Monday, February 13, 2012

membaca


Assalamualaikum..

Dulu-dulu masa saya masih kecil hobi yang biasa saya dengar ialah mengumpul setem,main layang-layang, main basikal dan macam-macam lagi yang sekarang ini memang jarang kita akan dapat dengar orang mempunyai hobi sedemikian. Salah satu hobi yang paling kerap dan gemar di sebut rakan-rakan ketika itu ialah MEMBACA.

Saya juga tak terlepas dari menyebutkan yang hobi saya ketika dulu juga ialah membaca. Abah saya ketika saya masih kecil sangat rajin membawa saya,akak dan adik saya pergi ke perpustakaan awam sultan ismail di larkin semata-mata nak suruh kami membaca buku-buku yang ada di sana. Jarak perjalanan antara rumah saya dengan perpustakaan lebih kurang setengah jam perjalan. Bukan setakat itu sahaja malah abah juga telah mendaftarkan kami sebagai ahli yang membolehkan kami untuk meminjam buku-buku yang ada di sana untuk dibawa pulang dan membacanya di rumah. Saya ingat lagi ketika itu kami hanya di benarkan untuk meminjam 3 buku sahaja jadi 3 buku inilah kami bawa balik dan berlumba-lumba untuk habiskan buku yang telah kami pinjam.

Pernah satu ketika saya pernah terhilangkan buku yang saya pinjam, dan tak pasal-pasal abah saya terpaksa membayar ganti rugi. Bila cari-cari balik ada buku yang di pinjam tersorok di balik buku-buku yang ada di rumah kami. Ini belum kes pulang lambat lagi banyak kali sampai sudah hampir 2minggu baru nak pulangkan buku.hehe..

Alhamdulillah, berkat susah payah abah inilah kami adik beradik adalah sedikit sebanyak minat untuk membaca paling tidak pun buku cerita. Dan berkat itu jugalah abang-abang dam akak saya dapat belajar di luar negara lanjutkan pelajaran di peringkat yang tertinggi.

Pepatah arab ada mengatakan yang maksudnya “ membaca pembuka ilmu “ salah satu cara untuk kita dapat menambah ilmu adalah dengan cara membaca banyak yang kita akan dapat bila kita membaca ini. Dengan ilmu juga kita dapat hindarkan diri dari kena tipu bayangkanlah kalau kita tidak tahu pasal kereta senang-senang sahaja orang nak tipu. Jadi sekurang-kurangnya walaupun kita tak pakar dalam satu bidang kita perlu tahu apa-apa yang asas dalam bidang itu.

Jadi, betapa ilmu di hargai sehingga dikatakan ‘jika kamu hendak berjaya di dunia ini adalah dengan ilmu, dan jika kamu mahu berjaya di akhirat juga dengan ilmu, danjika kamu mahu berjaya kedua-duanya juga dengan ilmu.

Selain itu,kita perlu kaitkan ianya dengan kekuasaan Allah kerana semua ilmu yang ada di dunia ini hanya dari Allah. Allah maha mengetahui dan kita perlu rasa yang kita ini tak dapat kuasai sesuatu ilmu tanpa kehendak dari Allah. Marilah panjatkan kesyukuran kita kepada Allah.

Sekian..= )

No comments:

Post a Comment