Friday, February 3, 2012

kuku-kuku ku


Assalamualaikum..

Hari ini,hari jumaat ianya juga di panggil ‘saiyyidul ayyam’ iaitu ketua segala hari. Banyak kelebihan dan fadhilat yang telah di anjurkan dalam islam salah satu darinya ialah potong kuku. Lihat, betapa indahnya islam sangat-sangat mementingkan kebersihan hingga dalam bab kuku pun islam ada menitik berat.= )

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :

Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."

(Hadis riwayat Ahmad) Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."

Di sini juga ada cara kita memotong kuku setahu dan yang pernah saya belajar

Mulakan memotong kuku jari tangan dengan memotong jari telunjuk tangan kanan,kemudian jari hantu,jari manis dan jari kelingking. Seterusnya potong jari kelingking tangan kiri, kemudian jari manis,jari hantu,jari telunjuk,ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Manakala bagi memotong kuku jari kaki pula,di mulakan dengan kuku kaki kanan jari kelingking berturutan sehingga la di akhiri dengan jari kelingking kaki kiri. Jika tidak faham dan tak dapat gambaran yang jelas boleh lihat gambar di bawah.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

sini saya letakkan juga info menarik tentang kuku kita dari American Academy of Dermatology , perhimpunan doktor spesialis kulit di Amerika memberi fakta-fakta berikut tentang kuku manusia:

1. Kuku tumbuh sekitar 0,1 mm per hari.

2. Kuku jari tangan cenderung tumbuh sedikit lebih cepat dibanding kuku jari kaki.

3. Kuku jari kaki kurang lebih dua kali lebih tebal daripada kuku jari tangan.

4. Secara umum, kuku cenderung tumbuh lebih cepat selama musim panas dibanding musim dingin.

5. Kuku kaum laki-laki tumbuh lebih cepat dari kuku perempuan.

6. Kuku di tangan yang dominan cenderung tumbuh lebih cepat.

Itulah beberapa fakta tentang kuku kita sendiri. Semoga bermanfaat dan selamat beramal..= )



No comments:

Post a Comment