Assalamualaikum..
Semester ini adalah semester kedua saya berpindah dari rumah sewa ke sebuah apartmen baru milik yayasan Melaka yang sangat dekat dengan bangunan belajar saya, kira-kira perjalanan saya nak ke bangunan belajar sekitar 200 meter dan hanya mengambil masa tak sampai 5minit untuk sampai ke bangunan belajar.
Bangunan ini sangat baru dan belum sampai setahun pun lagi sejak ia mula-mula di buka untuk penempatan pelajar dan bangunan kami ini lebih terkenal dengan singkatan nama AYAM(Apartmen Yayasan Melaka), oleh kerana ianya baru dibuka jadi surau kami di sini pun masih lagi dalam keadaan serba kekurangan tapi Alhamdulillah perkara asas seperti PA system,sejadah,telekung, dan al-quran/yasin ada disediakan di surau kami ini.
Tapi,bila di fikir-fikrkan balik masih ada yang kurang di surau kami ini,ha..agaknya apa ya?hehehe..
Nama..surau kami ini masih tiada nama lagi. Penting ke nama surau ini diberi, jawapannya mudah sahaja,sedangkan bayi yang baru lahir pun Nabi Muhammad Sollahhu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan supaya di berikan nama-nama yang baik sebaik sahaja di lahirkan inikan pula rumah Allah yang penuh berkah ini.
Jadi, setelah berbincang dengan rakan-rakan dan bertanya dengan orang yang alim surau kami ini di beri nama Ar-Raudah As-Sakinah,sama macam nama kota madinah dalam bahasa arab Al-Madinah Al-Munawwarah dan maksud Ar-Raudah As-Sakinah ialah taman yang tenang. Bila di sebut ianya akan Jadi Ar-Raudhatus Sakinah/Raudhatus Sakinah
Sebenarnya, nama Ar-Raudah ini di ambil besempena dengan nama satu kawasan di Masjid Nabawi yang bernama Ar-Raudah tempat ini adalah salah satu tempat yang mustajab bila kita berdoa,Ar-Raudhah juga adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Manakala As-Sakinah pula di ambil kerana di ambil dari satu hadith dari buku yang selau di baca di surau kami iaitu fadilat amal mengenai fadhilat solat di mana hadith ini menerangkan
“dari abu hurairah r.hu Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam bersabda tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah(masjid), membaca al-quran, dan membaca seseorang kepada seseorang yang lain melainkan Allah akan menurunkan ‘sakinah’ ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya.” (hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)
Sakinah di sini mempunyai banyak maksud dan imam nawawi berpendapat bahawa ‘sakinah’ merupakan satu perkara yang terhimpun daripada ketenangan,rahmat dan sebagainya dan ianya turun bersama-sama malaikat.
Akhir sekali, di harap nama Ar-raudah dan As-sakinah ini memberi berkat kepada kami yang datang ke surau untuk menunaikan solat berjemaah. Moga,suasana di Ar-raudah pada zaman nabi iaitu Dakwah,Belajar dan Mengajar, Ibadah dan Khidmat dapat kami hidupkan di surau kami ini. Seterusnya bagi mereka yang datang ke surau ini walaupun dengan penuh susah payah dan banyak masalah dengan berkat ‘sakinah’ yang Allah turunkan di Surau ini dapat meyelesaikan masalah-masalah mereka. Amiin..
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment