Showing posts with label jumaat. Show all posts
Showing posts with label jumaat. Show all posts

Friday, April 18, 2014

motibasi sebelum jumaat



Assalamualaikum..

Hari ini sudah masuk dua minggu saya solat jumaat di bangi. Hidup jauh dari keluarga bukan suatu yang mudah tetapi ia adalah suatu proses  pembelajaran yang berguna buat saya untuk masa akan datang.  Sedang menunggu menghabiskan makanan yang di infak di masjid saya terdengar perbualan dua sekawan 

Kawan A : wei, camne ni ha?boleh tak cari orang lain baca doa.aku tak pandai sangat la.

Kawan  B: (diam tak berkata)

Kawan A terus mengadu pada kawannya perihal ketidaksediaan dia untuk membaca doa di sekoalah barangkali.setelah beberapa lama kawan B mula bersuara.

Kawan B : kau pernah dengar tak,budak baru-baru lahir terus jadi perdana menteri?

Kawan A : tak..

Kawan B : tak pernah kan?kau baca je lah..salah sikit-sikit tu biasalah.

Kawan A terus diam dan Azan pun berkumandang…

Bila saya fikir balik tak ade kene mengena pun jadi perdana menteri dengan baca doa,tapi…kata-kata semangat dari seorang kawan,keluarga,dan orang-orang sekeliling yang kita percaya sangatlah membantu.

biarpun apa yang dia sampaikan itu tak seberapa.saya yakin ia dapat membantu mententeramkan sedekit hati yang ‘kacau’ ni..setuju?


Sekian..= )


Friday, March 14, 2014

kami dengar dan kami taat

Assalamualaikum..




Pagi tadi ada kuliah pagi bagi mengisi masa cuti bagi warga johor. Dalam kuliah tersebut ustaz tersebut berkongsi dengan kami tadabbur Al-Quran mengenai surah Sajdah.

Beliau kata dia mahu tadabbur sahaja kerana tadabbur ialah kita ambil ibrah atau pengajaran.tetapi bila kita mahu menafsir ayat Al-Quran kita perlu ada beberapa kemahiran dan yang paling asas sekali ialah menguasai bahasa arab di samping beberapa ilmu lain.

Antara perkongsian yang menarik dalam kuliah tersebut ialah mengenai ayat yang ke 12

“Wahai Tuhan kami, kami telah MELIHAT dan MENDENGAR dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"As-Sajdah 32:12

Beliau kata dalam setiap ayat dalam Al-Quran ada pengajaran dan dalam ayat ini kita lihat Allah telah dahulukan perkataan melihat baru di sudahi dengan mendengar kerana inilah antara sifat orang-orang yang ingkar. Mereka tidak akan percaya sesuatu perkara melainkan mereka lihat perkara itu.

Akan tetapi kita orang yang beriman, tidak perlu semua itu(melihat) baru nak percaya kerana orang yang beriman dia percaya kepada perkara-perkara yang ghaib.lalu taat atas perintah dan larangan yang disampaikan Allah melalui Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassallam.

“Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” Al-Maaidah 5:7

Ha..inilah sedikit sebanyak.ada masa jumpa lagi.

"lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu(supaya amalan bersyukur menjadi kebiasaanmu),dan janganlah melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu.jika tidak,mungkin kamu akan memandang rendah nikmat-nikmat Allah yang telah di berikan kepada kamu..."

Sekian..=)



Friday, March 7, 2014

kamu di selamatkan sebenarnya.



Assalamualaikum..

Salam jumaat semua..

Sudah baca kahfi?



Tahukah anda dalam surah kahfi itu terdapat banyak kisah dan pengajaran yang kita boleh ambil untuk di buat panduan dan iktibar?

Antaranya ialah kisah bagaimana nabi Musa ‘Alaihis Salam telah di arah untuk mencari nabi Khidir ‘Alaihis Salam untuk menuntut ilmu. Terdapat tiga (3) ‘test’ yang di perlu ditempuhi oleh nabi Musa ‘Alaihis Salam sebelum dibenarkan untuk mengikut dan menuntut dengan nabi Khidir ‘Alaihis Salam.

Di sebalik tiga (3) ‘test’ itu ianya adalah tamsilan yang Allah berikan bahawa ada tiga (3) cara yang Allah gunakan untuk selamatkan kita.ye ada tiga!

1-      Allah datangkan keaiban atau kelemahan.

Dalam Al-quran Allah ceritakan selepas nabi Khidir ‘Alaihis Salam mengunakan perahu beliau terus rosakkan perahu tersebut kerana di kawasan tersebut ada seorang penguasa yang suka merampas perahu. Jadi, dengan membocorkan perahu tersebut terselamatlah perahu itu dari di rampas oleh penguasa yang zalim.

2-      Di “cantas” kebaikan yang kita buat.

Seterusnya nabi Khidir ‘Alaihis Salam telah membunuh seorang kanak-kanak yang tak bersalah.tujuan di bunuh kanak-kanak tersebut supaya ibubapa kanak-kanak itu terselamat dari kejahatan yang akan di buat oleh kanak-kanak tersebut bila dia besar nanti.

3-      Doa ibu bapa.

Apabila tiba di suatu Bandar,nabi Khidir ‘Alaihis Salam tidak semena-mena telah membina satu bangunan di atas sebidang tanah dan di beri kepada anak yatim yang berada di situ.ini kerana bapa anak yatim itu adalah seorang yang soleh. Di bawah bangunan tersebut ada banyak harta yang Allah sediakan untuk anak yatim tersebut.

Untuk kisah yang lebih lanjut boleh lihat surah kahfi ayat 65-83.KLIK!





Sekian…=)


Saturday, December 22, 2012

Review video


Assalamualaikum..

Hari ini ramai yang ambil cuti tahun hari ini dan kebanyakannya pula ambil sampailah hari selasa. Tadi dalam pejabat hanya ada lapan (8) orang sahaja dari hampir 20 pekerja. Tersangatlah bosan..nasib baik tinggal sebulan sahja lagi.hee.

Oleh itu,bagi mengisi masa lapang saya pun layan youtube.

Saya selalu juga melayan youtube ini di pejabat, lagi-lagi suasana pejabat yang macam perpustakaan,senyap je..huhu..jadi, kali ini saya nak kongsi apa yang selalu saya dengar dan layan di youtube.antaranya ialah
  

1-                    FATTABIOUNI

Video ini dalam bahasa arab tapi ada disediakan ’subtitle’. Apa yang dibancangkan dalam video ini tentang sunnah-sunnah yang boleh kita lakukan seharian. Banyak isu diketengahkan adab masjid,berada di pasar, menaiki kenderaan,pergaulan sampailah mandi wajib.

’trademark’ program ini ialah surah al-imran ayat 31

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Panjang video sekitar 6-7 minit sahaja.

  
2-                    Bicara Muamalat-Ust Zaharuddin Abdul Rahman

Banyak pencerahan yang saya dapat dari kuliah ust ini di IKIM.Fm. kuliah pasal muamalat kita seharian antaranya tentang riba,pengunaan emas dan duit kertas, hutang piutang dan hal ehwal tentang muamalah zaman sekarang ini. Penjelasan ustaz ini pun jelas dan mudah faham. Setiap kuliah ustaz ini sekitar 45minit sahaja tapi percayalah anda akan rasa macam tak cukup masa yang diberi oleh IKIM untuk slot itu.in shaa Allah.

Untuk pengetahuan semua, ustaz ini juga mahir dalam bab solat dan ada buat buku Formula Solat Sempurna.



 Membincangkan tentang cara solat bagi mazhab syafie. rata-rata orang muslim di malaysia mengaku bahawa dia berpegang pada mazhab syafie..

ok,mari kita 'test' sejauh mana pengetahuan anda tentang mazhab syafie ini..

kita ambil bab solat ye..mudah2 je..

ketika tahayat..kita akan ankat jari telunjuk kita..waktu bila anda angkat jari telunjuk tersebut?

a) ketika anda sebut asyhadu
b)ketika anda sebut La
c)ketika anda sebut Illah
d)ketika anda sebut allahu..

jawapannya dalam video ini minit ke 33..


 3-                    Motivasi pagi bersama Ustaz Ebit Lew.

Kalau pagi-pagi anda selalu dengar apa? Sebelum buat sebarang kerja di pejabat dengarlah sekejap motivasi pagi ini penyampaian dari ustaz ini santai,ringkas dan ringan. Bab-bab yang di bincangkan pun buat kita termotivasi. 10 minit sahaja kalau dengar lagu pun baru main 2-3 lagu,tak kemana pun lagu yang kita nak dengar. Sangat menarik kata-kata keluar dari ustaz ini lembut dan berhikmah. Saya yakin anda mungkin tak terasa pun masa berlalu dan terus nak dengar lagi dan lagi.

Sebenarnya banyak lagi slot,ceramah,kuliah dan tazkirah yang hebat dan menarik yang boleh kita dapat di youtube kita tinggal nak tulis dan cari sahaja pasti benyak carian yang akan tersenarai tinggal pilih sahaja.

Jom dengar! = D

Sekian.. = )