Assalamualaikum..
Alhamdulillah..segala
puji hanya selayaknya untuk Allah. Kadang-kadang dalam sudut hati saya suka
tengok adanya orang yang tebalkan muka,malukan diri semata-mata untuk ingatkan
kawan-kawan dia supaya tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya dibuat. saya ucakpkan tahniah dan syabas! kerana ia bukanlah perkara yang mudah untuk di lakuikan.walaupun Itulah
perkara yang perlu ada dalam diri setiap insan.
Jadi,
dalam kita memberi nasihat dan ingatan kepada kawan-kawan kita juga perlu ada
cara dan perkara yang perlu kita waspada dan berjaga-jaga kerana tak semua
benda yang kita buat pasti akan orang terima dan suka. Saya nak kongsikan
beberapa perkara yang pernah di nasihatkan kepada saya kalau kita nak memberi teguran
atau nasihat.
UNTUK DIRI
Saya
sering kali di ingatkan supaya apa sahaja yang kita nak cakap kat orang perkara
yang pertama yang kita perlu sematkan dalam hati ialah “apa yang saya cakap ni
adalah untuk diri saya, saya yang perlu berubah”. Betapa pentingnya perkara ini
dia akan memberi kesan kepada diri kita pada akhirnya.
Sekiranya
kita niatkan apa yang kita nak cakap adalah semata-mata nak ubah orang yang
kita nak nasihatkan maka dua perkara akan terjadi. Pertama, jika orang itu
terima apa yang kita cakap maka mungkin akan timbul sifat bangga diri dalam
diri kita seperti “ tengok, sebab aku lah dia berubah kalau aku tak tegur dia
,ntah apa jadi kat dia” dan mungkin juga kita rasa kita lah yang beri dia
hidayah padahal hidayah itu adalah hak kekal milik Allah.
Keduanya,
jika orang yang kita nasihatkan tidak terima apa yang kita cakap maka mungkin
juga kita akan marah sebab orang tersebut tidak mahu dengar apa yang kita
sampaikan dan kita juga mungkin akan patah semangat dan putus asa dengan usaha
yang kita buat sebagai contoh “ buat apa aku nak nasihat dia, bukan dia nak
dengar aku cakap “
Oleh
itu, penting sangat kita niatkan apa yang kita cakapkan itu adalah untuk diri
kita sendri sebab bila orang itu dengar maka Alhamdulillah, itu semua atas
taufik dan hidayah Allah dan sekiranya dia tidak terima tak mengapa sebab saya
yang perlu betulkan diri saya sebab apa yang saya cakap ini saya juga perlu
amalkan.= )
HIKMAH..
Kadang
apa yang kita cakap biasa-biasa sahaja tapi dia bagi kesan yang sangat dalam
bak kata orang makan dalam Rasa sakit
sahaja bila mendengar. Itulah lagi satu perkara yang kita perlu mohon dari
Allah supaya diberi sesuatu yang sangat bernilai iaitu HIKMAH. Senang untuk di
cakap tetapi payah untuk di capai. Tak semua orang dapat cakap dengan penuh
hikmah. Ianya semata pemberian dari Allah. Oleh itu, usahakanlah untuk bangun
malam solat sunat tahjud walaupun dua rakaat. Kerana kesan dari tahjud sangat
besar, ianya adalah amalan para nabi,sahabat dan orang-orang soleh.
JARAK JAUH
Kita
sering kali ingat usaha kita disiang hari atau jumpa kawan-kawan kita akan
memberi kesan yang besar kepada dia tetapi saya diberitahu ianya hanyalah usaha
yang memberi impak yang kecil sahaja kerena usaha yang sebenar yang perlu kita
buat selepas kita menegur/ memberi nasihat ialah dengan kita sentiasa doakan
dia. Minta sesuatu yang baik dari Allah untuk dirinya.
Sekian..=
)
No comments:
Post a Comment