Friday, May 4, 2012

bila tiga orang sahabat masuk gua..


Assalamualaikum..

Huh, naik dari cuti seminggu ni terus sibuk tak sempat nak post entri yang telah saya janjikan sebelum ini. Baiklah entri kali ini saya nak kongsi sebuah hadith yang agak panjang tetapi mempunyai mesej yang perlu kita jadikan iktibar dan dorongan untuk kita beramal.

Dari Abdullah bin Umar R.Hu telah berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam telah bersabda : dari kalangan umat sebelum kamu ada tiga orang yang telah keluar (bersafar) bersama-sama. (Mereka berjalan sehingga waktu malam ) dan memasuki sebuah gua untuk bermalam di situ. Maka, pada waktu itu, satu batu besar telah jatuh dari bukit dan telah menutup pintu gua itu. (Melihatnya, mereka telah berkata: ) kita hanya akazn terselamat kelauar dari batu ini hanya dengan berdoa kepada Allah Ta’ala dengan perantaraan soleh masing-masing.( Maka mereka telah berdoa dengan perantaraan amalan soleh masaing-masing). Seorang telah berkata di dalam doanya : Ya Allah ! engkau sememangnya mengetahui bahawa kedua ibu bapkaku telah tua. Aku tidak akan memberi susu kepada ahli keluarga dan hamba-hambaku sebelum mereka.

Pada suatu hari, aku telah keluar jauh untuk mencari sesuatu. Bila aku pulang, maka ibu dan ayah telah tidur. (Pun begitu,)aku telah memerah susu mereka untuk petang itu. (Aku telah meletakkannya didalam mangkuk dan membawanya kepada mereka). Aku telah melihat mereka (pada waktu itu) masih lagi tidur. Aku tidak suka untuk mengejutkan mereka dan aku juga tidak sanggup untuk memberi susu  itu kepda ahli keluarga ku dan hamba-hambaku untuk mereka minum. Lalu aku memegang mangkuk susu dan berdiri berhampiran kepala mereka dan menunggu mereka bangun sehinggalah pagi. Dan mereka pun bangun (lalu aku telah memberi mereka susu itu). Pada waktu itu barulah mereka minum susu untuk malam itu. Ya Allah ! jia aku melakukan perkara ini untuk keredhoan mu, maka selamatkan lah kami dari musibah kerana batu in. kerana doa  ini batu itu telah bergeser sedikit, akan tetapi masih tidak memadai untuk mereka keluar.

 Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam telah bersabda lagi; orang kedua telah berdoa : aku mempunyai seorang saudara sepupu perempuan yang sangat aku sanyangi. Aku (pada satu kali) telah ingin melepaskan syahawatku padanya. Akan tetapi dia tidak menyanggupinya, sehinggalah sampai satu musim kemarau yang telah mendesakannya untuk datang (kepada ku). Aku telah memberinya seratus dua puluh dinar, dengan syarat dia datang kepadaku berseorangan diri. Dia bersetuju sehinggalah aku berkuada penuh kepada dirinya (dan nyaris-nyaris sengaja aku melepaskan nafsu syahawatku) maka dia telah berkata : aku rasa tidak halal bagi kamu untuk memecahkan mohor tanpa hak. (Mendengarkannya) aku telah berhenti dari niat jahatku itu dan aku telah menjauhkan diriku darinya, walaupun aku sangat-sangat kasihkannya. Aku juga telah membiarkan seratus dua puluh dinar yang telah aku beri kepadanya. Ya Allah ! jika aku mengerjakan ini untuk keredhoanmu, maka selamatkanlah kami dari musibah ini. Maka batu besar itu bergeser sedikit lagi, tapi masih tidak memungkinkan lagi untuk keluar.

Orang ketiga telah berdoa : Ya Allah! Aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Semuanya telah ku berikan upahnya kecuali seorang yang telah pergi tanpa mengambil upahnya. Aku telah memperniagakan wang upahannya itu, sehinggakan telah berlaku penambahan harta yang terlalu banyak. Selepas beberapa lama, pada suatu hari orang itu telah datang lalu berkata : wahai hamba Allah ! berilah kepadaku. Aku telah berkata : Unta-unta, Lembu-lembu, Kambing-kambing dan Hamba-hamba yang kamu Nampak ini, semuanya adalah upah kamu. Yakni wang upahmu aku telah niagakan dan inilah hasilnya. Orang itu berkata : wahai hamba Allah ! jangalah bergurau, Aku berkata : “ aku tidak bergurau, (aku sedang menceritakan perkara yang sebenar”) Maka, (selepas penjelasanku ini) orang itu membawa semua harta itu, sedikit pun tidak di tinggalkannya. Ya Allah ! jika perkara ini aku lakukan semata-mata untuk redhoMu, maka jauhkanlah kami dari musibah yang menimpa kami ini. Maka, batu itu terus berganjak (dan pintu gua itu terus terbuka) dan semuanya telah keluar. (HR Bukhari no. 2272)

Kesimpulan yang kita boleh ambil dari hadith di atas, kita boleh bertawasul dengan mengunakan Amal  yang kita buat selain itu kita juga boleh bertawasul menggunakan syafaat/berkat dari seseorang bagaimana Nabi Adam ‘Alaihissalam mengunakan berkat Nama Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam untuk memohon taubat.





sekian..= )

9 comments:

  1. salam 'alaik,
    bertawasul tu ape ea?

    ReplyDelete
  2. bertawasul = bersandarkan / menjadikan sesuatu sbg sbb perantaraan

    ReplyDelete
  3. bertawasul ni..kita menjadikan orang/sesuatu amalan sebagai perantaraan hajat kita..
    dalam hadith ini 3 sahabat tu bertawasul mengunakan amalan mereka..
    selain itu,ada satu lagi istilah iaitu ihtisab. yang ini kita mengharapkan supaya allah memberi kita ganjaran dengan apa sahaja amalan yang kita buat.
    contoh : kita bersihkan jamban rumah kita, jadi dalam hati kita sebut.."ya Allah..dengan aku cuci jamban ni kau cuci la hati aku dari sifat2 yg mazmumah"..

    harap dapat menafaat..= )

    ReplyDelete
  4. wahhh mcm tu bole? xpenah tahu...
    hoho sgt brmanfaat, jadikan org tu mcm mane pulak? mcm jadikan tuk guru sbg perantaraan hajat kita ke?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. alamak typing error lg..
    "wahhh mcm tu pun bole?' hehe

    ReplyDelete
  7. iye..memang boleh pun..bertawasul gunakan orang sudah diceritakan dalam entri..sila rujuk kembali..tq..= )

    ReplyDelete