

Semalam masa sambil-sambil tengok anugerah juara lagu terdengar pengacara majlis bercerita serba sedikit tentang cerita di sebalik lagu Sungai Lui lagu nyayian aizat AF7 yang mana tempat tersebut adalah tempat aizat mencari ilham dan ketenangan. Bila difikir-fikirkan balik,saya juga ada suatu tempat istimewa bagi saya di rumah skudai apabila saya bosan dan kepala tengah berserabut saya akan pergi ke tempat tersebut.
Kawasannya tidak lah secantik dan se gah Sungai Lui tapi cukup lah membuat kan hati dan perasaan saya damai dan asyik dek melayan permandangan disana. Ianya tidal lah jauh dari tempat saya tinggal memang di antara laluan utama saya ketika hendak ke sekolah agama sewaktu sekolah dahulu.
Petang tadi,alhamdulillah saya berkesempatan juga untuk pergi dan duduk mengambil angin sambil menikmati alam ciptaan ilahi. = )
Demikianlah disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah yang muttafaq’alaih.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليسلم الصغير على الكبير، والمار على القاعد, والقليل على الكثير. وفي رواية: والراكب على الماشي. متفق عليه.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada yang berjalan.” (Bukhari 6231, 6234 dan Muslim 2160).
kerana hadits Ibnu Umar Radhiallaahu ‘anhuma yang menyebutkan
أن رجلا مرّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يبول فسلّم : فلم يرد عليه (رواه مسلم)
“Bahawasanya ada seseorang yang datang ketika Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya”. (HR. Muslim)
Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.
Ucapan salam antara dua lelaki
1. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.
2. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.
3. memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.
Ucapan salam antara dua orang perempuan
Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.
Ucapan salam antara lelaki dan perempuan
1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
6. apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
7. harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.
MUHAMMAD NURHASAN BIN SALMAN