Showing posts with label bersafar. Show all posts
Showing posts with label bersafar. Show all posts

Sunday, February 2, 2014

cobaan



Assalamualaikum..

Pagi tadi saya dapat panggilan dari rakan sekampus yang sama-sama belajar agama dengan saya dan kebetulan beliau juga ingin pergi ke benua india.

“macam mana dengan kau urusan nak ke sana?”saya bertanya “aduh,tak tahulah esok baru boleh buat urusan visa” “ooo.sabarlah.memang lambat sikit nak uruskan visa ni” “tulah,aku da lama juga ni menunggu” “takpe,biasalah tu Allah datangkan Ujian nak tengok hati kau bulat ke tak”.setelah itu saya bagi sedikit cadangan dan dan juga kata-kata semangat sebelum mengakhir perbualan kami.




Hampir setiap orang yang mempunyai tujuan yang sama pasti akan mengalami masalah yang hampir serupa(visa,passport,tiket dan sebagainya).malah saya juga dapat merasa ujian yang Allah sengaja datangkan untuk tilik hati dan kesungguhan kita.

Dalam kes saya,saya tertinggal passport di rumah!bayangkan, benda yang sangat-sangat penting di bawa  bila mahu ke luar Negara saya boleh terlupa untuk bawa. Di tambahkan pula waktu saya mahu pergi “mood” raya masih belum hilang

Macam-macam ujian yang Allah datangkan dan yang paling berat sekali ialah ujian perasaan dan hati.sampai satu tahap saya sudah putus harap dan pasrah sahaja apa yang berlaku.Alhamdulillah,dalam itu Allah hantar insan-insan yang mengingatkan dan menaikkan semula semangat

“kau tahanlah sikit aku kena tunggu urusan visa lagi lama sampai dua minggu,in shaa Allah.banyakkan doa!”

“nak buat macam mana lagi,sabar jela. Sabar”

Dan yang paling terkesan di hati saya ialah ada satu orang hamba Allah ini telah nasihatkan saya.

“tuan, daripada tuan duduk tercongngok kat sini saya syorkan tuan ambil wuduk tuan buat Amal, solat dhuha ke(waktu sesuai buat dhuha),ngaji ke,zikir.banyakkan tawajuh pada Allah.” 

”..serahkan semuanya pada Allah!putuskan harap pada makhluk.macam mana siti hajar bila dia tawakal dan putuskan hubungan dengan makhluk dan harap hanya pada Allah,Allah telah keluarkan air dari hentakan kaki nabi ismail a.s,kuat manalah bayi nak hentak sampai boleh keluarkan air.tapi nak tunjuk kat sini yang Allah boleh buat segalanya.”



Dalam safar inilah saya banyak belajar selesaikan masalah kita dengan perantaraan amal.sebenarnya,dalam apa jua keadaan dan masalah yang kita hadapi tak kesahlah dari segi urusan dunia atau agama.Allah uji kita bukan dia nak susahkan kita.Cuma dia nak tengok sejauh mana yakin dan pengharapan kita.pada makhluk yang tak boleh bagi menafaat dan mudarat ke atau terus kepada Allah Dzat yang berkuasa ke atas segalanya.Dia yang datangkan masalah dia juga yang berkuasa untuk hilangkan masalah”.




Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar  (Al-Baqarah 2:154)




“ya Allah,janganlah kau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku hadapi”


p/s : pendekar bujang lapuk kata 

ini semua cobannn
 

Sekian..= )


Saturday, February 1, 2014

nak taqwa ke fatwa?



Assalamualaikum..

“Tuan-tuan,jika tuan-tuan dihidangkan makananan dalam perjalanan nanti jika nak makan terpulanglah ikut ketaqwaan masing-masing.”masih teringat lagi kata-kata nasihat yang diberikan orang tanggungjawab di india sebelum saya dan beberapa grup yang lain bergerak ke Pakistan. Bumi india bukanlah Negara islam seperti Bangladesh,Pakistan dan Negara yang berdekatan. Jadi,ketika dalam safar lebih-lebih lagi dalam urusan agama perkara-perkara syubahah sangat-sangatlah perlu di titik beratkan.

Saya pernah jumpa seorang pakcik yang tak makan ayam kecuali ayam tersebut dia yang sembelih sendiri atau memang betul orang yang jual itu telah sembelih depan mata beliau.kesan dari sifat berhati-hati beliau sampai sekarang beliau masih sihat dan tiada masalah kesihatan yang kronik malah dapat datang solah berjamaah di masjid/surau.subhanallah!

Kalau nak difikirkan,tak salah pun kita nak makan ayam(sebagai contoh) yang ada cop halal kerana dia telah di akui oleh pihak berkuasa tempatan. Tanggung jawab Kita untuk cari makanan bermutu telah di bantu oleh pihak berkuasa tersebut.itulah batasan sebagai orang awam.

Nilai taqwa ini sangat tinggi,orang yang bertaqwa sangat dekat dengan Allah ini kerana mereka yang selalu berpegang pada fatwa sahaja dia seolah-olah berjalan di pinggiran tebing boleh jadi dia selamat boleh jadi dia akan terjatuh(sebab itu orang berfatwa di katakan jika betul dia dapat (2)dua jika salah dia dapat (1)satu).manakala mereka yang ambil jalan taqwa berjalan di tengah-tengah jalan yang selamat. 

Oleh itu,jika kita mahu hubungan kita dengan sang Pencipta lebih akrab maka ambil jalan taqwa sebab itulah kita boleh lihat sahabat-sahabat r.hum dan juga ulama-ulama yang hebat mereka tidak akan ambil/guna barang-barang yang mempunyai syak dan was-was(syubahah).




Jadi,ikutlah ketaqwaan masing-masing dalam membuat keputusan semua orang sudah ada ilmu.

Sekian..=)


Sunday, December 22, 2013

pelanduk dua serupa

Assalamualakum..
Alhamdulillah..dapat juga balik ke bumi Malaysia tercinta tanah tumpah darahku.perjalanan/safar  di negara orang rasa macam sekejap sahaja. Banyak perkara yang saya dapat belajar dan banyak juga tarbiah dan tazkiah yang di peroleh.

Hari ini adalah hari lahir abah, moga Allah panjangkan  umur abah supaya dapat terus menyumbang jasa kepada masyarakat. Pernah dengar tak yang manusia dalam Dunia ini Allah akan cipta beberapa dari mereka seakan sama mukanya kalau dalam pepatah melayu pelanduk dua serupa kalau tak silap 7orang yang mukanya sama tapi tak serupa.

Ketika safar terakhir saya di Pakistan yang ketika itu tengah musim sejuk saya berkesempatan hadir ke ijtimak raiwind(perhimpunan ummah) yang hadir ketika itu hampir ratusan ribu orang  dari yang berpangkat tinggi hingga ke orang biasa,ulama-ulama,syeikh-syeikh,dan orang islam dari berbagai pelusuk negara seperti mesir,jordan,china,england,somalia,burma,indonesia dan beberapa negara lagi yang hadir semata-mata untuk dengar nasihat-nasihat dari orang yang alim dan yang telah lama buat usaha untuk kembangkan agama.di sini kita akan jumpa 

Suatu hari dalam kesibukan dan kepadatan suasana ijtimak tiba-tiba dalam sekilas pandang saya ternampak seorang yang punya muka iras seperti ayah saya. Sekali pandang terus rasa pelik bilamasa abah datang sini?.rupa-rupanya pakcik itu adalah orang lain Cuma muka sahaja ada iras.(fuhh)

Sebelum balik sempat juga ambil gambar bersama beliau buat kenangan bersama “abah” di negara jauh.




Sekian..= )