Assalamualaikum..
15/2/2013 mungkin tarikh yang paling
mencemaskan buat sebahagian besar pelajar UiTM seluruh Malaysia kerana
keputusan bagi peperiksaan akhir bagi sessi September- Disember. Saya tak
teringat pun dengan keputusan periksa ini sampailah beberapa orang sahabat yang
kecoh-kecoh.
Ada yang Tanya pada saya “apa
keputusan periksa kau?” hurm..rasa macam malas sahaja nak jawab sebab untuk
pelajar semester 7 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan keputusan kami hanya dua
sahaja LULUS atau GAGAL tidak langsung membabitkan GPA bahkan CGPA sekalipun.
Ya, agak pelik sedikit biasa bila
kita praktikal terus habis dan ‘Grad’kan? Kami pula sebaliknya selepas
berpraktikal di syarikat yang kami pohon kami perlu kembali semula ke kampus
untuk sambung belajar balik untuk menghabiskan baki satu semester lagi.
Perkara seperti ini saya anggap
seperti peluang kedua kepada kami.
Peluang kedua untuk
1. Belajar
2. Habiskan masa dengan kawan-kawan
3. Baiki ‘kesilapan’ yang dibuat
sem 8 = teori (T.T) |
Awal bulan march ini saya sudah mula naik
belajar.Orang kata waktu belajar inilah waktu yang paling seronok tetapi ada
satu sahaja yang menyerabutkan kepala
saya. Boleh ke saya belajar balik? Hampir 6 bulan saya tak sentuh buku akademik
tambahan pula kerja semasa praktikal pun tak sentuh sangat pun bidang
perakaunan. Entah berapa banyak karat yang ada.
Apapun doakan saya ya?
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment