Assalamualaikum..
Dari abu hurairah r.a berkata bahawa
nabi Sollahhu ‘Alaihi wassalam bersabda (mafhumnya); salah seorang dari di
kalangan bani israil telah berkeinginan untuk bersedekah secara senyap-senyap
pada waktu malam. Pada malam itu dengan diam-diam dia telah meletakkan sedekahnya
di tangan seseorang dan dengan senyap-senyap dia telahpulang ke rumah. Pada
keesokkannya orang ramai telah kecoh sesama mereka bahawa pada malam tadi seseorang
telah memberi sedekah kepada seorang pencuri.
Orang yang telah memberi sedekah
tadi telah berkata. “wahai Allah! Sedekahku sudah jatuh ditangan seorang pencuri. Bagi Kaulah
segala pujian(kalau sedekahku telah sampai kepada seseorang yang lebih buruk
dari si pencuri itu, apakah yang boleh aku buat?)
kemudiann dia sekali lagi
telah berazam, mala mini aku bersedekah secara diam-diam( kerana yang telah di
beri dahulu,sudah rosak). Jadi, pada malam itu dia pun keluar secara diam-diam
dan memberi sedekahnya itu kepada seorang perempuan(dengan tanggapan perempuan
iti bukanlah seorang pencuri).
Pada keesokkannya orang ramai telah kecoh sesama
mereka bahawa pada malam tadi seseorang telah memberi sedekah kepada seorang
pelacur. Orang yang telah memberi sedekah
tadi telah berkata. “wahai Allah! Bagi Kaulah segala pujian Sedekahku sudah jatuh ditangan seorang perempuan yang berzina
( sebab, hartaku memang patut mendapat darjat yang lebih rendah lagi).
kemudiann
dia sekali lagi telah berazam sekali lagi, malam ini aku akan bersedekah secara
diam-diam( kerana yang telah di beri dahulu,sudah rosak). Jadi, pada malam itu
dia pun keluar secara diam-diam dan memberi sedekahnya tetapi kali ini
sedekahnya telah sampai kepada tangan seorang yang kaya.
Dan sekali lagi orang
ramai telah kecoh sesama mereka bahawa pada malam tadi seseorang telah memberi
sedekah kepada seorang kaya. Orang yang telah memberi sedekah tadi telah berkata. “wahai Allah! Bagi
Kaulah segala pujian pada hal sedekahku telah sampai kepada pencuri, pelacur
dan orang kaya”.
Pada malam itu pemberi sedekah tersebut telah bermimpi yang
sedekahnya telah pun dimaqbulkan dan sedekahnya sememangnya telah ditakdirkan
jatuh kepada seorang pencuri, agar pencuri itu boleh bertaubatdaripada tabiat
mencuri; dan kepada pelacur kerana mungkin ia bertaubat daripada berzina
apabila melihat bahawa Allah masih memberinya rezki walaupun dia tidak
menghinakan dirinya dengan kelakuannya yang buruk sekaligus dapat menjaga diri
dan maruahnya; sedekah kepada orang kaya supaya dapat memberi pengajaran
kepadanya bahawa hamba-hamba Allah mensedekahkan harta secara sembunyi-sembunyi
dan mungkin dengan itu dia terdorong untuk mula mensedekahkan harta-hartanya
yang telah di berikan Allah. (muttafaqun ‘alalihi,misykat)
LEBIH BAIK DARI SEMALAM
Setiap perbuatan yang di buat dengan
keikhlasan hati walaupun penerima/kesannya bukanlah penerima/kesan yang kita
harapkan, maka semuanya adalah HIKMAH Allah. Jadi kita tak perlu mempersoalakan
perkara-perkara seperti ini kerana tugas kita adalah sentiasa membetulkan niat
kita.
Hafiz ibnu hajar rah.alaihi berkata
bahawa daripada hadith ini dapat difahami bahawa kalaulah sedekah tidak dapat ditunaikan
kepada penerima yang betul, maka menunaikan sedekah sekali lagi adalah mustahab
( digalakkan) dan patut diamalkan tanpa perasaan enggan atau letih. Ulama
berkata jangan sesekali memberhentikan khidmatmu walaupun dirasa ianya tidak di
terima.
p/s : ikhlas adalah RAHSIA dalam
RAHSIA ALLAH.
Sekian..= )
assalamualikum....
ReplyDeleteade sedikt kemusykilan disini...
kalau niat sedekah itu adlh utk org lain mcmane?
sebgai contoh: A sedekh buku kat sekolah, tp diniatkn dlm hati utk B, dgn harapn setiap buku yg digunakn B akn dpt pahala tanpa pengetahuan B tadi......
niat sedekh diterima?
itu dikira sedekah ke?
boleh ke niat mcmtue?
terima kasih kerana membaca ^_^
masya allah..soalan yang baik..
ReplyDeleteinsya allah..niat sedekahnya allah terima dan memang dalam islam kita di anjurkan supaya berbuat demikian terutamanya kepada ahli keluarga@sahabat handai yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu.harap menjawab soalan..= )