Thursday, February 28, 2013

The power of Istikharah



Assalamualaikum..

Tinggal berapa hari sahaja lagi masa saya di rumah minggu depan sudah naik kuliah.



Tengok tajuk pun sudah gempakkan?saya bukan nak tulis apa itu istikharah atau cara nak buat sebab banyak laman web,blogspot,buku,majalah  dan kelas-kelas mengajar bab ini tetapi sekadar untuk berkongsi cerita apa yang saya dapat bila saya dengan amalan istikharah.

Ada satu riwayat mengatakan bahawa “tidak akan rugi orang yang bermesyuarat dan tidak akan menyesal orang yang beristikharah”(kalau salah tolong betulkan ya)

Selepas SPM saya meneruskan pelajaran ke Maahad Johor sementara menunggu keputusan SPM keluar. Bila keputusan sudah keluar saya mendapat dua tawaran berdasarkan keputusan yang saya dapat satu dari permohonan UPU, diploma perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Segamat dan dari permohonan matrikulasi di Kuala Nerang juga dalam bidang perakaunan.

Di pendek kan cerita saya memilih untuk mengambil diploma perakaunan di UiTM Segamat. Ramai yang agak terkejut dengan keputusan saya bila berbual soalan-soalan seperti ini akan timbul

“kenapa tak amik Matrik kan cepat skit”

“diploma lambatlah kau kena tunggu 3tahun baru bole masuk ijazah”

“kau tak takut ke nanti macam-macam jadi bila kau lari bidang?”

“eh,aku ingat kau pergi mesir!”

Dan macam-macam lagi persoalan. Tetapi bila naik semester tiga diploma saya dapat tawaran untuk diserap masuk terus ke ijazah dan tak perlu tiga tahun untuk  lagi seperti yang di takut-takut dan bila saya Graduasi nanti sama dengan kawan-kawan yang ambil matrik dan STAM.

Malah,Sekarang ni Bila saya pergi ke mana-mana saya pasti di orang akan tidak percaya yang saya adalah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) sebab saya masih lagi mampu memahami penulisan dalam bahasa arab dan mampu mengajar bidang-bidang yang sama pernah belajar di sekolah dahulu.

Selain itu, ingat lagi tidak tentang entri saya mengenai mahu pilih tempat Praktikal. Saya memilih untuk masuk ke pejabat JCIA Services Sdn. Bhd. Juga mengunakan istikharah. Nak tahu? Bila masuk ke sana saya bukan sahaja dapat jaga solat Jemaah di masjid seperti mana yang saya harapkan malah saya dapat banyak pengalaman kerana dapat di tukarkan kepada tiga company/jabatan yang berbeza untuk belajar sesuatu.

Berbanding kawan dan sahabat yang ada yang di tukarkan hanya kepada dua jabatan sahaja malah ada yang dari mula sampai habis praktikal di jabatan yang sama sahaja. Bila di tukarkan kepada banyak tempat saya banyak belajar benda yang berbeza dari kerja kerani,operasi,audit,computer dan sistem dan banyak lagi sedikit sebanyak dapat bantu saya di mana bidang yang saya sesuai untuk diri saya.

bawah ini adalah gambar terakhir saya di Johor Corporation dan JCIA Services Sdn. Bhd. tak sangka dua-dua ada buat farewell.terharu..

Di PJB



supervisor di PJB

Kak wawa & kak nurul (risk mgmnt)

dapat hadiah

meja sendiri di JCIA

Staff lelaki yang ada

staff-staff JCIA


Itulah sedikit sebanyak saya pun bukan pandai sangat hendak bercerita. Ini yang saya ingat dan rasa akan tetapi mungkin banyak lagi perkara yang Allah sudah bagi yang saya tak perasaan dan terlepas pandang. Jika anda Tanya pada saya adakah saya menyesal dengan keputusan melalui istikharah pasti dan mesti jawapannya adalah TIDAK. Belajarlah buat istikharah untuk dalam setiap urusan kita bukan untuk nikah kahwin sahaja,in Shaa Allah perkara-perkara lain juga allah boleh selesaikan .

Sekian..= )


9 comments:

  1. tak sangka hensem jugak kau ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. Asslamualaikum, ijazah perakaunan ni senang ke?

    ReplyDelete
  3. salam.. saya pelajar asasi 2014/15..jap gi nak habis dah pun.. boleh saya minta tips sedikit drpd en sbb utk ijazah saya nak bt ijazah Perakaunan ? thnks !

    ReplyDelete
  4. Bagus dik. belajar rajin2. Lepas degree masuk professional pulak.

    ReplyDelete
  5. boleh saya tanya, mcm mana awak boleh terus di serap ke degree perakaunan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa program ni da tak buat lagi atas sebab2 tertentu.

      Delete
  6. Better choose dip atau matrik/stpm/asasi ? Coz ramai ckp matrik xdak sijil . Even matrik cpt habis. Kebanyakan kata dip lebih better . Tp ada juga bependapat matrik cuma kne struggle dan matrik tu bagus . Ada sedikit confius kt situ. Which one yg betul ?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete