Sunday, July 8, 2012

susah ma mau tidur.


Assalamualaikum..

Dua tiga hari kebelangan ini saya sudah mula susah untuk tidur, walaupun sudah baring di atas katil. Punyalah susah kejap pusing belah kanan, belah kanan pon tak jadi tukar belah kiri pula belah kiri pon sama macam yang belah kanan. Jadi macam-macamlah cara dan gaya sehingga ada kala tu saya amik masa hamper sejam baru boleh tidur itu pun kadang-kadang asyik terjaga balik!

Kawan saya ada beritahu saya antara sebab kita dapat tidur ialah kita terlampau banyak fikir. Sampaikan kita nak tidur pun masih lagi fikirkan masalah yang kita hadapi. Tapi, bila saya fikirkan balik macam ada betulnya apa yang kawan saya cakap, maklumlah sekarang ini musim peperiksaan memang tak tentu arah jadinya bila memikirkan peperiksaan yang bakal di hadapi.

Kita sering kali di beritahu kalau tak nak susah tidur jangan buat perkara-perkara seperti Elakkan daripada mengambil kafein, tidur siang yang terlalu lama,menghadap laptop/pc. Dan macam-macam lagi lah petua dan cara yang boleh kita dapat. Disi saya nak kongsi dari perspektif islam ada juga ayat yang insya allah mudahkan kita tidur. Ikhtiar la ya, yang bagi berkesan adalah allah sahaja.

Sebagai seorang muslim berwudhuklah sebelum tidur.



“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.” (Riwayat Bukhari)

“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anda boleh juga berzikir, membaca ayat-ayat quran seperti al-fatihah, ayat kursi bagi menghindarkan diri dari ganguan yang tidak kita ingini
Ini pula doa jika anda susah tidur malam.


” Allahumma Ghaa Ratinnujum, Wahada Atil ‘Uyuun, Wa Anta Hayyu Qayyum, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Anim ‘Ainayya Wa Ahdi Laili ” 

Maksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.” (Hadith Riwayat At Tabrani & Ibnu Sunni)

Ini pula kisah mengenai orang yang susah nak tidur pula.hehehe.

Mike pergi berjumpa seorang doktor kerana mengalami masalah susah tidur. Dia sudah mencuba berbagai ubat tidur.. tetapi tetap susah untuk tidor..

“Mungkin perubatan tradisional akan berhasil” kata doktor.

“Sebelum tidur cubalah mengira dari angka satu, dua, tiga.. sampai akhirnya anda tertidur…

Seminggu kemudian Mike kembali berjumpa doktor itu..

“Nampaknya anda sudah lebih segar dan sihat.. apakah cara itu berhasil..?” tanya doktor.

“Sebenarnya hampir berhasil.. pada bilangan ke lima saya sudah mula mengantuk.. tapi bila sampai ke bilangan kelapan dan kesembilan saya akan automatik terbangun kembali” jawab Mike.

Doktor kehairan..

“Mengapa Mike.. awak ada masalah besar ke???”

“Ya, kerana saya adalah seorang peninju !”



Sekian.. = )

No comments:

Post a Comment