Showing posts with label zikir. Show all posts
Showing posts with label zikir. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

masih ada waktu



Assalamualaikum..

Hari ini saya keluar awal ke tempat kerja sebab nak singgah bank keluar kan duit sedikit, kebetulan bank saya itu satu jalan dengan sekolah bila keluar awal pagi tadi terjebaklah juga dengan kesesakan di depan sekolah. Ramai sungguh pelajar yang masing-masing berbaju putih melangkah masuk ke pintu sekolah.




Dalam tak sedar sudah hampir lima tahun saya meninggalkan alam persekolahan,lima tahun jugalah saya sudah tidak kena bangun awal,masuk kelas dari pagi sampai ke tengah hari,petang kena pergi sekolah agama/kelas persedian dan tiada lagi hari sukan.hee..

Eh, bukan nak cerita pasal sekolah pun kali ini. Sebenarnya saya pernah di ingatkan dengan satu ungkapan “ kita kena sentiasa taubat dan istighfar” sebab apa? Sebab kita mungkin dalam sedar dan sengaja telah membiarkan diri kita tidak berada tempat yang sepatutnya kita berada.

Sebagai contoh, masa kita masuk ke dalam masjid. Hak yang sepatutnya kita tunaikan ketika itu ialah tunaikan solat tahyatul masjid dua (2) rakaat jika ada majlis kita boleh gantikan solat kita itu dengan tasbihat sebanyak empat (4) kali tetapi di sebabkan kemalasan dan kelemahan iman kita. Kita tak buat pun sedap sahaja terus duduk dalam masjid.

Bukan salah atau berdosa pun jika kita tak buat Cuma kita sekarang ini nak bercakap tentang hak, maka inilah hak yang sebenarnya yang perlu kita lakukan. Antara lain ialah hak kita dengan al-quran. Menurut Imam Abu Hanifah setiap orang perlu tunaikan hak terhadap al-quran iaitu mengkhatamkan Al-Quran setahun dua (2) kali.

Sebab itulah kita kena belajar dan biasakan diri kita dengan untuk istighfar seratus kali pagi dan seratus kali petang  dan solat taubat sekali sebagai tanda kita mengaku yang kita ini lemah dan tak mampu nak tunaikan hak yang sepatutnya kita tunaikan.lebih banyak lebih bagus.




Rasulullah bersabda : 

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Sekian..= )


Saturday, May 19, 2012

jam loceng ajaib


Assalamualaikum..

Kadang di alam belajar ni,benda yang paling susah untuk di buat oleh pelajar-pelajar ialah bangun awal pagi@subuh, mana tidaknya kadang-kadang pukul 4 lebih baru nak tidur padahal subuh pukul 5 lebih satu jam je lagi tinggal. Kalaul ikut logic memang badan kita bila sudah terlalu penat memang agak susah untuk kita bangun di awal pagi letaklah jam loceng yang kuat pun belum tentu kita boleh bangun



Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ini? Perkara yang paling mudah ialah kita tidur awal, bila tidur awal maka bangun pun mestilah awal juga(melainkan orang itu ada sifat baby, tidur 12jam). Maka kita akan dapat bangun awal pagi dengan mudah tapi bagi pelajar untuk tidur awal mungkin juga perkara yang agak mustahil pukul 12 kira masih awal untuk tidur sebab banyak kerja-kerja yang pensyarah bagi untuk di hantar. Paling awal tidur pon mungkin pukul 1 lebih. 

Jadi, saya punyai satu amalan yang kta boleh gunakan untuk memastikan kita dapat bangun pada jam/ waktu yang kita inginkan. Ustaz saya menamakan amalan ini sebagai jam loceng ajaib. Amalan itu ialah membaca basmalah 21 kali. Bacaan ini kita baca sebelum kita tidur, kita baca basmalah sehingga 21 kali habis sahaja kita terus niat dalam hati bila kita nak bangun. Insya Allah,pada masa yang kita niatkan itu Allah akan pastikan kita terjaga. Tengoklah macam mana nnti Allah kejutkan kita dengan perantaraan makhluk-makhlukNya untuk bantu kita terjaga dari tidur.



Peringatan bila nak beramal,kita mesti yakin dengan apa yang kita buat sebab dalam satu riwayat ada mengatakan yang Allah berada dalam setiap sangkaan kita hamba-hambaNYA. Bila kita ragu-ragu dan tak yakin dengan apa yang kita buat maka Allah pun tak yakinlah nak bagi apa yang kita hajatkan. Selain itu, bila sudah terjaga maka bangunlah jangan kita layan perasaan mengantuk tu kalau kita tidur balik maka tak berkesanlah apa yang kita buat sebelum tidur tadi.

p/s : Tambahan dari amalan tadi,kita bacalah 4 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi selepas kita baca basmalah 21 kali.



Sekian..Selamat beramal..= )

Friday, April 27, 2012

hasbi robbi..


Assalamualaikum..


Bile buat assignment yang berlambak ni otak jadi berat dan buntu,jadi kene lah rehat sekejap sambil mencari benda-benda yang menarik di internet. Saya terjumpa satu zikir munajat yang sangat tenang dan zikir ini membuatkan saya teringat zaman kat sekolah menengah dulu.



Sebelum maghrib kami di arah untuk datang ke surau lebih awal dalam 10-15 minit sebelum masuk waktu jadi bagi mengisi waktu kosong dan sementara menunggu azan maghrib kami akan sama-sama berzikir dan bermunajat. Banyak zikir munajat yang kami alunkan dan antara yang paling di minati ialah..zikir hasbi robbi..

HASBI ROBBI…

JALALLAH..

MA FI QOLBI..

GHOIRULLAH..

NUR MUHAMMAD..SOLALLAH..

LA ILA HA ILLA ALLAH..(ulang arab 2x)

Cukuplah bagiku..engkau ya ALLAH..

Tiada yang lain..di hatiku selain MU..

Cahaya kekasihMu..ya Rasulallah..

Tiada yang di sembah melainkkanMU ya ALLAH..

Ya ALLAH..kurniakanlah..ketenangan..dunia dan akhirat..

Limpahkan kami..nur hidayah MU..

Jauhkan kami dari Azab Mu..

Cintakan bunga..akan layu..

Cintakan manusia akan mati..

Cintakan ALLAH..kekal Abadi..

Itulah cinta..cinta yang hakiki..2x



Inilah tarbiah yang saya dapat ketika belajar di kluang. Sungguh benar firman Allah dalam Al-quran..”dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”. Okay, zaki..sila sambung buat assignment anda ya..hehe..

Sekian..= )