Assalamualaikum..
Hari
ini ramai duk kalut dengan kenaikkan harga barang, macam-macam formula dan strategi
yang di utarakan. Banyak juga seminar dan forum di anjurkan. Nampak hebat dan
kemas.dan…akhirnya MENIAGALAH jalan terbaik untuk mengurangkan “sakit” dan
meringakan “beban”.
Jadi ,
di sini saya ingin kongsi dengan kawan-kawan satu jenis perniagaan iaitu ajak
orang kepada kebaikan dan cegah orang dari kemungkaran(Amar Maaruf wa nahi ‘Anil
mungkar)
Ia satu
jual beli yang tak akan ada kerugiaan. Malah dalam Quran Allah sebut ia juga
satu perniagaan yang menjauhkan kita dari azab yang pedih.
Tak perlu
risau. Anda tak perlu jadi kaya untuk buat perniagaan ini juga tak perlu jadi
Alim(ulama) pun untuk buat perniagaan ini, malah orang buta pun layak dan mampu
untuk lakukan perniagaan ini.
Saya
pernah dengar satu cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama. Di satu kawasan
pendalaman ada satu puak yang ingin buat kebaikan tetapi kehidupan mereka jauh
dari agama. Nak mengucap pun tak pandai!
Lalu
mereka mengadu kepada satu orang Alim “wahai syeikh, apa yang kami boleh buat
dengan diri kami ini. Kami tak Nampak pun yang kami ini boleh ajak orang kepada
kebaikan dan cegah orang dari buat perkara buruk.
Syeikh
itu pun membalas “kamu pergi sahaja jumpa orang dan beritahu pada mereka
seperti ini “Tuan jangan jadi macam saya, saya dulu jauh dari agama akibatnya
sekarang saya nak mengucap pun tak betul.”
Ha,sebenarnya
tak ada yang mustahil pun jika kita ada keinginan dan semangat untuk buat.
Kawan-kawan..jom
berniaga..saya jual ye..
Wahai
orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan
yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)
Sekian..=)
No comments:
Post a Comment