikum..

Hari ini kelas saya ada dua sahaja, jadi bagi mengisi kekosongan masa saya mendapat idea untuk membuat satu ‘check-list’ untuk amalan kita sepanjang hari. Saya mendapat idea ini kerana terasa diri sudah menjadi semakin malas malah ada orang yang telah menegur saya telah banyak berubah berbanding diri saya yang dulu.

Check-list ini sebenarnya saya pernah dapat ketika saya di zaman sekolah menengah lagi bilamana seorang senior telah memanggil kami adik-adik junior dan kemudian mengagihkan kepada kami sehelai seorang. Saya masih ingat lagi kata senior itu “dapat kertas ni simpan jangan buang,bila kita dah buat kita tick” tapi sayang kerana kertas yang saya peroleh telah hilang dan langsung tidak bersempatan untuk mengisi ‘check-list’ itu sebagai muhasabah diri.

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya dapat buat satu check-list amalan harian ini dan saya berharap dengan adanya ‘check-list’ ini dapatlah saya memperbaiki diri saya yang lemah ini kepada seorang yang lebih BAIK insya-allah..

saya ada sertakan sekali 'check-list' bersama. jadi sesiapa yang berkenan atau berminat untuk ambil amatlah saya alu-alukan.

sekian..= )

check-list..


Saturday, March 10, 2012

eh,mana ni?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,akhirnya saya selamat sampai di putrajaya tengah hari tadi. Tidak semena-mena minggu ini saya perlu pergi ke rumah abang saya. Semua ini berpunca dari silap diri saya juga akibat kecuaian diri, telefon bimbit yang saya bawa telah terlepas pandang dan tertinggal dalam kereta abang saya ketika dia menghantar saya pulang ke Melaka minggu lepas.

Akibat kecuaian saya ini, hidup saya pada minggu pertama perkuliahan amatlah caca marba tak tentu arah jadinya. Macam-macam perkara penting tak dapat saya lakukan akibat saya tidak dapat menghubungi kawan-kawan kerana semua nombor telefon mereka telah tersimpan dalam telefon bimbit saya.

Keadaan jadi bertambah teruk apabila hari pertama dan kelas pertama saya tidak tahu di mana kelas itu berlangsung. Bila saya semak pada jadual di papan kenyataan fakulti kelas tiada pada waktu pagi tapi bila saya semak semula pada jadual sistem UiTM saya memang ada kelas pada pukul 8.30 pagi! Akibatnya saya terpaksa menebalkan muka untuk meminta seorang kawan untuk menhubungi kawan kelas saya tapi malangnya dia pun tak dapat membantu saya kerana telefon bimbit dia juga mempunyai masalah.

Tapi, saya bersyukur sangat bila pada kelas yang seterusnya kawan sekelas saya maklumkan pada saya bahawa kelas pada pukul 8.30 pagi telah diubah waktunya selain saya dapat meminjam sebuah telefon bimbit dari seorang adik ‘junior’ saya.

Tapi itulah nak buat macamana memang saya tak ingat betul yang saya terletak telefon bimbit di kereta abang saya dan bila saya perasaan menyesal tak sudah jadinya. Lupa sebenarnya adalah memang sifat manusia sebab nabi solallahu alaihi wassalam pernah bersabda (mafhumnya)

“Sesungguhnya aku adalah manusia seperti kamu, aku lupa sepertimana kamu lupa. Apabila aku lupa maka peringatila aku”. Manusia sendiri dalam bahasa arab dipanggil ‘insan’ dan pengertiannya didalam bahasa arab adalah ‘lupa’ sebab itulah Ibnu Abbas mengatakan “sesungguhnya manusia dipanggil insan kerana sifat lupanya sebab itu dikatakan bahawa sifat lupa adalah fitrah manusia.

Jadi, setelah dapat kembali telefon bimbit, rasa macam terlepas satu ‘tension’ dekat kepala. Sini saya juga ada petua yang bila saya terlupa/tercicir barang mak saya akan menyuruh saya membaca ayat yang kita akan baca bila kita buat sujud sahwi sampailah saya jumpa barang tersebut

[سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu (“Maha Suci Allah yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa)”.


Sekian..= )