Friday, July 6, 2012

makin kita bagi makin cepat kita dapat


Assalamualaikum..


Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh muslim daripada abu hurairah r.a berkata : baginda Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah bersabda bahawa : sedekah tidak mengurangkan harta, dan jika kesalahan seseorang dimaafkan maka ia menambahkan kehormatan orang yang memberi kemaafan  dan sesiapa yang merendahkan diri sendiri kerana mencari keredaan Allah, maka Allah ta’ala akan meninggikannya dan memberinya darjat yang tinggi.




Hadith ini mengandungi tiga perkara dan yang ingin saya sentuh ialah berkenaan orang yang memberi sedekah walaupun dari zahir kelihatan hilangnya harta dan hartanya sudah berkurangan tetapi hakikatnya adalah hartanya tidak berkurangan bahkan balasannya dan gantiannya akan didapati dalam kehidupan akhirat sepertimana yang telah disebutkan dalam banyak ayat-ayat alquran dan hadith-hadith nabi,


Dalam menzahirkan betapa harta kita ini Allah akan balas dan ganti dengan sesuatu yang lebih baik saya ingin kongsikan satu kisah mengenai seorang wali Allah yang mashur bernama habib Aajami rah.alaih. satu ketika isteri beliau telah siapkan tepung gandum untuk membuat roti akan tetapi oleh kerana tidak mempunyai api isterinya telah pergi ke rumah jiran untuk meminta api. Dalam ketika itu, datang seorang peminta sedekah meminta sedikit makanan, lalu habib rah.alaih. telah memberi tepung yang berada didapur kepada si peminta. Apabila isteri habib rah.alaih pulang dengan membawa api  didapati tepung di dapur sudah tiada dan dia terus bertanya kepada suaminya “dimana tepung ?” habib rah.alaih pun menjawab “tepung itu sudah menjadi roti”




Oleh kerana tidak percaya dengan jawapan habib rah.alaih isterinya terus bertanya untuk beberapa kali maka beliau pun terpaksa menjelaskan yang “Aku telah memberikannya kepada peminta sedekah” mendengar jawapan ini isterinya terus berkata “ Subhanallah! Tahukah kau bahawa tepung itu sajalah yang ada di rumah kita untuk dimakan pada hari ini, kini apakah yang makanan yang boleh kita makan? Kita juga perlukan makanan.” Sebelum isterinya itu dapat menghabiskan perkataannya , dengan tiba-tiba datang seorang dengan membawa satu mangkuk yang besar di penuhi dengan gulai daging dan juga bersama dengan roti yang banyak . lalu habib rah.alaih berkata “ begitu cepat tepung menjadi roti ! malah gulai juga di bawa sebagai tambahan” [RAWDH]




Peristiwa seumpama ini telah banyak terjadi. Tetapi, atas kelemahan kita yang kurang/ tiada hubungan kita dengan Allah telah membuatkan kita tidak dapat memikirkan bahawa nikmat ini datang sebagai balasan sesuatu perbelanjaan. Kalau kejadian seperti ini berlaku kita menyangka bahawa si fulan telah kebetulan datang membawa benda itu, kalau tidak tak tahulah apa nak jadi. Akan tetapi hakikat sebenarnya ialah benda itu datang kerana perbelanjaan kita yang terdahulu.


Sampai sini dahulu perkongsian saya, inipun curi-curi masa untuk post entri ini. Esok(7/6/2012) saya ada periksa financial accounting report (FAR). Subjek ini pasal kira-kira dan sedikit penekanan mengenai standard yang perlu di ikuti oleh seorang yang bergelar akauntan. Insya Allah, selepas periksa esok ada lagi dua periksa lagi bakal menyusul 9/6 & 13/6 jadi doakan saya ya. Ada masa lagi saya akan kongsikan cerita yang menarik lagi.= )



Sekian..= )

No comments:

Post a Comment