Friday, February 13, 2015

Solat Tanda Hamba

Pada tahun 2011, statistik menunjukkan sebanyak 80% orang Islam di Malaysia tidak solat. 80% orang Islam, bukan 80% rakyat Malaysia tau. Apa reaksi pertama? Ye, sedih. Terlampau sedih. Tak susah pun nak cari orang yang tinggalkan solat ni. Sila-silap orang terdekat kita sendiri pun ada yang tak solat, tinggalkan solat dengan sengaja.

Tak kesahlah apa saja alasan untuk tak solat. Sama ada sengaja atau tak sengaja, kalau tinggal solat fardhu yang lima waktu tu, hukumnya tetap berdosa besar. Sobsob. Dengan sebegitu banyak dosa dalam kehidupan seharian kita (dosa tak tutup aurat, dosa mengumpat, dosa buruk sangka, dosa kecilkan hati orang, dan lain-lain), kita masih tak rasa berdosa untuk buat dosa besar (dosa tak solat) tu pulak?

Orang yang solat tak semestinya baik, dan orang tak solat tak semestinya jahat. Betullah tu, tapi letak tepi la semua tu. Kita hidup bukan untuk 'judge' orang itu sekian, sekian dan sekian. Nahnu duat wa la qadha', kata-kata seorang alim ulama.

Tapi tapi tapi....

Solat itu tetap wajib, jika kamu seorang Islam. Tak kiralah baik ke jahat ke kaya ke miskin ke cantik ke hodoh ke. Wajibul wajib! Kalau tak buat, berdosa besar.

Kita tak suka manusia hipokrit, tapi kita sendiri hipokrit. Macam mana tu? Bila susah, kita cari Allah. Kerana diri adalah seorang Islam dan ada keyakinan yang Allah Maha Pemberi, maka kita minta sekian, sekian dan sekian pada Allah. Pada waktu itu, solat tak tinggal, doa panjang, mengaji sokmo. Kenapa? Sebab berhajatkan sesusatu pada Allah. Naaaah bila Allah dah bagi, sejadah pun kita tak usik, al-Quran pun kita tak jeling. Kenapa mesti macamtu? Allah itu perlunya hanya waktu susah dan bila kita berkehendak sesuatu je ke? T______T

Solatlah, sebelum kamu disolatkan. Orang-orang sekeliling yang sayangkan kamu, risau melihat kamu tak solat. Solatlah, jangan tinggalkan dengan sengaja.

Buat daie, apa tandanya semua tu?






Itu tandanya 'kerja' kita masih banyaaaaaaaak.

 #Muhasabah

No comments:

Post a Comment