Assalamualaikum..
Ada
kawan saya minta saya cari pasal fadhilat bulan syaaban dan nisfu syaaban dan
inilah hasilnya..
beberapa
hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir
Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty.
“Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim
adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.
Abdullah
b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi
Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa
sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami
mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh
satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw
berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih
No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
Muaz
bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah,
bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam
satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban
semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut
kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang
jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw
ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw
apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis
Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abu
Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu
Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan
kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2
rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih
No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abdullah
bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi
Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya
Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku
tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir
malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku
memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku
berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku
mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).
Di
dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara
khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara
khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah
didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis
Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam
Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana
ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).
Adapun
berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan
secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih,
hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik
para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan
hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih
riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal
(Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada
halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam
suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara
yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan
taksub” (Imam Hasan Al-Banna).
Akhirnya
nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban
adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan
diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.
Berikut
adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal
As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:
Dari
Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah
melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa
dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia
adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia
adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku
suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
Dari
At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas
Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban
kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang
terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata
At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan
Sahih.
Dari
Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban,
lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya
Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah
disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di
sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana
orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di
sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari
Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda
bermaksud, “Jibril telah
mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam
itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan
kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah
tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu
api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang
ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau
yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Sekian..
= )
No comments:
Post a Comment