Assalamualaikum..
Kali ini saya nak kongsi apa yang saya
dengar ketika hadir solat jumaat dan mendengar khutbah(sebab ada entri kawan-kawan
cakap nak tahu apa yang khatib berkhutbah di masjid). Tajuk Khutbah hari ini
adalah MUSIBAH.
Perkara penting yang boleh di ambil dari
khutbah yang saya dengar sebentar tadi ialah Musibah terbahagi kepada tiga(3)
iaitu :
1
Kafarah
Kafarah ialah satu musibah yang Allah beri kepada
hamba-hamba dia yang baik supaya dia sedar dan insaf atas kesalahan yang telah
dia lakukan sama ada secara sengaja atau tidak,secara terang-terangan atau
sembunyi-sembunyi. Musibah yang diberi ini juga untuk menghapuskan dosa yang
dilakukan oleh hamba ini supaya di akhirat nanti tidak perlu lagi di azab.
2
Bala
Bala pula adalah musibah yang Allah turunkan kepada
hamba-hambanya yang ingkar dan selalu melakukan kejahatan. Mereka bukan sahaja
diseksa didunia malah juga akan diseksa di akhirat akibat dari perbuatan yang
telah mereka lakukan. Seperti mana Allah telah menurunkan Bala kepada Firaun
dengan meneggelamkan dia di dalam arus sungai Nil, mematikan Namrud dengan
hanya mengunakan seekor nyamuk yang tempang juga meneggelamkan Qarun ke dalam
perut bumi akibat tamak dan haloba dengan harta yang diperoleh.
3
Ibtilak
Musibah yang diturunkan kepada mereka ini bukanlah
disebabkan mereka telah membuat dosa atau membuat Allah murka akan tetapi
musibah yang diturunkan kepada mereka ini adalah sebagai tanda Kasih dan Sayang
Allah kepada Hamba tersebut. Malah dengan datangnya musibah ini kepada mereka
menjadi sebab darjat mereka menjadi tinggi dan semakin dekat dengan Allah. Contoh
yang kita dapat ambil adalah sebagaimana para nabi ulul Azmi (Nabi Muhammad
Sollahu ‘Alaihi Wassalam,Nabi Isa Alaihi salam,Nabi Musa Alaihi salam , Nabi
Ibrahim Alaihi salam dan Nabi Nuh Alaihi
salam)nabi-nabi yang diberi ujian dari Allah lebih dari nabi-nabi yang lain.
Firman Allah. :
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk
syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan
(oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah 2:214)
moga kita semua dapat tabah dan bersangka baik dengan musibah
yang menimpa. elakkan dari mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti "kenapa Aku yang kena?bukan orang lain" sebalik kita menukar perkataan ini dengan " musibah ini adalah pengahapus dosa-dosa yang telah aku lakukan" "Alhamdulillah,aku dipilih untuk terima semua ini"
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment