Assalamualaikum..
Di dalam kitab NUZHATUL MAJALIS ditulis satu kisah mengenai perdebatan antara
siang dan malam dan perdebatan antara mereka ialah “Siapa yang lebih BAIK?”
Mula-mula siang berkata “daku mengandungi 3
solat fardhu,daku mempunyai detik di hari jumaat jikalau doa diminta pasti akan
dijawab”. Ia selanjutnya berkata, “wahai malam!dikau menyebabkan
mengantuk,tidur dan lalai tetapi daku adalah punca kegiatan dan kemakmuran.
Matahari yang muncul menerangi dunia ini,muncul pada masaku”
Malam berkata “ wah! Kau banggakan
matahari. Dengar ! matahari-matahariku adalah hati-hati yang melakukan tahajud
dan bertafakur di atas kebijaksanaan Allah. Kamu tidak mempunyai kesunyian yang
memberi tenang mengingati Allah pada malam hari. Di samping kebaikkan ku ini
daku mempunyai penghormatan malam mi’raj.
Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassalam mengambarkan kebaikkanku sebagai ;
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah
"sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu;
semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang
terpuji. (Al-Israa' 17:79)
Selanjutnya malam berkata “daku mempunyai
malam Qadar di dalamku, pada malam itu Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassalam
diberikan perkara yang –perkara yang belum pernah difikirkan oleh sesiapapun.”.
lebih-lebih lagi, menurut Hadiṥ Qudsi, Allah berfirman pada bahagian akhir malam : jika sesiapa yang memohon kepadaku
Daku akan mengabulkan,jika seseorang bertaubat kepadaku Daku akan menerimanya”
malam meneruskan lagi, “tidakkah kamu sedar akan perintah Allah ini?”
Wahai orang
yang berselimut!. Bangunlah
sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat
tidak untuk berehat) (Al-Muzzammil 73:1)
Lihatlah ayat Al-Quran berikut :
Maha
Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. (Al-Israa' 17:1)
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment