Tuesday, July 17, 2012

boleh ke ni ?


Assalamualaikum..

Tertulis dalam kitab mengenai hukum fekah mazhab hanbali yang amat dipercayai –MUGHNI.

 Ali Ibnu Musa Haddad Rah.alaihi berkata “aku telah mengambil bahagian dalam satu jenazah dengan Imam Ahmad Ibnu Hanbal Rah.Alaihi,Muhammad Ibnu Qudamah Rah.Alaihi pun turut serta. Selepas mayat dikebumikan salah seorang buta telah datang dekat kubur dan mulai membaca Al-Quran. Imam Ahmad Ibnu Hanbal Rah.Alaihi telah berkata, “ bacaan Al-Quran dekat kubur adalah bidaah”.

 Apabila kami mula kembali dari tempat perkuburan tersebut, dalam perjalanan tersebut Muhammad Ibnu Qudamah Rah.Alaihi telah bertanya kepada Imam Ahmad Ibnu Hanbal Rah.Alaihi “apakah pendapat kamu mengenai peribadi Mubasyer Ibnu Ismail Habali Rah.Alaihi?”. Imam Ahmad Ibnu Hanbal Rah.Alaihi Menjawab “yang boleh di percayai” Ibnu Qudamah pun telah bertanya lagi “adakah kamu juga mempelajariilmu  daripada beliau?”. Imam Ahmad Rah.Alaihi Menj;Awab “ ya, saya telah belajar hadith daripada beliau”. Ibnu Qudamah Rah.Alaihi Berkata “Mubasyer Ibnu Ismail Habali Rah.Alaihi telah menceritakan kepada saya bahawa Abdur Rahman Ibnu Ala Ibnu Lajlaj Rah.Alaihi telah meriwayatkan dariapda bapanya bahaw apabila beliau hampir meninggal dunia, beliau telah berwasiat agar di bahagian kepala kuburnya di bacakan ayat-ayat permulaan dan terakhir surah Al-Baqarah dan beliau telah berkata juga bahawa belaiu telah Mendengar Abdullah Ibnu Umar R.Huma berwasiat begitu. 

Apabila mendengar peristiwa ini, Imam Ahmad Ibnu Hanbal Rah.Alaihi berkata kepada Muhammad Ibnu Qudamah Rah.Alaihi “patah baliklah kamu ke tanah perkuburan itu dan suruhlah si buta tadi agar dia membaca al-quran dekat kubur”.

LEBIH BAIK DARI SEMALAM…

Beberapa iktibar yang boleh ambil dari kisah di atas.

Pertamanya, bagaimana Muhamad Ibnu Qudamah Rah.Alaihi telah menegur Imam Ahmad Rah.Alaihi dengan begitu sopan dan berhikmah tanpa memalukan sesiapa pun. Bagi mereka yang punyai  rasa bertanggungjawab atas rakan-rakan, memang kita akan sudah terlepas akan tanggungjawb bila kita menegur kawan kita itu tapi hati dan perasaan kawan-kawan perlu juga kita jaga walaupun sudah cara kita memang kasar.

Hikmah dan beradab perlu di usahakan dan jangan lupa doa pada Allah supaya kita di beri hikmah sebagaimana ulama-ulama,para solehin,sahabat-sahabat dan nabi kita Muhammad Sollahu ‘Alaihi Wassalam.


Keduanya, tindak balas Imam Ahmad Rah.Alaihi yang terus meminta Muhammad Ibnu Qudamah Rah.Alaihi membetulkan apa yang telah di sebutkan kepada si buta di kubur tadi ““patah baliklah kamu ke tanah perkuburan itu dan suruhlah si buta tadi agar dia membaca al-quran dekat kubur”. 

Betapa beliau mempunyai rasa bertanggungjawab dengan apa yang telah di sampaikan kepada si buta tadi. Bayangkan kita zaman ini, apa yang kita cakap langsung kita tak kesah rasa nak cakap kita terus cakap. Tahukah kamu, di akhirat nanti Allah akan Tanya setiap perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita ini.


Terakhirnya, kita memang di bolehkan untuk membaca Al-Quran di kubur Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar" menyatakan:-
  • Imam asy-Syafi`i dan sahabat-sahabatnya (yakni ulama-ulama mazhab Syafi`i) menyukai (dihukumkan mustahab) agar dibacakan sesuatu dari al-Quran di sisinya (di sisi perkuburan), bahkan mereka menyatakan jika sekiranya dikhatamkan sekalian al-Quran itu adalah baik.

Muhammad Ibnu Ahmad Maruji rah.alaihi berkata “aku telah mendengar Imam Ahmad rah.alaihi menasihati kepada manusia, “apabila kamu menziarahi kubur maka hendaklah kamu membaca 

      Surah Al-Fatihah
·         Surah Al-Ikhlas
·         Surah Al-Falaq
·         Surah An-Nas

Kemudian sampaikanlah pahalanya kepada kepada penghuni kubur, pahalanya akan sampai kepada mereka [IHYA]


alhamdulillah..saya berkesempatan untuk ziarah kubur nyai dan atok di parit raja setelah menghantar nenek balik ke rengit..al-fatihah..
 
kubur nyai (Hjh. Zainab Bte Hj Abd Saleh)

kubur atok (Hj. Abd. Jabar bin muhd. Ali)

kubur atuk (depan) dan nyai (belakang)


Sekian..= )

No comments:

Post a Comment