Sunday, July 15, 2012

coretan diri


Assalamualaikum..

Bila sudah usai semester 6 ini macam-macam perasaan timbul.


Gembira.

Gembira kerana Berjaya juga habiskan semester 6 dengan selamat dan jayanya walaupun sudah rasa macam malas je nak belajar. Hehehe..



Teruja

 Teruja bila awal bulan ogos ini saya akan mula praktikal selama 6 bulan bagi meyelesaikan pengajian di UiTM lebih kurang setahun lagi dan ianya adalah satu pengalam yang baru untuk saya sebab Saya tak pernah bekerja bila cuti semester kerana bila cuti saya hanya duduk rumah sahaja. Ops, saya bukan duduk rumah saje-saje ye.klik

ni terlampau excited ni..= p


Terharu

Terharu dengan ucapan,warkah,surat,mesej dan macam-macam lagi dari kawan-kawan sebelum saya habis semester maklumlah lepas ini semua sudah tak jumpa selama 6 bulan dan kalau di rumah apartmen pula ada yang saya tak jumpa terus sebab bila saya menyambung pengajian semula mereka pula sedang praktikal.





Sebak.

Tiba-tiba perasaan ini muncul,masa awal-awal tu adalah terasa sangat. Tetapi,bila makin lama makin sebak pula rasa.sayang nak meninggalkan apartment,pejabat AYM, bilik, dan surau Ar-Raudatus Sakinah. Paling terasa sebak ini bila mengimami solat pada malam khamis, esoknya tu saya nak balik rumah selepas habis peperiksaan pada pagi itu kira itulah solat terakhir  saya bersama Jemaah apartmen yang ramai dan meriah itu. Rasa nak nangis pun ada juga waktu solat tu, tapi sedaya mungkin saya tahan.huhu..




Sedih

Yang ini saya tak tahu nak ulas macam mana. Benda ini orang kata subjektif karang bila saya cakap sedih orang lain kata biasa sahaja.  Apa yang  saya nak bagitahu yang lelaki juga ada perasaan sedih Cuma cara lelaki dan perempuan ini lain la kot.
Harapan saya, semoga kawan-kawan saya yang lain dapat menempuhi hidup seperti biasa,kerana hidup mesti di teruskan mungkin perpisahan kita yang sementara dapat membantu kita untuk terus maju dan matang. 



Buat rakan-rakan rumah, kamu semua memang terbaik memori kita selama dua semester dari rumah bawah dan kemudian berpindah ke rumah tingkat atas memberi saya seribu satu kisah yang akan tersemat di hati.




Buat rakan-rakan kelas, terima kasih kerana berkongsi suka duka bersama-sama, sejak dari semester 2 sampailah semester 6 dari saya jadi biasa-biasa je sampailah saya menjadi ‘sesuatu’. Semua ini saya belajar apabila berada di Melaka terutamanya dari kelas BACC Ijazah Sarjana Muda (ISM) penerapan dan lepasan diploma in business,bank and investment.





Buat ‘my only and precious best friend forever (BFF) Aiman,Rahiela,Hanis dan Saufiah. Kesabaran kamu semua melayan keranah saya yang tak menentu ini terutamanya semester ini buat saya makin menghargai betapa seronoknya saya ada kawan seperti kamu semua. Jangan serik ya membantu,meyokong,mendorong dan memahami saya.




sekian..= )

14 comments:

  1. em..hensem ea..itu semua nikmat allah..= )

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    :'( jaga diri
    doakan aku istiqamah dlm pghjrahan ni
    dah xde org dah nk ckp kt aku 'ni panas dunia je hanis' :'(

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumussalam..

    insya allah..mudah-mudahan..xya la sedih2.

    ReplyDelete
  4. acamno nk tahan perasaan sedih den ni haaa
    hehehe nti xde sape kwn nk gadoh teruk2 dah..

    ReplyDelete
  5. x pe,biasa la tu sedih..nanti da ade kawan baru gaduh la ng dia plak..ha..Mr A..haha..= p

    ReplyDelete
  6. ustz sedih ke?huhu..

    ReplyDelete
  7. eeeeeeee xnakkkk....xnakkk cakap pun ngn Mr A ke Mr B ke hahahhaha

    ReplyDelete
  8. anonymous..erm..sedih pun satu nikmat,kene bersyukur..= )

    ReplyDelete
  9. bole ke?xpe..papehal aku doakan yg terbaik utk kau sepanjang 6bulan kat sana..

    ReplyDelete
  10. haa doa yg kite mahu ngaa ngaa, thx~

    ReplyDelete
  11. ustaz ko msti pling rindu mkn nasi lemak pagi kan hahhaha

    ReplyDelete
  12. hahaha..harus la rindu.nasi lemak tu..makan sekali je da buat orang tidur..kuat tu penangan dia.

    ReplyDelete