Tuesday, May 8, 2012

serba tak kena


Assalamualaikum..


Dua tiga hari ini saya diri saya jadi tak berapa betul, bukan lah tak betul jadi macam orang yang kurang siuman tu. Cuma ada beberapa perkara yang saya buat jadi serba tak kena dan ntah apa-apa je. Paling teruk bila dalam solat saya boleh lupa surah yang perlu di baca walaupun surah tersebut adalah surah yang biasa saya baca ketika mengimami solat fardhu. Bila perkara seperti berlaku salah seorang kawan saya menegur saya, “kau ni kenapa? Lain je 2-3 arini..” soalan yang saya tak mampu nak jawap. Apa dapat katakan mungkin emosi saya sedikit sedikit terganggu dan lemahnya saya untuk mengawal emosi diri.

Oleh kerana itu, kawan saya telah “merehatkan” saya untuk seminggu ini dari menjadi imam untuk solat Jemaah kerana nak bagi ruang supaya saya dapat kembali stabil dan normal seperti biasa. Hurm.. pagi tadi seluruh fakulti perakaunan di arahkan untuk pergi ke kampus alor gajah(kampus utama di Melaka) bagi menghadiri satu program yang bertajuk ‘Survival Mahasiswa UiTM’. Sebelum bertolak dari kolej kediaman bermacam-macam tanggapan yang muncul di fikiran saya, “apalah agaknya pengisian program kali ini”.

Alhamdulillah.. input yang saya dapat dari program yang saya hadir tadi sangat banyak terutamanya bagi kami seorang pelajar yang hanya mengejar kejayaan akademik ini. Program ini menekankan kepada pelajar bahawa kita perlu mengimbangi intellectual, emotional dan spiritual. Biar hebat macam mana pun seorang itu dalam akademik jika dia gagal untuk mengawal emosi dan spiritual yang ada dalam diri ini maka dia tidak akan kemana-mana. Hebat Dalam akademiknya itu tidak mampu mendekatkan dirinya kepada Allah.

Program ini bagi saya kembali menyedarkan mahasiswa betapa pentingnya kita membina hubungan dengan Allah, mentaati ibu bapa, mempertahankan Negara, menjaga hati orang sekeliling kita dan timbul rasa sayang kepada diri kita yang selama ini telah menzalimi diri kita sendiri. Zalim kepada diri sendiri kerana hanya mengejarkan dan menekan intelektual sahaja tanpa mengambil kira emosi dan spiritual.

Akhir sekali, saya rasa bersyukur sangat kerana Allah kurniakan kepada saya orang-orang yang sekeliling yang sangat terhadap saya secara langsung ataupun tidak. Minta maaf jika kelakuan dan perangai saya ini buat anda semua terkecil dan terguris hati. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian..= )


Saya biasanya akan dengar lagu ini kalau bila terasa macam buat salah dengan sahabat-sahabat saya. Supaya dapat muhasabah diri balik betapa lemahnya saya ini tak mampu nak penuhi kehendak sahabat-sahabat saya.


Sekian..= )


4 comments:

  1. Buat salah ngan adik badik x mintak maaf pun..lagu pn x de tuju..huhuhuu

    ReplyDelete
  2. hehehe..alar.....nnt zaki buat post special untuk adik beradik..= p

    ReplyDelete
  3. Kita sebagai manusia mungkin tak lupa nak jaga hubungan kita dengan Allah, tetapi kita selalu lupa nak jaga hubungan kita dengan sesama manusia. HABLUMMINAALLAH, HABLUMMINANNAS.

    Manusia memang susah nak kawal emosi lagi-lagi bila berhadapan dengan masalah. Fikirkan diri sendiri itu perlu tetapi jangan sesekali lupa terhadap orang sekeliling yang selalu ambil berat tentang diri kita, terutama yang bergelar sahabat. Disebabkan manusia hidup di muka bumi ini dengan makhluk-makhluk Allah yang lain, jadi tidak mustahil perasaan "give up" akan lahir dari hati seorang insan lagi-lagi apabila termakan hasutan syaitan durjana.

    Sebelum terlambat, saya harap saudara belajar untuk menghargai erti persahabatan dengan rakan-rakan. Maaf jika kata-kata saya terlalu mengguris hati. =]

    ReplyDelete
  4. wsalam Anonymous..
    betul..kita perlu jaga dua hubungan kita sama ada dengan Allah dan Manusia..dan dengan manusia ni la kita kadang2 terlepas pandang..
    terima kasih atas nasihat yang membina ni..doakan saya dapat ubah n perbaiki perangai2 yang tidak elok.
    = )

    ReplyDelete