Assalamualaikum..
Hari ini sudah masuk dua minggu saya solat jumaat di bangi. Hidup jauh
dari keluarga bukan suatu yang mudah tetapi ia adalah suatu proses pembelajaran yang berguna buat saya untuk
masa akan datang. Sedang menunggu
menghabiskan makanan yang di infak di masjid saya terdengar perbualan dua
sekawan
Kawan A : wei, camne ni ha?boleh tak cari orang lain baca doa.aku tak
pandai sangat la.
Kawan B: (diam tak berkata)
Kawan A terus mengadu pada kawannya perihal ketidaksediaan dia untuk
membaca doa di sekoalah barangkali.setelah beberapa lama kawan B mula bersuara.
Kawan B : kau pernah dengar tak,budak baru-baru lahir terus jadi perdana
menteri?
Kawan A : tak..
Kawan B : tak pernah kan?kau baca je lah..salah sikit-sikit tu biasalah.
Kawan A terus diam dan Azan pun berkumandang…
Bila saya fikir balik tak ade kene mengena pun jadi perdana menteri
dengan baca doa,tapi…kata-kata semangat dari seorang kawan,keluarga,dan
orang-orang sekeliling yang kita percaya sangatlah membantu.
biarpun apa yang dia sampaikan itu tak seberapa.saya yakin ia dapat
membantu mententeramkan sedekit hati yang ‘kacau’ ni..setuju?
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment