Friday, March 14, 2014

kami dengar dan kami taat

Assalamualaikum..




Pagi tadi ada kuliah pagi bagi mengisi masa cuti bagi warga johor. Dalam kuliah tersebut ustaz tersebut berkongsi dengan kami tadabbur Al-Quran mengenai surah Sajdah.

Beliau kata dia mahu tadabbur sahaja kerana tadabbur ialah kita ambil ibrah atau pengajaran.tetapi bila kita mahu menafsir ayat Al-Quran kita perlu ada beberapa kemahiran dan yang paling asas sekali ialah menguasai bahasa arab di samping beberapa ilmu lain.

Antara perkongsian yang menarik dalam kuliah tersebut ialah mengenai ayat yang ke 12

“Wahai Tuhan kami, kami telah MELIHAT dan MENDENGAR dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"As-Sajdah 32:12

Beliau kata dalam setiap ayat dalam Al-Quran ada pengajaran dan dalam ayat ini kita lihat Allah telah dahulukan perkataan melihat baru di sudahi dengan mendengar kerana inilah antara sifat orang-orang yang ingkar. Mereka tidak akan percaya sesuatu perkara melainkan mereka lihat perkara itu.

Akan tetapi kita orang yang beriman, tidak perlu semua itu(melihat) baru nak percaya kerana orang yang beriman dia percaya kepada perkara-perkara yang ghaib.lalu taat atas perintah dan larangan yang disampaikan Allah melalui Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassallam.

“Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” Al-Maaidah 5:7

Ha..inilah sedikit sebanyak.ada masa jumpa lagi.

"lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu(supaya amalan bersyukur menjadi kebiasaanmu),dan janganlah melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu.jika tidak,mungkin kamu akan memandang rendah nikmat-nikmat Allah yang telah di berikan kepada kamu..."

Sekian..=)



No comments:

Post a Comment