Showing posts with label sedekah. Show all posts
Showing posts with label sedekah. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

masih ada waktu



Assalamualaikum..

Hari ini saya keluar awal ke tempat kerja sebab nak singgah bank keluar kan duit sedikit, kebetulan bank saya itu satu jalan dengan sekolah bila keluar awal pagi tadi terjebaklah juga dengan kesesakan di depan sekolah. Ramai sungguh pelajar yang masing-masing berbaju putih melangkah masuk ke pintu sekolah.




Dalam tak sedar sudah hampir lima tahun saya meninggalkan alam persekolahan,lima tahun jugalah saya sudah tidak kena bangun awal,masuk kelas dari pagi sampai ke tengah hari,petang kena pergi sekolah agama/kelas persedian dan tiada lagi hari sukan.hee..

Eh, bukan nak cerita pasal sekolah pun kali ini. Sebenarnya saya pernah di ingatkan dengan satu ungkapan “ kita kena sentiasa taubat dan istighfar” sebab apa? Sebab kita mungkin dalam sedar dan sengaja telah membiarkan diri kita tidak berada tempat yang sepatutnya kita berada.

Sebagai contoh, masa kita masuk ke dalam masjid. Hak yang sepatutnya kita tunaikan ketika itu ialah tunaikan solat tahyatul masjid dua (2) rakaat jika ada majlis kita boleh gantikan solat kita itu dengan tasbihat sebanyak empat (4) kali tetapi di sebabkan kemalasan dan kelemahan iman kita. Kita tak buat pun sedap sahaja terus duduk dalam masjid.

Bukan salah atau berdosa pun jika kita tak buat Cuma kita sekarang ini nak bercakap tentang hak, maka inilah hak yang sebenarnya yang perlu kita lakukan. Antara lain ialah hak kita dengan al-quran. Menurut Imam Abu Hanifah setiap orang perlu tunaikan hak terhadap al-quran iaitu mengkhatamkan Al-Quran setahun dua (2) kali.

Sebab itulah kita kena belajar dan biasakan diri kita dengan untuk istighfar seratus kali pagi dan seratus kali petang  dan solat taubat sekali sebagai tanda kita mengaku yang kita ini lemah dan tak mampu nak tunaikan hak yang sepatutnya kita tunaikan.lebih banyak lebih bagus.




Rasulullah bersabda : 

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Sekian..= )


Wednesday, July 11, 2012

salah bagilah la pulak..


Assalamualaikum..
 
Dari abu hurairah r.a berkata bahawa nabi Sollahhu ‘Alaihi wassalam bersabda (mafhumnya); salah seorang dari di kalangan bani israil telah berkeinginan untuk bersedekah secara senyap-senyap pada waktu malam. Pada malam itu dengan diam-diam dia telah meletakkan sedekahnya di tangan seseorang dan dengan senyap-senyap dia telahpulang ke rumah. Pada keesokkannya orang ramai telah kecoh sesama mereka bahawa pada malam tadi seseorang telah memberi sedekah kepada seorang pencuri. 




Orang yang telah memberi sedekah tadi telah berkata. “wahai Allah! Sedekahku sudah  jatuh ditangan seorang pencuri. Bagi Kaulah segala pujian(kalau sedekahku telah sampai kepada seseorang yang lebih buruk dari si pencuri itu, apakah yang boleh aku buat?) 



kemudiann dia sekali lagi telah berazam, mala mini aku bersedekah secara diam-diam( kerana yang telah di beri dahulu,sudah rosak). Jadi, pada malam itu dia pun keluar secara diam-diam dan memberi sedekahnya itu kepada seorang perempuan(dengan tanggapan perempuan iti bukanlah seorang pencuri). 

Pada keesokkannya orang ramai telah kecoh sesama mereka bahawa pada malam tadi seseorang telah memberi sedekah kepada seorang pelacur. Orang yang telah memberi  sedekah tadi telah berkata. “wahai Allah! Bagi Kaulah segala pujian Sedekahku sudah  jatuh ditangan seorang perempuan yang berzina ( sebab, hartaku memang patut mendapat darjat yang lebih rendah lagi). 

kemudiann dia sekali lagi telah berazam sekali lagi, malam ini aku akan bersedekah secara diam-diam( kerana yang telah di beri dahulu,sudah rosak). Jadi, pada malam itu dia pun keluar secara diam-diam dan memberi sedekahnya tetapi kali ini sedekahnya telah sampai kepada tangan seorang yang kaya. 






 Dan sekali lagi orang ramai telah kecoh sesama mereka bahawa pada malam tadi seseorang telah memberi sedekah kepada seorang kaya. Orang yang telah memberi  sedekah tadi telah berkata. “wahai Allah! Bagi Kaulah segala pujian pada hal sedekahku telah sampai kepada pencuri, pelacur dan orang kaya”. 

Pada malam itu pemberi sedekah tersebut telah bermimpi yang sedekahnya telah pun dimaqbulkan dan sedekahnya sememangnya telah ditakdirkan jatuh kepada seorang pencuri, agar pencuri itu boleh bertaubatdaripada tabiat mencuri; dan kepada pelacur kerana mungkin ia bertaubat daripada berzina apabila melihat bahawa Allah masih memberinya rezki walaupun dia tidak menghinakan dirinya dengan kelakuannya yang buruk sekaligus dapat menjaga diri dan maruahnya; sedekah kepada orang kaya supaya dapat memberi pengajaran kepadanya bahawa hamba-hamba Allah mensedekahkan harta secara sembunyi-sembunyi dan mungkin dengan itu dia terdorong untuk mula mensedekahkan harta-hartanya yang telah di berikan Allah. (muttafaqun ‘alalihi,misykat)



LEBIH BAIK DARI SEMALAM


Setiap perbuatan yang di buat dengan keikhlasan hati walaupun penerima/kesannya bukanlah penerima/kesan yang kita harapkan, maka semuanya adalah HIKMAH Allah. Jadi kita tak perlu mempersoalakan perkara-perkara seperti ini kerana tugas kita adalah sentiasa membetulkan niat kita.

Hafiz ibnu hajar rah.alaihi berkata bahawa daripada hadith ini dapat difahami bahawa kalaulah sedekah tidak dapat ditunaikan kepada penerima yang betul, maka menunaikan sedekah sekali lagi adalah mustahab ( digalakkan) dan patut diamalkan tanpa perasaan enggan atau letih. Ulama berkata jangan sesekali memberhentikan khidmatmu walaupun dirasa ianya tidak di terima.

p/s : ikhlas adalah RAHSIA dalam RAHSIA ALLAH.


Sekian..= )



Friday, July 6, 2012

makin kita bagi makin cepat kita dapat


Assalamualaikum..


Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh muslim daripada abu hurairah r.a berkata : baginda Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah bersabda bahawa : sedekah tidak mengurangkan harta, dan jika kesalahan seseorang dimaafkan maka ia menambahkan kehormatan orang yang memberi kemaafan  dan sesiapa yang merendahkan diri sendiri kerana mencari keredaan Allah, maka Allah ta’ala akan meninggikannya dan memberinya darjat yang tinggi.




Hadith ini mengandungi tiga perkara dan yang ingin saya sentuh ialah berkenaan orang yang memberi sedekah walaupun dari zahir kelihatan hilangnya harta dan hartanya sudah berkurangan tetapi hakikatnya adalah hartanya tidak berkurangan bahkan balasannya dan gantiannya akan didapati dalam kehidupan akhirat sepertimana yang telah disebutkan dalam banyak ayat-ayat alquran dan hadith-hadith nabi,


Dalam menzahirkan betapa harta kita ini Allah akan balas dan ganti dengan sesuatu yang lebih baik saya ingin kongsikan satu kisah mengenai seorang wali Allah yang mashur bernama habib Aajami rah.alaih. satu ketika isteri beliau telah siapkan tepung gandum untuk membuat roti akan tetapi oleh kerana tidak mempunyai api isterinya telah pergi ke rumah jiran untuk meminta api. Dalam ketika itu, datang seorang peminta sedekah meminta sedikit makanan, lalu habib rah.alaih. telah memberi tepung yang berada didapur kepada si peminta. Apabila isteri habib rah.alaih pulang dengan membawa api  didapati tepung di dapur sudah tiada dan dia terus bertanya kepada suaminya “dimana tepung ?” habib rah.alaih pun menjawab “tepung itu sudah menjadi roti”




Oleh kerana tidak percaya dengan jawapan habib rah.alaih isterinya terus bertanya untuk beberapa kali maka beliau pun terpaksa menjelaskan yang “Aku telah memberikannya kepada peminta sedekah” mendengar jawapan ini isterinya terus berkata “ Subhanallah! Tahukah kau bahawa tepung itu sajalah yang ada di rumah kita untuk dimakan pada hari ini, kini apakah yang makanan yang boleh kita makan? Kita juga perlukan makanan.” Sebelum isterinya itu dapat menghabiskan perkataannya , dengan tiba-tiba datang seorang dengan membawa satu mangkuk yang besar di penuhi dengan gulai daging dan juga bersama dengan roti yang banyak . lalu habib rah.alaih berkata “ begitu cepat tepung menjadi roti ! malah gulai juga di bawa sebagai tambahan” [RAWDH]




Peristiwa seumpama ini telah banyak terjadi. Tetapi, atas kelemahan kita yang kurang/ tiada hubungan kita dengan Allah telah membuatkan kita tidak dapat memikirkan bahawa nikmat ini datang sebagai balasan sesuatu perbelanjaan. Kalau kejadian seperti ini berlaku kita menyangka bahawa si fulan telah kebetulan datang membawa benda itu, kalau tidak tak tahulah apa nak jadi. Akan tetapi hakikat sebenarnya ialah benda itu datang kerana perbelanjaan kita yang terdahulu.


Sampai sini dahulu perkongsian saya, inipun curi-curi masa untuk post entri ini. Esok(7/6/2012) saya ada periksa financial accounting report (FAR). Subjek ini pasal kira-kira dan sedikit penekanan mengenai standard yang perlu di ikuti oleh seorang yang bergelar akauntan. Insya Allah, selepas periksa esok ada lagi dua periksa lagi bakal menyusul 9/6 & 13/6 jadi doakan saya ya. Ada masa lagi saya akan kongsikan cerita yang menarik lagi.= )



Sekian..= )