Assalamualaikum..
Minggu
depan zuhdi akan naik semester baru,orang tu pulak sudah nak masuk semester
akhir. Saya ? akan memulakan perkhidmatan di tempat kerja yang baharu. Selepas beberapa
episod suka duka saya membuat keputusan untuk bertukar tempat kerja dengan niat
untuk keluar dari ‘comfort zone’ dan cabar diri saya untuk menerokai pekara
baru.
Setelah
menempuh alam belajar dan pekerjaan, dari jadi pelajar/pekerja biasa hinggalah
jadi orang yang dipercayai oleh orang ramai. Banyak pekara yang saya tempuhi
dan dapat ambil iktibar. Apa yang penting untuk kita Berjaya dalam sesuatu
pekara bukan mudah dan tidak boleh tidak kita perlu menghadapi beribu macam
dugaan dan cabaran.
Tetapi,
apa yang dapat saya simpulkan dalam kita hendak Berjaya dalam apa jua bidang
kesungguhan,kepandaian,kebolehan bukanlah sesuatu yang akan menambahkan ‘value’
kita. Bagi saya ada suatu factor yang membuatkan seseorang itu di”pandang”
orang. Ianya ialah “ATTITUDE” atau nama melayunya adalah AKHLAK.
Ya,
bijak mana pun seseorang, baik paras rupa macam mana sekalipun dia tu, terkenal
mana pun tetapi… jika kita tak mempunyai akhlak atau sikap yang baik pasti kita
tak dapat memberi kebaikkan kepada orang lain. Kenapa? Hanya akhlak dan sikap
yang baik sahaja dapat memberi kesan kepada seseorang. Tak percaya? Baik…saya
bawakan satu kisah.
Pada
zaman permulaan islam, ramai orang telah mengatakan risalah yang disampaikan
oleh nabi Sallahhu ‘alaihi wasallam. Telah memecahbelahkan orang arab,menghina
ajaran nenek moyang mereka dan telah mengelar nabi yang dulunya Al-Amin(yang
dipercayai/amanah) kepada Al-Majnun(yang gila).
Dipendekkan
cerita,berita sebegini telah tersebar ke seluruh mekah, Hinggalah membuatkan
seorang wanita tua membuat keputusan untuk meninggalkan mekah dan tinggal
diluar kawasan mekah. Dalam perjalan wanita tua ini untuk berpindah ke luar
mekah beliau telah terserempak dengan seorang lelaki. Dengan sopan lelaki ini
menyapa wanita tua ini. “wahai nenek,mahu kemana ni?” balas wanita tua itu “aku
mahu lari selamatkan diri aku,di mekah ini telah heboh berita tentang ada
seorang lelaki yang telah menyebarkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran
nenek moyang kita”. Lelaki itu lantas berkata “ooo,banyak barang nenek ini mari
saya tolong bawa sampai ke tempat yang hendak dituju”
Sepanjang
perjalanan, wanita tua itu terus menerus mengutuk, menghambur kata-kata kasar
dan mendakyahkan kepada lelaki ini supaya berhati-hati dengan ajaran yang
disampaikan oleh lelaki yang didakwa sesat itu. Setelah tiba ditempat yang
dituju wanita tua itu cukup berterima kasih “wahhh,terima kasih banyak ye
nak..nasib kamu tolong makcik. Boleh makcik tau siapa nama anak?” “ooo..sayalah
lelaki yang orang ramai cakap sesat dan gila tu”
Wanita
tua itu terkaku seketika..”betul ke kamu ini orang yang dicakapkan itu?kalaulah
kamu orangnya saya bersaksi dan ikut ajaran yang kamu bawa”. Agak-agak siapa lelaki yang saya ceritakan
ini? Ya..dialah kekasih dan junjungan kita nabi Muhammad Sollahu ‘alaihi
wasallam.
Cuba
bayangkan kita dalam situasi tadi? Sanggup ke kita untuk diam dan dengar orang
berkata sesuatu yang buruk didepan kita? Orang cakap buruk sikit kita dan
melenting terus banned/blocked orang itu
dalam diri kita.
Itulah
akhlak..orang yang baik akhlaknya pasti disukai/disenangi orang.percayalah..
So,apa
kaitan zuhdi nak naik semester dengan enteri ini?haha
Sekian..
= )
Ada ada. Kena mengenanya, zuhdi kena naik sem dgn berakhlak. Haha. Nanti pesan kat dia ye. 😏😭
ReplyDeleteBtw, kerja sungguh-sungguh ye, demi masa depan cemerlang. Jangan mintak cuti lagi. Kakaka kbye!
ReplyDelete