Thursday, May 31, 2012

aku pun nak jugak


Assalamualaikum..

Semua orang mempunyai kelebihan yang allah telah berikan dan dengan kelebihan itulah sesorang itu di bezakan. Saya Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur atas segala nikmat dan rezki yang Allah telah berikan kepada saya setakat ini dengan adanya keluarga,kawan-kawan keadaan sekeliling yang membantu saya untuk terus menghadapi mehnah dunia yang penuh mencabar ini.

Dalam nikmat yang di beri ini saya masih lagi cemburu pada beberapa perkara yang ada pada orang lain yang mana kadang-kadang saya tak ada. Bila tengok mereka-mereka ini hati saya selalu berkata ‘bestnya kalau aku ada apa yang dia ada’

Pertamanya,saya sangat cemburu pada mereka yang di kurniakan suara yang merdu. Allah..cemburunya bila mereka gunakan suara merdu mereka ini bila jadi imam atau laungkan azan bila masuk waktu solat. 


Kedua ,saya cemburu pada mereka yang boleh angkat tangan dan berdoa lama-lama.saya pernah lihat satu orang itu dia boleh berdoa lebih dari 10minit!Allah..hebat sungguh. Doa adalah senjata mukmin,ia adalah satu hadiah yang Allah telah bagi pada hamba-hambaNya yang beriman. Setiap apa yang kita  minta insya Allah Allah pasti akan Qabulkan sama ada lambat atau cepat itu lain cerita. Saya pernah cuba untuk angkat tangan dan berdoa selama mana yang saya mampu tapi akhirnya saya hanya baca doa yang biasa saya baca sahaja. 




Dan yang terakhir, saya ter amat cemburu kepada mereka yang boleh menangis bila berdoa terkenangkan dosa-dosa silam , di beri nasihat yang membina,tatakala di beri ujian yang berat dan sebagainya. Ini lagi lah payah saya nak dapat di tambah pula saya seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi.





Saya pernah dengar orang bagi tazkirah ‘bila kita berdoalah tu,kalau boleh menangislah,kalau tak boleh nangis buat-buatlah menangis’. Saya ? buat-buat nangis pun agak sukar bagi saya.hehe..teruk kan? Hurm..

Sekian..= )

7 comments:

  1. salam 'alaik..
    ait sejak bile ade konflik keyakinan pasal suara xsedap..sbb xde org puji ea..mgkin sbb org sekeliling pun sama ego xnk puji =D org sekeliling tend to puji suara org lain..
    actually sedap jer..

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam..mane ade..ni mmg luahan hati ni..hehe..time kasih puji..terharu..= )

    ReplyDelete
  3. ;) tak apa kalau sore tak sedap pun laaa,, kalau ikhlasss,,, orang yangg dengar pun cair (^^) bukan cair dekat kamu laa,, cair dengan keindahan ciptaanNya .. :)

    ReplyDelete
  4. insya allah amal..sama-samalah doakan hati dan amalan dibuat sentiasa kerana allah..= )

    ReplyDelete
  5. insyaAllah :') hehe... #bila kau tulis macam ni,, aku rindu nak dgr azan ,, and orang mengaji kat surau mase kat asrama duluuuu (nakjadibudaksekolahlahhhh,hee~)

    ReplyDelete