Showing posts with label niat. Show all posts
Showing posts with label niat. Show all posts

Friday, January 3, 2014

pasang niat



Assalamualaikum..

2013 sudah berakhir,2014 pula datang menganti. Saya pasti semua ada pasang niat yang baik-baik pada awal tahun ini. Apa yang telah di azamkan? Antaranya mesti hendak baiki diri serta kehidupan supaya jadi LEBIH baik dari sebelum-sebelum ini. 

Orang kata niat perlu di pasang kerana ia adalah muqaddimah bagi sesuatu amal.  Jadi pada tahun yang baru juga semperna bulan kelahiran nabi. Saya berazam dan memasang niat atas perkara-perkara berikut.



1-      Perbaiki diri
Ubah sifat mazmumah ke mahmudah,baiki akhlak

2-      Pergi safar ke sabah/Sarawak
Saya ada dengar seorang masyaikh kata,untuk tahu bagaimana susahnya baginda nabi Sollahu ‘Alahi Wassalam dan sahabat di susahkan untuk agama kita pergi ke tempat yang orang tak tahu ucapkan kalimah atau tempat yang berlawanan dengan nafsu kita.

3-      Baiki hubungan sesama manusia
Rasa ini agak mencabar..huu..banyak hati yang telah saya lukakan dan sakiti.harap-harap dosa saya sesama manusia dapat saya selesaikan sebelum saya mati. Dosa antara kita dengan Allah boleh kita minta ampun, maaf dan bertaubat.tetapi, dosa sesama manusia dengan manusia kita perlu minta map. Tak mahu jadi orang yang muflis di akhirat bak hadith nabi Sollahu ‘Alahi Wassalam.




“Ya Allah, diriku ini banyak kekurangan dan kelemahan.janganlah di sebabkan kekurangan dan kelemahanku ini jadi asbab(punca) timbulnya fitnah dalam agamaMU..buat orang jauuuhhh dariMU
Ya Allah,bentuklah akhlakku ini sebagaimana akhlak baginda Nabi Sollahu ‘Alahi Wassalam”


sekian..= )

Sunday, July 22, 2012

Terawih@Masjid Abidin


Assalamualaikum..

Anda mungkin akan terdengar perbualan seperti ini :

Penyoal : kenapa pakcik tak datang solat terawih?

Pakcik : uhuk..uhuk..pakcik tak sihat la cu,lagipun kat masjid tu diaorang buat lama sangat lutut pakcik tak kuat nak diri lama-lama.

Ataupun dialog ini.

Penyoal : em,makcik pula kenapa tak solat terawih?

Makcik : makcik bukan taknak nak, kalau makcik pergi siapa nak buat kuih raya? Dah banyak orang tempah. Marah orang kalau makcik tak siapkan awal.

Dan mungkin juga.

Penyoal : dik, kau tak datang terawih kat surau ni kenapa?

Adik : alamak, saya banyak kerja sekolah lah bang, dapat pulak cikgu garang. Mati saya kalau tak siapkan cikgu ni punya kerja.

Macam-macam lagi kerenah orang bila di Tanya dan seribu satulah alasan akan di beri. Bila bulan ramadhan ini memang ada masjid atau surau yang memanggil hafiz Al-Quran untuk mengimami solat terawih mereka dan masa yang di ambil mahu sejam lebih untuk meyelesaikan semua 20 rakaat terawih siap dengan 3 rakaat witir. Di Masjidil Haram pula kalau tak silap hampir dua jam mereka habiskan terawih + witir.

Jadi, bagi pakcik,makcik dan adik yang mempunyai masa yang suntuk jika berada di kawasan skudai ini saya jemput untuk datang ke masjid taman saya, Masjid Abidin Taman Sri Skudai kerana sepanjang 3 hari saya berterawih di sini masa yang di ambil untuk selesaikan 23 rakaaat ini(terawih+witir) hanyalah sekitar 45-50 minit sahaja.ha..cepatkan? dan yang paling cepat di skudai setakat ini

Tapi kalau tak mampu juga nak datang solat terawih boleh juga buat sendiri(tapi kuranglah pahalanya), kerana mudah sahaja solat terawih ini. Ianya sama sahaja macam solat taubat/dhuha Cuma kita tukarlah niat solat terawih




Dan kalau kita tak tahu nak baca apa selepas fatihah bacalah surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas buatlah sampai 20 rakaat(kalau mampu)  baca surah yang sama pun tetap sah solat kita insya allah.

Jadi,janganlah lepaskan peluang ke emasan ini terawih ini ada pada bulan Ramadhan sahaja, bulan lain tak ada.

puas cari akhirnya jumpa juga = )



Sekian.. = )


Wednesday, July 11, 2012

salah bagilah la pulak..


Assalamualaikum..
 
Dari abu hurairah r.a berkata bahawa nabi Sollahhu ‘Alaihi wassalam bersabda (mafhumnya); salah seorang dari di kalangan bani israil telah berkeinginan untuk bersedekah secara senyap-senyap pada waktu malam. Pada malam itu dengan diam-diam dia telah meletakkan sedekahnya di tangan seseorang dan dengan senyap-senyap dia telahpulang ke rumah. Pada keesokkannya orang ramai telah kecoh sesama mereka bahawa pada malam tadi seseorang telah memberi sedekah kepada seorang pencuri. 




Orang yang telah memberi sedekah tadi telah berkata. “wahai Allah! Sedekahku sudah  jatuh ditangan seorang pencuri. Bagi Kaulah segala pujian(kalau sedekahku telah sampai kepada seseorang yang lebih buruk dari si pencuri itu, apakah yang boleh aku buat?) 



kemudiann dia sekali lagi telah berazam, mala mini aku bersedekah secara diam-diam( kerana yang telah di beri dahulu,sudah rosak). Jadi, pada malam itu dia pun keluar secara diam-diam dan memberi sedekahnya itu kepada seorang perempuan(dengan tanggapan perempuan iti bukanlah seorang pencuri). 

Pada keesokkannya orang ramai telah kecoh sesama mereka bahawa pada malam tadi seseorang telah memberi sedekah kepada seorang pelacur. Orang yang telah memberi  sedekah tadi telah berkata. “wahai Allah! Bagi Kaulah segala pujian Sedekahku sudah  jatuh ditangan seorang perempuan yang berzina ( sebab, hartaku memang patut mendapat darjat yang lebih rendah lagi). 

kemudiann dia sekali lagi telah berazam sekali lagi, malam ini aku akan bersedekah secara diam-diam( kerana yang telah di beri dahulu,sudah rosak). Jadi, pada malam itu dia pun keluar secara diam-diam dan memberi sedekahnya tetapi kali ini sedekahnya telah sampai kepada tangan seorang yang kaya. 






 Dan sekali lagi orang ramai telah kecoh sesama mereka bahawa pada malam tadi seseorang telah memberi sedekah kepada seorang kaya. Orang yang telah memberi  sedekah tadi telah berkata. “wahai Allah! Bagi Kaulah segala pujian pada hal sedekahku telah sampai kepada pencuri, pelacur dan orang kaya”. 

Pada malam itu pemberi sedekah tersebut telah bermimpi yang sedekahnya telah pun dimaqbulkan dan sedekahnya sememangnya telah ditakdirkan jatuh kepada seorang pencuri, agar pencuri itu boleh bertaubatdaripada tabiat mencuri; dan kepada pelacur kerana mungkin ia bertaubat daripada berzina apabila melihat bahawa Allah masih memberinya rezki walaupun dia tidak menghinakan dirinya dengan kelakuannya yang buruk sekaligus dapat menjaga diri dan maruahnya; sedekah kepada orang kaya supaya dapat memberi pengajaran kepadanya bahawa hamba-hamba Allah mensedekahkan harta secara sembunyi-sembunyi dan mungkin dengan itu dia terdorong untuk mula mensedekahkan harta-hartanya yang telah di berikan Allah. (muttafaqun ‘alalihi,misykat)



LEBIH BAIK DARI SEMALAM


Setiap perbuatan yang di buat dengan keikhlasan hati walaupun penerima/kesannya bukanlah penerima/kesan yang kita harapkan, maka semuanya adalah HIKMAH Allah. Jadi kita tak perlu mempersoalakan perkara-perkara seperti ini kerana tugas kita adalah sentiasa membetulkan niat kita.

Hafiz ibnu hajar rah.alaihi berkata bahawa daripada hadith ini dapat difahami bahawa kalaulah sedekah tidak dapat ditunaikan kepada penerima yang betul, maka menunaikan sedekah sekali lagi adalah mustahab ( digalakkan) dan patut diamalkan tanpa perasaan enggan atau letih. Ulama berkata jangan sesekali memberhentikan khidmatmu walaupun dirasa ianya tidak di terima.

p/s : ikhlas adalah RAHSIA dalam RAHSIA ALLAH.


Sekian..= )