Assalamualaikum..
Kadang di alam belajar ni,benda yang paling susah untuk di buat
oleh pelajar-pelajar ialah bangun awal pagi@subuh, mana tidaknya kadang-kadang
pukul 4 lebih baru nak tidur padahal subuh pukul 5 lebih satu jam je lagi
tinggal. Kalaul ikut logic memang badan kita bila sudah terlalu penat memang
agak susah untuk kita bangun di awal pagi letaklah jam loceng yang kuat pun
belum tentu kita boleh bangun
Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ini? Perkara yang paling
mudah ialah kita tidur awal, bila tidur awal maka bangun pun mestilah awal
juga(melainkan orang itu ada sifat baby, tidur 12jam). Maka kita akan dapat
bangun awal pagi dengan mudah tapi bagi pelajar untuk tidur awal mungkin juga
perkara yang agak mustahil pukul 12 kira masih awal untuk tidur sebab banyak
kerja-kerja yang pensyarah bagi untuk di hantar. Paling awal tidur pon mungkin pukul
1 lebih.
Jadi, saya punyai satu amalan yang kta boleh gunakan untuk
memastikan kita dapat bangun pada jam/ waktu yang kita inginkan. Ustaz saya
menamakan amalan ini sebagai jam loceng ajaib. Amalan itu ialah membaca basmalah
21 kali. Bacaan ini kita baca sebelum kita tidur, kita baca basmalah sehingga
21 kali habis sahaja kita terus niat dalam hati bila kita nak bangun. Insya
Allah,pada masa yang kita niatkan itu Allah akan pastikan kita terjaga.
Tengoklah macam mana nnti Allah kejutkan kita dengan perantaraan
makhluk-makhlukNya untuk bantu kita terjaga dari tidur.
Peringatan bila nak beramal,kita mesti yakin dengan apa yang kita
buat sebab dalam satu riwayat ada mengatakan yang Allah berada dalam setiap
sangkaan kita hamba-hambaNYA. Bila kita ragu-ragu dan tak yakin dengan apa yang
kita buat maka Allah pun tak yakinlah nak bagi apa yang kita hajatkan. Selain
itu, bila sudah terjaga maka bangunlah jangan kita layan perasaan mengantuk tu
kalau kita tidur balik maka tak berkesanlah apa yang kita buat sebelum tidur
tadi.
p/s : Tambahan dari amalan tadi,kita bacalah 4 ayat terakhir dari surah
Al-Kahfi selepas kita baca basmalah 21 kali.
Sekian..Selamat beramal..= )
No comments:
Post a Comment