Wednesday, February 25, 2015

Pelangi Selepas Hujan




Percayalah, setelah hujan turun akan selalu ada pelangi. 


Tapi kalau hujannya malam, ada kemungkinan memang tak muncul-muncul pelangi tu. Kan? Err krik krik.. 

Nah, yang nak disampaikan di sini ialah akan ada kesenangan selepas kesusahan. Akan ada gembira selepas sedih. Ketahuilah, sedih itu takkan lama. Gembira itu juga takkan lama. Macamtu la hukum alam; semuanya bersifat sementara. Tiada yang kekal.

Macam hujan, hujan turun tak lama. Dan apabila munculnya pelangi selepas hujan itu juga tak lama. Semuanya sementara, bukan? :)


Akan ada berita gembira untuk kita, one fine day. Cuma tinggal lagi sejauh mana kita mampu bertahan dan bersabar. Dalam banyak-banyak amalan, semuanya boleh diketahui ganjaran pahala dan fadhilatnya. Bagaimana dengan amalan bersabar? 


Yeeeeeeee, bersabar hanya Allah yang tahu betapa besar ganjarannya. Boleh jadi, dapat hasil yang tak disangka-sangka setelah sekian lama bersabar. Haaaa, tu yang kita nak tu. Kekeke


"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat 
sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar."
(2:153)

"Patutkah mereka menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata:'kami beriman', 
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(29:2)

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan pada kalian, dengan sedikit ketakutan, 
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(2:155)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan
pahala mereka tanpa batas."
(39:10)

"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan (perbuatan) 
yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan."
(42:43)



...dan banyaaaaak lagi ayat-ayat pujukan Allah tentang sabar. (sila buat homework sendiri ye :P)


Bersabar dan bertahanlah sedikit lagi. Orang lain yang sekadar melihat, mendengar dan menghukum takkan faham apa yang kita telah, sedang dan bakal lalui. Kita faham perjuangan kita, maka teruslah berjuang. Because our journey is from Allah and to Allah. Chaiyok-chaiyok, fighting! :P


Akan ada berita gembira untuk kita, soon. Sod ba ro. We have each other, believe me. =)


credit gambar

No comments:

Post a Comment