Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

nah, gi sembelih



Assalamualaikum..

(ini adalah entri berbentuk ala-ala cerpen)

Suasana siang di johor sangat terik,sesuai dengan maksud ramadhan yang membakar. Ye, ia telah membakar kekuatanku pada waktu petang dan hanya mampu berehat dan menyimpan tenaga untuk perkara-perkara yang perlu sahaja.

Tiba-tiba,”zakiiiiiiii..kau gi dapur tolong mak kejap”mak menjerit memanggil pinta ditolong. Almaklum, adik beradik majoriti lelaki dan hampir semua sudah punyai keluarga dan duduk asing-asing jadi nak tak nak terpaksalah juga guna kudrat anak lelaki dia yang tak berapa nak rajin ini membantu.

Dalam keadaan separa sedar dan mamai yang kuat di gagahkan juga pergi ke dapur. Arahan mak perlu di taati sampai di dapaur saya terus bertanya “mak nak zaki tolong ape ni?” sambil mencari-cari kelibat mak di dapur.

“ni ha kau sembelih siput-siput ni” ha?siput pun kena sembelih juga ke?bisikku dalam hati.bukan biasa di sembelih lembu,kambing dan ayam ke? Suatu perkara yang jarang-jarang kita dengar. Sembelih SIPUT!

“camne mak?tak pandai la”balas ku jujur.” Kau tengok tu kan da ada parang dengan kayu tu kau amik satu siput kau potong belakang dia”mak menerangkan sambil menunjukkan demo. Aduh, potong ekornya rupanya ku ingat apalah tadi.eh..apa benda yang kat bekas kecil ni?haaaa..siput sedot yang masih hidup! 

“nah, kau buat pulak,siput ni memang hidup nanti nak masak dia mati la. Penat abang udin kau kat kampong kutip”terang mak kepada ku sebelum sempat aku bertanya.mak sudah tahu baca isi hati ku kah?

Aku pun menyambung “menyembelih” siput-siput sedut ini, aku sudah Nampak plastic berwarna berwarna putih yang isinya berwarna hitam di dapur sejak semalam lagi.ku pikirkan itu adalah sampah dan ingin membuangnya tapi bila teringat yang mak mempunyai pantang yang barang miliknya jangan sembarangan buang aku terus padam niat suci ku itu.

Bendalah yang berwarna hitam itu rupanya adalah hampas kelapa supaya bole di makan oleh siput-siput itu(barangkali bertujuan bagi siput-siput ini gemuk sedikit kot).setelah selesai memotong ekor siput ini aku pergi ke singki pula untuk meneruskan langkah kedua iaitu membasuh. Oh ya, sebelum terlupa siput sedut ini bakal jadi juadah berbuka puasa kami jadi sudah perlu di siapkan bahan-bahan supaya mudah nanti hendak memasak. Selalunya siput sedut ini di masak lemak cili padi.(terbayangkan sahaja sudah terliur)

HABIS..

Itu sahajalah, cerita yang hendak di kongsi.tugas saya sampai itu basuh sahaja bab masak saya serahkan semula pada mak dia lagi arif kalau nak suruh saya tak merasalah siput sedut masak lemak cili padi.
Huhu..nampak sangat jakun dan Bandar kan? Tapi itulah realitinya, saya memang pertama kali melihat dan memotong siput sedut.selama ini tahu makan sahaja  tetapi kali ini kena buat sendiri dan maksak sendiri. Satu pengalaman yang menarik.

jom kita layan gambar pula




Sesi ‘menyembelih’







yang bulat merah tu adalah siput yang masih hidup
peralatan penting-parang,bekas, kayu.




Sesi membasuh/membersih

 





Sesi makan..= D





Sekian..=)

Tuesday, February 5, 2013

besarkan 'bekas'mu



Assalamualaikum..

Di satu kampong ada seorang pak tua yang mempunyai banyak pengalaman malah barang siapa yang meminta nasihat akan di beri nasihat yang baik untuk mereka. Pada suatu hari datang seorang anak muda yang mengadu bahawa dia mempunyai banyak masalah.

Lalu pak tua ini berkata kepada anak muda itu, “anak pergi ke dapur dan ambilkan pakcik segenggam kopi dan segelas cawan berisi air”.



 Tanpa banyak soal anak muda ini terus mengambil apa yang di suruh oleh pak tua, “sekarang masukkan segenggam kopi yang ada pada tangan kamu itu kedalam gelas yang berisi air ini” pemuda itu mengikut arahan yang diberikan “kemudian kamu kacau hingga sebati dan minum air kopi itu” setelah dirasa kopi yang dimasukkan kedalam gelas sudah larut anak muda ini terus minum air kopi tersebut “ belum sempat menghabiskan tegukkan pertama dia telah memuntahkan air kopi itu.”pak tua, pahit sungguh kopi ini mana boleh hendak di buat minum kalau macam ini!”

Pak tua tergelak besar melihat gelagat anak muda itu. “nah, sekarang mari kita pergi ke perigi yang berada di luar rumah pula.



 Mereka berdua pun pergi ke perigi yang dibuat oleh orang kampong untuk kegunaan orang ramai setelah sampai paktua bersuara “nak, sekarang kamu masukkan segenggam kopi kedalam timba air perigi ini,kamu kacau dan terus minum” arahan yang sama dikeluarkan.



Anak muda itu memasukkan segenggam kopi kedalam timba air dibancuh hingga sebati diminum seteguk air yang dibancuh itu.”sekarang apa yang kamu rasa?”Tanya pak tua. “tak terasa pun pahitnya kopi ini rasa biasa sahaja”jawab anak muda tersebut.


Paktua tersenyum”sebenarnya masalah yang dihadapi oleh kita ini tak ubah macam segenggam kopi yang kamu pegang tadi ianya sama sahaja Cuma yang membezakannya ialah besarmana ruang/bekas yang menerimanya. Semakin besar bekas yang menerima maka ‘kepahitan’ masalah akan berkurangan.

p/s : setiap ketidak kesempurnaan kita pasti Allah akan datangkan kelebihan.

Pp/s : orang yang bahagia mungkin tak senyum tak ketawa tetapi orang yang tersenyum in shaa Allah akan bahagia

Sekian.. = )


Thursday, January 24, 2013

Biar DIA yang tentukan





“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Sekian..= ) 


Thursday, December 27, 2012

tak salah pun bersangka baik



Assalamualaikum..

Cerita ini juga terdapat di dalam kitab Ar-Ridha ’Anillah yang diriwayatkan oleh Al-Hafiz ibnu Abi Dunya. Diceritakan oleh seorang ulama tabiin di Kufah bernama Masruq Bin Ajda.

Di sebuah desa pendalaman terdapat sebuah keluarga yang memiliki seekor ayam,keldai dan anjing.

Ketiga-tiga haiwan ini sangat disayangi kerana manfaat yang diberi kepada keluarga tersebut.

 Ayam membangunkan solat,



 keldai digunakan untuk mengambil air 




manakala anjing pula menjaga rumah.



Suatu hari, seekor musang telah memangsa ayam mereka. Seisi keluarga menjadi amat sedih. Namun si Ayah berkata, ” Tidak apa-apa. In shaa Allah (takdir ini) baik untuk kita.”

berapa hari kemudian, seekor serigala membunuh keldai mereka pula. Ahli keluarga itu kembali bersedih. Namun si Ayah tetap berkata, ” Tidak apa-apa. In shaa Allah (takdir ini) baik untuk kita.”

selepas itu,selang berapa waktu yang berlalu anjing mereka pula mati secara mendadak. Maka seluruh ahli keluarga kembali bersedih si Ayah kembali berkata ” Tidak apa-apa. In shaa Allah (takdir ini) baik untuk kita.”

Pada suatu pagi, ahli keluarha ini terbangun dari tidur lalu mendapati bahawa seluruh penduduk desa telah ditawan dan sibawa pergi oleh sekumpulan perompak pada malam tersebut.

Hanya mereka sahaja yang tinggal dan terselamat dari keganasan perompak kerana perompak hanya mendatangi rumah-rumah yang terdengar bunyi haiwan di dalamnya sahaja.

Lebih BAIK dari semalam

Kita sering kali mengeluh dengan apa yang berlaku pada diri kita dan kita rasa kenapalah kita diperbuat sebegitu rupa. Malah kejadian-kejadian yang berlaku telah membuatkan kita putus harap dan mengalah sebelum mencuba.

Tertarik nak ambil kata-kata seorang sahabat Pasti ada kebaikan dalam setiap ketentuan. Hikmah yang tersembunyi, kadang-kadang tak tercapai oleh fikiran cetek manusia”.

Saya yakin dan pasti bahawa Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Malah perancangan Allah adalah yang terbaik.

Bersangka baiklah mungkin kesusahan kita di masa ini adalah untuk keceriaan dan kegembiraan kita di masa yang akan datang. Siapa tahu?



Sekian..= )