Monday, April 21, 2014

tulang belakang lelaki



Assalsamualaikum..



Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita..

Lelaki ini kuat macam mana sekali pun dia pasti akan lemah dan tak bersemangat,akan tetapi dia tidak akan bercerita kesusahan yang dia alami pada orang ramai.dia hanya berkongsi masalah dengan orang yang dia rapat dan percaya. 

Siapa lagi kalau bukan isteri,rakan-rakan dan keluarga.kata-kata motivasi dan dorangan seorang wanita ini boleh mempengaruhi juga memberi kekuatan yang luar biasa. 

Teringat kisah Rasulullah Solallahhu ‘Alaihi Wassalam  ketika Jemaah Hajinya telah di halang oleh penduduk mekah dan umat islam yang hendak menunaikan haji ketika itu terpaksa membatalkan niat mereka untuk menunaikan haji dan dalam masa yang sama perlu membayar dam dan memotong rambut mereka.

Tapi sebaliknya berlaku, para sahabat tidak sedia untuk menunaikan perintah kerana mereka sangat-sangat tertekan dan tidak dapat terima keputusan yang di buat. Lalu Rasulullah Solallahhu ‘Alaihi Wassalam   pun mengadu pada isteri baginda yang turut serta pada ketika itu.(ummu salamah jika tidak silap)

Cadangan yang di berikan oleh isteri baginda cukup mudah “apa kata Tuan mulakan dahulu bertahalul” dari cadangan inilah baginda telah keluar dan memotong rambut baginda di luar khemah sambil di lihat oleh sahabat.

Melihat perbuatan Rasulullah Solallahhu ‘Alaihi Wassalam  para sahabat terus mengambil pedang mereka dan mencukur rambut mereka hingga ada yang terluka.

Wahai wanita..bantulah suami,abang,adik lelaki dan anak-anak lelaki kamu. Bantulah mereka untuk membantu kamu.doronglah mereka dengan kata-kata semangatmu dengan penuh hikmah dan lemah lembut.

Kuasamu bukan pada kekuatan mu itu tapi dek ketabahan mu melayan si dia.

Jangan ambil hati.tapi..ambillah manfaat..

Sekian..= )

2 comments:

  1. Aww, sila nyatakan ya siapa tulang belakang saudara. Haha
    - tulang belakang zaki-

    ReplyDelete