Thursday, February 2, 2012

cacar air

Assalamualaikum..

Semalam selepas puas berjalan di putrajaya saya singgah pula di rumah abang saya di bandar teknologi kajang. Kasihan anak sedara saya radzwa terkena penyakit cacar air (chicken pox). Baru saya tahu yang sebenarnya ada perbezaan antara cacar air (chicken pox) dan demam campak.

Sebelum ini saya ingat kedua-dua ini adalah satu penyakit yang sama.huhuhu.Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Manakala virus cacar air,Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).



Sebaiknya cacar air ini kita dapat pada waktu kecil kerana parut dan kesan dari ruam yang timbul lebih mudah hilang. Saya juga pernah diserang cacar air pada usia saya 15 tahun,dan akibatnya untuk sembuh dari penyakit ini saja dua minggu saya terlantar di rumah dan kesan dari cacar air masih ada sampai sekarang. Sini saya ada bagi sedikit tips untuk mereka yang terkena cacar air.

Doktor biasanya akan bagi ubat paracetomol (untuk demam) dan calamine losyen (untuk gatal) sahaja. Di samping itu, boleh juga dapatkan ubat anti viral dari klinik berbayar tapi harganya agak mahal.

Selain kita mencuba kaedah perubatan dari klinik, apa salahnya kita turut praktiskan cara rawatan menggunakan petua orang tua-tua untuk penyakit demam campak. Terdapat banyak pantang larang dan ada pelbagai versi;

1. Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa. Selawat 3 kali dan doa minta cepat sembuh. Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.

2. Untuk mengelakkan gatal pada badan pula, gunalah daun semambu dari pokok semambu dengan meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.

3. Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak (untuk sejukkan badan) dan mandi dgn perlahan (supaya bintik-bintik pada badan tidak pecah).

4. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.

5. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.

6. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.

7. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.

8. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.

9. Elakkan bercampur dengan orang lain kerana penyakit demam campak adalah jenis penyakit yang berjangkit.

ok la ye,petang tadi baru sampai skudai setelah berjalan-jalan di sekitar kuala lumpur dan penat pun masih tak hilang lagi. Buat Radzwa moga cepat sembuh ya..

inilah radzwa..= )


setalah di sapu krim

3 comments:

  1. kalo minum air kelapa, jgn mkn ubat...
    minum air kelapa mmg antara cara yg paling berkesan...
    tp kalo mkn ng ubat, ubat x kan berfungsi. sbb air kelapa akan meneutralkan ubat yg dimakan...
    kalo yg kene tu anak yg masih menyusu ibu, si ibu boleh minum kalo anak x nak. sbb khasiatnya masih boleh tersalur melalui susu ibu..

    ReplyDelete
  2. terima kasih..sudi berkongsi maklumat.doakan anak saudara saya sihat ye.= )

    ReplyDelete
  3. Allahumma ameen...
    sesetengah orang percaya yg cacar air xkan serang semula kalo da penah serang sekali...
    tp sebenarnye x...
    cacar air boleh kene berulang kali...
    bergantung pada tahap imunisasi individu...
    segala ilmu milik Allah...
    dimiliki bukan utk disimpan, tetapi lebih bermakna utk dikongsi dan diamalkan.. :)

    ReplyDelete