Monday, December 24, 2012

musim orang kahwin



Assalamualaikum..

Sekarang, bila buka facebook,blog dan seangkatan dengannya pasti akan ada cerita,update dan perbincangan mengenai kahwin,nikah, bersanding itu belum masuk bab siapa pasangan pengantin lagi lepas itu mulalah berangan sorang-sorang dan yang paling penting senyum kalau boleh nak sampai ke telinga. Sekali tengok macam …… huhu..

Tak kesahlah macam mana pun sebab sekarang inikan musim orang ramai berkahwin bina masjidlah katakan benda baik apa salahnya kita sebar-sebarkan,ye dak?

Saya pun tak nak ketinggalan jugalah nak bercerita tentang nikah kahwin sempena orang ramai masih dalam mood baik kita ambil peluang nanti bila sudah hilang mood orang sudah muak pula.

Semua orang sedia maklum hadith nabi berkenaan panduan memilih calon suami/isteri yang berbunyi 

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Makautamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).



Semua orang kalau boleh mahukan pasangan yang terbaik malah keluarga yang bahagia yang di harap dapat berkekalan sampailah kehujung hayat. Selain merujuk hadith di atas anda juga boleh ambil sedikit petua yang saya dapat dari kitab ihya

Yang ini untuk lelaki. Anda perlu lebih dari perempuan dalam 4 perkara

1-      Usia
2-      Tubuh
3-      Harta
4-      Kebangsawanan

*Jika tidak anda akan dipandang hina oleh perempuan

Untuk perempuan, anda perlu lebih dari lelaki dalam 4 perkara

1-      Paras rupa
2-      Adab.
3-      Taqwa.
4-      Tabiat.




Sekian..= )


Saturday, December 22, 2012

Review video


Assalamualaikum..

Hari ini ramai yang ambil cuti tahun hari ini dan kebanyakannya pula ambil sampailah hari selasa. Tadi dalam pejabat hanya ada lapan (8) orang sahaja dari hampir 20 pekerja. Tersangatlah bosan..nasib baik tinggal sebulan sahja lagi.hee.

Oleh itu,bagi mengisi masa lapang saya pun layan youtube.

Saya selalu juga melayan youtube ini di pejabat, lagi-lagi suasana pejabat yang macam perpustakaan,senyap je..huhu..jadi, kali ini saya nak kongsi apa yang selalu saya dengar dan layan di youtube.antaranya ialah
  

1-                    FATTABIOUNI

Video ini dalam bahasa arab tapi ada disediakan ’subtitle’. Apa yang dibancangkan dalam video ini tentang sunnah-sunnah yang boleh kita lakukan seharian. Banyak isu diketengahkan adab masjid,berada di pasar, menaiki kenderaan,pergaulan sampailah mandi wajib.

’trademark’ program ini ialah surah al-imran ayat 31

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Panjang video sekitar 6-7 minit sahaja.

  
2-                    Bicara Muamalat-Ust Zaharuddin Abdul Rahman

Banyak pencerahan yang saya dapat dari kuliah ust ini di IKIM.Fm. kuliah pasal muamalat kita seharian antaranya tentang riba,pengunaan emas dan duit kertas, hutang piutang dan hal ehwal tentang muamalah zaman sekarang ini. Penjelasan ustaz ini pun jelas dan mudah faham. Setiap kuliah ustaz ini sekitar 45minit sahaja tapi percayalah anda akan rasa macam tak cukup masa yang diberi oleh IKIM untuk slot itu.in shaa Allah.

Untuk pengetahuan semua, ustaz ini juga mahir dalam bab solat dan ada buat buku Formula Solat Sempurna.



 Membincangkan tentang cara solat bagi mazhab syafie. rata-rata orang muslim di malaysia mengaku bahawa dia berpegang pada mazhab syafie..

ok,mari kita 'test' sejauh mana pengetahuan anda tentang mazhab syafie ini..

kita ambil bab solat ye..mudah2 je..

ketika tahayat..kita akan ankat jari telunjuk kita..waktu bila anda angkat jari telunjuk tersebut?

a) ketika anda sebut asyhadu
b)ketika anda sebut La
c)ketika anda sebut Illah
d)ketika anda sebut allahu..

jawapannya dalam video ini minit ke 33..


 3-                    Motivasi pagi bersama Ustaz Ebit Lew.

Kalau pagi-pagi anda selalu dengar apa? Sebelum buat sebarang kerja di pejabat dengarlah sekejap motivasi pagi ini penyampaian dari ustaz ini santai,ringkas dan ringan. Bab-bab yang di bincangkan pun buat kita termotivasi. 10 minit sahaja kalau dengar lagu pun baru main 2-3 lagu,tak kemana pun lagu yang kita nak dengar. Sangat menarik kata-kata keluar dari ustaz ini lembut dan berhikmah. Saya yakin anda mungkin tak terasa pun masa berlalu dan terus nak dengar lagi dan lagi.

Sebenarnya banyak lagi slot,ceramah,kuliah dan tazkirah yang hebat dan menarik yang boleh kita dapat di youtube kita tinggal nak tulis dan cari sahaja pasti benyak carian yang akan tersenarai tinggal pilih sahaja.

Jom dengar! = D

Sekian.. = )

Tuesday, December 18, 2012

lahir sebagai pemimpin



Assalamualaikum..

(Entri ini hanyalah pandangan dan pendapat saya semata-mata)

Apa yang saya perhatikan dunia sekarang ini ialah semua orang berebut-rebut hendak menjadi pemimpin. Macam-macam konspirasi dan matlamat mereka ini bila menjadi pemimpin dan itu terpulang pada diri mereka masing-masing kerana apa yang saya tahu setiap kita pasti akan di pertanggungjawab dengan apa yang kita pimpin/tanggung.

Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda : setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya…(muslim)

Bagi saya lelaki perlu di utamakan untuk menjadi pemimpin berbanding perempuan lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang besar seperti pentadbiran yang memerlukan seseorang membuat keputusan.




Ini kerana dalam diri seorang lelaki itu terdapat satu factor yang mana ianya tiada dalam diri seorang perempuan iaitu keputusan yang di buat jarang di pengaruhi emosi . sebab itulah Allah telah letakkan kuasa cerai dan talak di tangan suami bukannya isteri. 

Cuba anda bayangkan bila kuasa cerai dan talak di letak di tangan perempuan entah berapa kali lelaki sekarang ini di ceraikan . saya punya kawan yang ber’couple’ (moga dia cepat kahwin) bila awek dia merajuk sahaja antara ayat yang akan di sebut ialah ‘u da tak sayang I, kita clash je’, atau ‘awak da ada perempuan lain kan? Our relationship end here!’

Malah dalam sistem kekeluargaan juga, si ayah memainkan peranan yang sangat penting dalam keluarga. Sebelum itu saya nak Tanya, dalam keluarga siapa yang bila dia suruh kita terus sahaja kita buat? Kalau saya, bila mak suruh “zaki..pergi kedai kejap beli santan” saya akan jawab “ok mak sekejap” tapi sekejap saya mahu makan sejam juga sekejap saya tuh maklumlah tengah tengok cerita ‘best’. Bila jadi macam ini maka keluarlah suara abah tanda beliau sudah mula mahu msuk campur becicit saya berlari pergi ke kedai. 

 Ha, lihat..masa inilah keGARAUan suara abah/ayah/walid dan sebagainya diperlukan dalam membentuk sesebuah keluarga malah banyak juga cara kerja saya ini di pengaruhi dari apa yang abah ajar masa kecik(kalau hendak bercerita mungkin boleh buat satu entri kot). Selain itu saya juga pernah dengar seorang ustaz bercerita bagaimana bila seorang ibu yang sudah kehilangan suaminya tidak mampu mengawal anaknya dan terpaksa meminta bantuan seorang kawan lelakinya kerana anaknya yang degil tidak mahu mendengar cakap ibunya.




Untuk pengetahuan, seorang ayah sangat besar peranannya dalam mendidik anak sehingga Allah rakamkan detik bagaimana Luqman Al-Hakim mendidik anaknya dalam surah Luqman antara ayat 13-19 dan antara nasihat Luqman kepada anaknya ialah

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.(luqman 17)

Malah banyak lagi kelebihan dan kemampuan yang Allah telah letakkan sejak azali lagi kepada lelaki supaya dia dapat memimpin orang lain.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, (An-Nisaa' 4:34)

Jadi, setiap orang Allah telah ciptakan dia bersesuaian dengan hak dan kebolehan masing-masing. Jika anda tidak mampu hendak buat keputusan serahkanlah kepada mereka yang boleh membuat keputusan atau mintalah mereka yang baik dan boleh dipercayai dalam membuat keputusan tak perlu pening-pening kepala.



saya juga bersetuju dengan apa UAI cakap dalam Video INI

Sekian..= )


Monday, December 17, 2012

pasar karat



Assalamualaikum..

Kalau kat Melaka ada satu tempat orang panggil Jonker Walk, kat Johor pun ada satu tempat yang orang panggil Bazar JB atau lebih popular dengan nama Pasar Karat. Kenapa orang panggil pasar karat?jangan Tanya saya pun tak tahu mana datang nama tu.

Sebelum ini ada seorang kawan bagitahu saya yang dia nak berjalan dengan keluarga di Johor dan mengajukan pada saya mana lagi tempat menarik yang boleh dia sekeluarga pergi bila bertandang ke johor bahru(JB) jadi tanpa banyak fikir saya terus cakap, “kau nanti pergi pasar karat”.

Saya sebenarnya tak pernah pun pergi ke situ walaupun saya sudah bertahun duduk di Johor. Oleh  itu, jumaat lepas saya, Uda dan kak Adib pakat pergi ke sana. Bila sampai sahaja saya terus tergamam sebab dekat jePasar Karat ini dengan tempat kerja,hari-hari lalu kawasan tu.

uda


Kami sampai sana dalam pukul 10,lepas dapat cari ‘parking’ terus sahaja berjalan sambil cuci mata. Banyak barang yang di jual kat sini baju,topi,kasut,beg sampailah barang yang kita tak terpikir pun ada kat sini. Yang menariknya pasar karat johor hampir majority penjual adalah orang melayu kalau ada penjual cina pun boleh kira dengan jari.

Okay,itu dulu takat ni. Siapa yang nak pergi pasar karat kalau ‘search’ di internet jalan nak ke pasar karat memang tak jumpa. Jadi saya cadangkan ada search di google map dengan mengunakan perkataan jalan segget johor bahru dekat sikit dengan pasar karat. Nanti bila sudah nampak orang ramai dan jalan sesak,itulah dia Pasar Karat.

dalam banyak barang benda ini yang saya beli


Sekian.. = )