Assalamualaikum..
Beberapa hari
lalu, ketika saya sedang memakai serban di surau sebelum menunggu masuk waktu
maghrib, datang seorang lelaki dalam lingkungan 40-an dengan membawa satu
bungkusan plastic kepada saya lalu berkata “ini hadiah untuk si fulan”. Eh,
saya binggung seketika, mengikut akal waras saya nama saya ialah ahmad zaki
bukannya si fulan. Mana datang nama si fulan itu pun saya tak tahu.
Rupa-rupanya,
lelaki tersebut ingin menghadiahkan kepada saya sepersalinan pakaian serba
lengkap sebagai niat hadiah bagi pihak pakciknya yang baru meninggal dunia
beberapa hari lepas. Katanya dia bermimpi yang pakciknya itu dalam keadaan
tidak berpakaian sebab itulah dia telah membeli sepersalinan lengkap pakaian
dan hadiahkan kepada saya.
insya- Allah..saya akan pakai pada hari jumaat |
Allah..dalam
keadaan separa terkasima akibat diberi sepersalinan pakaian saya terfikir
bahawa betapa pentingnya kita membuat amal soleh dan menjadikan diri ini
sebagai asset kepada ibu bapa kelak bak kata hadith Nabi Sollahhu ‘Alaihi
Wassallam
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan
terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang
memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
Saya ada membaca sebuah kisah bahawa
pada zaman dahulu ada seorang lelaki telah bermimpi yang ahli-ahli kubur di
tempatnya telah berebut amalan-amalan yang disedekahkan kepada mereka sebagai
cahaya untuk mereka bagi menghilangkan kegelapan kubur akan tetapi jauh dari
sudut ramai-ramai ahli kubur yang mengutip cahaya amalan yang di sedekahkan
untuk mereka ini ada seorang tua yang hanya duduk bersahaja tidak seperti
rakan-rakannya yang lain. Lalu lelaki ini bertanya kepada pakcik tua itu
“pakcik,kenapa pakcik duduk disini sahaja, tidak seperti orang lain yang
berebut cahaya amalan untuk menerangi kegelapan kubur mereka?” lalu jawab
pakcik itu “ pak cik telah mendapat amalan sedekah dari anak pakcik sendiri
yang sentiasa meniatkan sedekah amalannya kepada pakcik jadi pakcik tidak perlu
lagi susah-susah untuk berebut seperti rakan-rakan yang lain.” Usai sahaja
pakcik itu menjawab soalan lelaki ini terus terjaga.
Lalu lelaki ini terus mencari gerangan
anak pakcik tua ini untuk melihat apakah amalan sedekah yang telah di hantar
oleh anak tersebut kepada pakcik itu. Apabila di selidik latar belakang
keluarga pakcik ini mempunyai seorang anak lelaki yang bekerja menjual air di
pasar. Maka lelaki ini pergi ke pasar untuk mencari anak pakcik tua dan dia
telah jumpa anak pakcik tua ini yang sibuk menjual air sambil mulutnya
terkumat-kamit seperti membaca sesuatu.
Setelah di lihat keadaan kedainya mulai
kurang pelanggan, lelaki ini terus berjumpa dengan anak muda ini dan bertanya
“apakah amalan kamu sehingga bapa kamu di kubur tidak perlu bersusah payah
sepertimana rakan-rakannya yang lain yang terpaksa berebut cahaya amalan yang
disedekahkan kepada mereka?” lalu anak muda itu menjawab “saya sentiasa
menghadiahkan amalan pembacaan al-quran yang saya bacakan ketika saya berjual
beli dengan pelanggan”. Mendengar jawapan pemuda ini lelaki tersebut pun
beransur pulang dan selang beberapa hari dia bermimpi lagi.
Kali ini lain pula jadinya, dia melihat
dalam mimpinya yang pakcik tua itu turut serta juga merebut cahaya amalan yang
disedekah untuk ahli kubur tidak seperti mimpinya yang sebelum ini. Lelaki ini
mendatangi pakcik tua itu dan bertanya “kenapa pakcik berebut dengan
rakan-rakan pakcik dan tidak duduk rehat sahaja seperti yang sebelum ini?”
pakcik itu terus berkata “ aku sudah tidak dapat lagi amalan sedekah seperti
mana yang aku dapat sebelum ini”
Apabila terjaga dari tidur,lelaki
tadi pada ke esokan paginya terus ke
pasar untuk melihat anak muda itu akan tetapi di lihat kedainya tidak lagi di
buka seperti sebelum ini dan apabila di Tanya kepada orang ramai, mereka
menyatakan yang pemuda itu telah meninggal dunia beberapa hari lalu.
Kesimpulan dan
pengajaran yang saya ingin kongsikan disini ialah bila mana satu orang ayah
atau ibu itu meninggal dunia, tidak ada apa lagi yang dia boleh harapkan di
dunia ini melainkan tiga (3) perkara yang di sebutkan di atas. Oleh itu, kita perlu sedikit demi sedikit
muhasabah diri kita sendiri sama ada bila ibu atau ayah kita meninggalkan kita
nanti adakah kita akan jadi punca ibu dan ayah kita bersenang lenang di kubur
sambil di layan istimewa ataupun ibu dan ayah kita terpaksa menangung derita di
azab akibat kecuaian kita.
Sekian..= )
untungla dapat baju free.. ^.^
ReplyDelete