Tuesday, July 24, 2012

1/3 malam


Assalamualaikum..












Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A
Sabda Rasulullah S.A.W

"Allah tabaraka wa ta'ala akan turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir. Maka Ia berkata: "Barang siapa siapa yang berdoa kepada Ku akan Aku kabulkan doanya; barang siapa yang meminta ampun kepada Ku, akan Aku ampuni dia".

Hadis Riwayat Bukhari & Muslim


Jadi, macam mana kita nak kira satu pertiga malam ini? Mari saya kongsi cara nak kira. Ianya bermula selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh.. dibahagikan kepada 3 bahagian.. kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh itu adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (kalau di Johor Bahru), Isya pada pukul 8.32 malam dan Subuh pula pada pukul 5.45 pagi.



1/3 pertama = 8.32- 11.32malam

1/3 kedua =     11.32 pagi - 2.32 pagi

1/3 akhir =       2.33 – 5.45 pagi


Okay, itu sahaja perkongsian untuk kali ini..


Kalau nak mudah bangun tahajjud, maka amalkanlah qailulah (tido sekejap sebelum masuk waktu Zohor..) pada siang hari.. insyaAllah, pada malamnya, akan lebih mudah nak bangun tahajjud dan sebelum tidur kita niatlah nak bangun tahajjud.

p/s : Masukkan nama saya dalam doa awak ye..


Sekian..=)


Sunday, July 22, 2012

Terawih@Masjid Abidin


Assalamualaikum..

Anda mungkin akan terdengar perbualan seperti ini :

Penyoal : kenapa pakcik tak datang solat terawih?

Pakcik : uhuk..uhuk..pakcik tak sihat la cu,lagipun kat masjid tu diaorang buat lama sangat lutut pakcik tak kuat nak diri lama-lama.

Ataupun dialog ini.

Penyoal : em,makcik pula kenapa tak solat terawih?

Makcik : makcik bukan taknak nak, kalau makcik pergi siapa nak buat kuih raya? Dah banyak orang tempah. Marah orang kalau makcik tak siapkan awal.

Dan mungkin juga.

Penyoal : dik, kau tak datang terawih kat surau ni kenapa?

Adik : alamak, saya banyak kerja sekolah lah bang, dapat pulak cikgu garang. Mati saya kalau tak siapkan cikgu ni punya kerja.

Macam-macam lagi kerenah orang bila di Tanya dan seribu satulah alasan akan di beri. Bila bulan ramadhan ini memang ada masjid atau surau yang memanggil hafiz Al-Quran untuk mengimami solat terawih mereka dan masa yang di ambil mahu sejam lebih untuk meyelesaikan semua 20 rakaat terawih siap dengan 3 rakaat witir. Di Masjidil Haram pula kalau tak silap hampir dua jam mereka habiskan terawih + witir.

Jadi, bagi pakcik,makcik dan adik yang mempunyai masa yang suntuk jika berada di kawasan skudai ini saya jemput untuk datang ke masjid taman saya, Masjid Abidin Taman Sri Skudai kerana sepanjang 3 hari saya berterawih di sini masa yang di ambil untuk selesaikan 23 rakaaat ini(terawih+witir) hanyalah sekitar 45-50 minit sahaja.ha..cepatkan? dan yang paling cepat di skudai setakat ini

Tapi kalau tak mampu juga nak datang solat terawih boleh juga buat sendiri(tapi kuranglah pahalanya), kerana mudah sahaja solat terawih ini. Ianya sama sahaja macam solat taubat/dhuha Cuma kita tukarlah niat solat terawih




Dan kalau kita tak tahu nak baca apa selepas fatihah bacalah surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas buatlah sampai 20 rakaat(kalau mampu)  baca surah yang sama pun tetap sah solat kita insya allah.

Jadi,janganlah lepaskan peluang ke emasan ini terawih ini ada pada bulan Ramadhan sahaja, bulan lain tak ada.

puas cari akhirnya jumpa juga = )



Sekian.. = )


Saturday, July 21, 2012

Air Katira + Roti Khurasan


Assalamualaikum..

Petang tadi saya ke baazar ramadhan di taman saya untuk membeli air katira atas permintaan long. Dalam banyak-banyak juadah yang akan muncul di bulan ramadhan Air katiralah antara air kegemaran bagi kami warga johor. Ha, air katira ini hanya ada di johor sahaja ya tak ada di negeri lain pernah juga jumpa air katira di kuala lumpur tetapi berbeza sungguh rasanya macam langit dan bumi!.















Dalam berjalan mencari air kegemaran long ini, saya terpandang satu juadah yang sudah lama saya tidak makan.




Roti khurasan, kalau zaman kecik-kecik dulu ini adalah juadah yang ‘wajib’ beli bila saya pergi ke baazar ramadhan bersama abah. Saya belilah satu, kalau sedap boleh beli lagi esok. Ops, cerita makan pula entri kali ini.hehehe


sekian..= )

 

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Waqaf & Ibtida


Assalamualaikum..


Semalam, saya telah dikejutkan oleh mak saya “ zaki,bangun tolong mak kejap”  dalam hati “alamak kali ni keje ape la pulak nak kene buat ye”  mak saya terus cakap “ ni kau tengok jap kat internet al-quran ni mak nak beli la nanti” saya dalam keadaan mamai terus membuka laptop dan carilah di internet al-quran yang mak nak cari. Ha, nak tau al-quran ape?



Fuh, ini rupanya yang mak nak cari Al-Quran Al-Karim dengan panduan Wakaf & ibtida terbitan telaga biru.katanya nak belikan untuk anak muridnya. Bila saya baca testimony dan tengok pada penerangan mengenai al-quran ini. Bagi saya agak menariklah sebab Al-quran ini sudah membantu kita mengetahui bacaan mana yang kita boleh berhenti dan kalau kita berhenti  perlu tak kita ulang balik ayat itu atau kita boleh teruskan sahaja dengan ayat seterusnya.
  

mungkin juga sesuai untuk mereka yang yang tak cukup nafas dan mereka yang kadang-kadang tak tahu dekat mana ayat yang sesuai untuk kita berhenti. Berbalik pada cerita mak saya tadi, selepas kami periksa di internet mak terus bersiap-siap untuk pergi ke kedai buku yang biasa mak beli buku-buku agama di larkin. Tetapi, sampai sahaja di sana tuan kedai kata Al-Quran terbitan telaga biru itu kehabisan stok. Sedih mak tak dapat beli maka belilah mak Al-Quran yang lain.

yang ini tadi jumpa di majalah Al-ustaz edisi 4 promosi pasal Al-Quran yang mak cari



Tadi dapat mesej dari abah dan kandungan dari mesej itu abah meminta kami memulakan bacaan Al-Quran dari awal sehinggalah kami dapat khatamkan Al-Quran dalam bulan ramadhan ini sekurang-kurangnya sekali ataupun sebanyak mana yang kami mampu untuk khatamkan. Dan jadikan ianya sebagai amalan kami.


Jadi, marilah kita sama-sama jadikan bulan ini sebagai batu loncatan kepada kita untuk mengkhatamkan Al-Quran. Moga saya dan semua orang muslimin dan muslimat di beri kekuatan untuk suka dan tidak jemu untuk membaca kitab Allah ini.amiin..


 4 Al-quran yang saya ada tahun ini,dua da sudah..tinggal lagi dua.insya Allah.

Sekian.. = )