Assalamualaikum..
Petang tadi saya
ke baazar ramadhan di taman saya untuk membeli air katira atas permintaan long. Dalam banyak-banyak
juadah yang akan muncul di bulan ramadhan Air katiralah antara air kegemaran
bagi kami warga johor. Ha, air katira ini hanya ada di johor sahaja ya tak ada
di negeri lain pernah juga jumpa air katira di kuala lumpur tetapi berbeza
sungguh rasanya macam langit dan bumi!.
Dalam berjalan
mencari air kegemaran long ini, saya terpandang satu juadah yang sudah lama
saya tidak makan.
Roti khurasan,
kalau zaman kecik-kecik dulu ini adalah juadah yang ‘wajib’ beli bila saya
pergi ke baazar ramadhan bersama abah. Saya belilah satu, kalau sedap boleh
beli lagi esok. Ops, cerita makan pula entri kali ini.hehehe
sekian..= )
No comments:
Post a Comment