Assalamualaikum..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A
Sabda Rasulullah S.A.W
"Allah tabaraka wa ta'ala akan
turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir.
Maka Ia berkata: "Barang siapa siapa yang berdoa kepada Ku akan Aku
kabulkan doanya; barang siapa yang meminta ampun kepada Ku, akan Aku ampuni
dia".
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Jadi, macam mana kita nak kira satu pertiga
malam ini? Mari saya kongsi cara nak kira. Ianya bermula
selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh.. dibahagikan
kepada 3 bahagian.. kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh itu adalah 9 jam,
maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3
pertengahan dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (kalau di Johor
Bahru), Isya pada pukul 8.32 malam dan Subuh pula pada pukul 5.45 pagi.
1/3 pertama = 8.32- 11.32malam
1/3 kedua = 11.32 pagi - 2.32
pagi
1/3 akhir = 2.33 – 5.45 pagi
Okay, itu sahaja perkongsian
untuk kali ini..
Kalau nak mudah bangun tahajjud, maka
amalkanlah qailulah (tido sekejap sebelum masuk waktu Zohor..) pada siang
hari.. insyaAllah, pada malamnya, akan lebih mudah nak bangun tahajjud dan
sebelum tidur kita niatlah nak bangun tahajjud.
p/s : Masukkan nama saya dalam doa awak
ye..
Sekian..=)
wahh baru tahu..
ReplyDeletepasal qailulah tu.. tq banyak yer
tqsm..maklumat yg sangat membantu..
ReplyDelete