Perkara(tajuk) di atas adalah dirujuk. Ahaks!
Bila cakap pasal 'tutup', mesti semua pun dah faham. Yeah, it's about aurah, pride. Lagi tutup, laaagi cantik! Kenapa?
1. Sebab kalau tertutup maksudnya terjaga. (even bukan semua yang terjaga pun nowadays, blerghh)
2. Sebab kalau tertutup maksudnya orang tu jenis tak 'show off' dan orang yang tak 'show off' semestinya seorang yang cantik. Kalau tak cantik rupa pun, etlis cantik budi pekertinya. Ketahuilah, semua manusia pun Allah dah ciptakan cantik dan indah belaka. Cuma terpulang pada manusia itu untuk tampil yakin dengan penampilan masing-masing, Kalau yang dipakai terdedah dan tak tutup, maksudnya beliau tak yakin dengan kecantikan beliau. That's it!
3. Sebab kalau tertutup maksudnya dia sedang berusaha buat yang terbaik dalam mentaati perintah Penciptanya. Menjadi solehah, cantik kotttt!
4. Sebab kalau tertutup maksudnya dia sedang menjaga amanah dan menjadi yang terbaik untuk bakal suaminya di hari kelak. Cliche. Ahaks!
5. Sebab kalau tertutup maksudnya dia boleh jadi contoh Muslim untuk kawan-kawan yang lain. Boleh kata, beliau cuba menjadi ikon Islam di mata-mata orang lain yang belum mengenal Islam. Memperkenalkan Islam, tak semestinya dengan kata-kata, ceramah-ceramah, nasihat-nasihat berjela, akhlak yang baik pun dah cukup sebenarnya. Tunjuklah akhlak Islam sebab Islam itu semua yang indah-indah belaka.
6. Sebab kalau tertutup maksudnya dia sedang menjaga maruah. Menjadi mahal, mestilah cantik.
Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa yang menutup aurat itu cantik. Dan selain sebagai tuntutan agama, sebenarnya kita sebagai seorang Muslim tahu dan sedar betapa cantiknya dan betapa banyak manfaat jika menutup apa yang patut ditutup tu. Cumanya, untuk laksanakan perlu hati dan keazaman yang kuat.
Usahalah untuk buat, selagi mampu berusaha. Dan jangan lupa doa. Pray about it as much as you think about it. Nak mula memang susah. But you can do it! You can always do it! Fighting!
Be a good person, but don't waste your time to prove it. Let's change for good!
Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts
Friday, February 13, 2015
Lagi Tutup Lagi Cantik
Wednesday, July 3, 2013
waj'alna minhum..
Assalamualaikum..
Semalam antara maghrib isya’ saya duduk
berborak dengan salah seorang geng surau. Dalam seronok berbual tiba-tiba
beliau bertanya.
“zaki, masa kau jadi imam kau ada baca doa
waj’al-waj’al. apa maksud doa tu?””ha,ada ke aku baca doa macam tu?”pelik
soalan yang di ajukan. “alar.. doa yang kau selalu ulang sampai tiga(3) kali tu
la”susah payah beliau cuba menerangkan “ooo..ha,doa tu.ok kenapa dengan doa
tu?saya mula terbayang doa yang di baca ketika usai solat Jemaah. “yela,apa
maksud dia kenapa kau ulang sampai tiga(3) kali?
Dalam banyak-banyak doa hanya satu doa sahaja yang saya akan ulang tiga kali walau macam mana sekalipun. Maksud doa tersebut ialah
“ya Allah, Berilah(kekalkanlah) hidayah
kepada kami, dan kau berilah juga hidayah kepada hamba-hambaMu yang
lain(seperti mana kau beri kepada kami)
Dan, jadikanlah kami ini sebagai
asbab/punca orang lain mendapat mendapat hidayah”
Saya menyambung bicara "aku baca doa ini kerana hidayah itu perlu
di cari ianya tak seperti jodoh,rezki,ajal maut dan lain-lain hal yang telah
lama di tetapkan sebelum kita semua ada lagi.
Lagi satu, surau ni kan tempat rahmat Allah
turun jadi manalah tahu bila orang tengok kita datang masjid/surau solat Jemaah
(mudah-mudahan) dia juga timbul keinginan nak datang solat sama..siapa
tahukan,hidayah di tangan Allah".
p/s : ni pun antara yang selalu saya sebut dan ingatkan sebelum solat.
p/s : ni pun antara yang selalu saya sebut dan ingatkan sebelum solat.
![]() |
| betulkan saf,rapatkan saf =) |
Sekian..= )
perkongsian dari
zakikhudzari
at
09:39
No comments:
Labels:
doa,
final,
hidayah,
kawan,
peringatan,
seharian,
surau
Wednesday, June 26, 2013
sekejap yang sementara
Assalamualaikum..
“Eh, dia bukan macam ni ke dulu?”(sambil
membayangkan sesuatu)
Hurm..duniakan sementara maka apa yang ada
di dunia ini semuanya bersifat sementara
Kalau cantik, sepuluh(10),dua puluh (20)
tahun nanti nampaklah kedut sana sini
Kalau dulu kuat, suatu hari nanti nak
berdiri pun tak mampu
Allah bagi sesuatu nikmat maka Allah yang
sama jugalah nanti akan tarik nikmat tersebut
Jadi, apa yang kita ada?
Tak ada apa pun..= )
………………………………………….
Yang Berjaya, kongsilah kejayaan anda,
ianya bukan selamanya kekal bersama anda gunakan nikmat sebaiknya.
Yang kurang Berjaya? Gagal pada hari ini mungkin
ianya adalah batu loncatan untuk kejayaan pada masa akan datang.
Usaha dan terus usaha, jangan putus
asa..okay?
Selamat menghadapi peperiksaan ya
kawan-kawan. Doakan saya dapat grad on-time
Moga Allah mudahkan segala urusan
Rabbi Yassir wa la tu ‘assir.
Sekian..= )
Monday, November 5, 2012
fast & wrong ( T.T)
Assalamualaikum..
Saya ada amalkan satu doa bila sudah selalu baca jadi
bacaan doa itu saya baca dengan cepat dan laju tahu-tahu sahaja sudah habis
baca hehe. Bila banyak waktu terluang di rumah ini cuba-cubalah cari doa yang
saya selalu amalkan, saya dapat jumpa tetapi..terkejut besar saya oleh kerana
terlalu cepat saya baca doa itu jadi tidak lengkap dan ada ayat yang saya tak
baca(patutlah rasa ada macam tak kena sahaja semenjak dua menjak ini)
Ini doanya..
Kegunaan?cari sendiri bole?.malulah pula nak list kat sini
takut nanti orang salah anggap pula.maaf ye.
sekian..= )
Monday, September 17, 2012
tetamu Allah..
Assalamualaikum..
Saya baru sahaja balik dari majlis meraikan
bakal-bakal haji dan hajjah di masjid. Alhamdulillah, seramai 15 orang yang
telah t]erpilih untuk menjadi tetamu Allah menunaikan haji di baitullah. Saya
di fahamkan dalam Malaysia sahaja hampir satu(1) juta(948ribu) manusia sedang menunggu giliran
untuk menunaikan haji tuntun rukun islam yang kelima ini. Tapi, dalam
ramai-ramai ini hanya 28 ribu orang sahaja yang Berjaya mendapat kuota
mengerjakan haji.
Seronok melihat pakcik-makcik yang dapat pergi
menunaikan haji bila melihat mereka ini saya turut bersemangat untuk pergi
menunaikan haji juga. Bagi yang belum mendaftar untuk menunaikan haji di Tabung
Haji (TH) baik cepat-cepat mendaftar kerana pagi tadi abah saya telefon TH Kota
Bahru(TH Johor masih cuti ganti Hari Malaysia) mengenai giliran pergi haji ini,
formulanya ringkas jika kita mendaftar sekarang maka 30 tahun mendatang barulah
kita dapat kuota(jika masih diberi peluang hidup). Tak banyak pun, jika sudah
ada RM1,500 sudah boleh mendaftar.
![]() | |
| makam nabi |
![]() |
| masjid nabawi |
![]() |
| masjidil haram |
Buat pakcik-makcik yang pergi menunaikan haji nanti
apa yang saya minta ialah doakan saya supaya saya juga dipilih untuk menjadi
tetamu Allah serta sampaikan salam saya buat kekasih juga junjungan besar Nabi
Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassalam.
Sekian.. = )
perkongsian dari
zakikhudzari
at
23:54
No comments:
Labels:
doa,
haji,
mak dan abah,
masjid,
seharian
Subscribe to:
Posts (Atom)











