Assalamualaikum..
Dulu bila masa saya masih pada zaman sekolah menengah pasti akan bangga dengan kawan-kawan kalau ada di antara kami yang di sangka tua sedikit dari umur yang sebenar maksudnya Nampak matured. Kalau ada yang di sapa seperti seseorang yang lebih tua maka riuh la di antara kami. Iyalah, mana tak bangga kita jadi lagi tua dari kawan-kawan.
Sebabnya ialah pada zaman sekolah menengah saya bersekolah di sekolah asrama penuh maka perbezaan umur itu sangat-sangat di ambil kira. Walaupun berbeza satu tahun tapi itu sudah cukup membezakan kami. Jadi, kami akan berlagak mengarahkan kawan-kawan untuk membuat apa yang kami minta seperti seorang senior yang garang dan kejam.hehe..
Tapi, bila umur sudah meningkat dewasa terbalik pulak jadinya rasa malu pula bila di sangka begitu tua. Saya sering di ajukan soalan-soalan macam ini
“awak ni da kerja kat mana? Lama tak Nampak..”
“eh,kau keje ape sekarang?”
“eh,kau da kawin ke belum?”
Saya pernah meminta kepada seseorang supaya meneka berapa agaknya umur saya sekarang ni
Saya : abang agak-agak umur saya ni bape tahun?
Hamba allah : 29(muka selamba dan tak bersalah)
Saya : ooooo(muka sedih = ( )
Aduhai..sedih sahaja bila abang itu jawab macam itu. Tua sangat ke muka saya?
Saya pernah terbaca banyak perkara yang dapat mempengaruhi penampilan kita di antaranya adalah penampilan dan gaya kita. Dari segi cara pemakaian,cara percakapan, juga dengan siapa kita bergaul. Jadi saya ingat nak tukarlah penampilan semester depan.hurm..
haha. teringat aku kat "bay view", makcik tuh kate.
ReplyDelete"eh, ingat kan pakcik mane la tadi, mude lagi rupenye"
haha. ;p
tu la kan..tension betul aku..sabar je la..
ReplyDeleteso byk2 kn senyum tu kt muke ye naik sem, klo tgh serabot pun cube senyum =P
ReplyDeleterenung2kan, selamat beramal hakhak
terima kasih..baiklah..nnt aku senyum..= )
ReplyDeleteahaakkksss gituuu laaaaa
ReplyDelete