Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

jalan yang ku pilih



Assalamualaikum..


Ke mana mahu kau pergi?
Kedepan..
Sudah bersediakah dikau?
Kebelakang..
Sanggupkah engkau hadapinya lagi?

Langkah ke kanan,
Biarpun belum kau tahu hujungnya,
Jalan ke kiri,
Jalan yang tak mampu ku jangka

Oh,
Aku perlukan sinergi,
Sinergi yang menarik aku
Pergi jauh dari sini
Takuk lama yang tak membawa perubahan

Bantulah aku,
Biar kemana pun
Aku perlukan kau..




Sekian.. = )


Tuesday, January 29, 2013

masalah



Assalamualaikum..



Masalah..
Semua orang ada masalah,
Tua ada masalah,
Muda ada masalah,
Kanak-kanak  ada masalah
Dewasa ada masalah
Sempurna,buta dan pekak punya masalah
Malah Lelaki juga wanita bermasalah

Masalah,
Dia datang sesuai dengan keadaan dan kemampuanmu

Masalah,
Jika cuba ditanggung orang lain
Belum tentu dapat di tanggung

Masalah,
Untuk dihadapi
Bukan ditangisi
Jauh sekali dipersoalkan

Masalah,
Rintihmu yang inigin didengar
Tadah tanganmu yang ingin dilihat
Tawajuh dan Tawakalmu KepadaNYA yang perlu kau semai

Masalah,
Bila kau berjaya mengatasi
Maka..
Mutiara ketabahan akan terselit dalam dirimu
Pandangan Rahman akan ada bersamamu

Semakin dekat,semakin selamat




Sekian..= )



Thursday, November 1, 2012

keseorangan..



Assalamualaikum..

Dalam banyak-banyak karya bab penulisan, saya paling lemah dalam bab puisi/sajak dan sebainya. Idea nak buat jarang datang tapi bila sudah terlampau bosan di pejabat sampai tak tahu nak buat apa maka inilah hasilnya.

Main tulis sahaja..

Keseorangan..
Tak mampu kuhadapi..

Kepayahan..
Tak tertanggung badan ini

Kehinaan..
Tertunduk kaku ku menerima

Tidak..
Jangan ada perkaan tidak..

Tidak..
Kata-kata menyerah..
Sebelum meletakkan satu perubahan

Belum..
Akan tiba..
Tapi bila?
Akan ku tunggu..
Akan ku sambutmu..


macam mana, okay?hehe..



Sekian.. = )