Assalamualaikum..
Pada hari jumaat kalau kita pergi solat jemaah di masjid/surau imam yang membaca surah sajdah
akan membaca Surah As-sajdah dan apabila sampai pada satu ayat ini imam akan
sujud dan selepas itu bangun semula untuk meneruskan bacaan. Jadi, sujud itu
adalah sujud tilawah (jangan ingat imam tersalah rakaat pula).
Sujud Tilawah adalah salah satu sujud yang sering
kita lakukan semasa membaca Al-Quran apabila kita membaca ayatnya atau
mendengar bacaan orang lain yang di dalamnya mengandungi perkataan sujud
Tilawah ertinya bacaan. Maka sujud tilawah ertinya
adalah sujud bacaan. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila
dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud. Ayat inilah disebut ayat sajdah
dan sujudnya disebut sujud tilawah
DALIL
Hadith Ibnu Umar: “Nabi s.a.w pernah membaca Al
Qur’an yang di dalamnya terdapat ayat sajadah. Kemudian ketika itu beliau
bersujud, kami pun ikut bersujud bersamanya sehingga ada salah seorang di
antara kami tidak mendapat tempat untuk menjadikan tempat bersujud.” (H.R.
Bukhari dan Muslim)
Para ulama’ berpendapat bahawa sujud tilawah sama seperti ibadah solat yang perlu memenuhi syarat-syarat utama seperti suci tubuh badan,berwuduk,tempat sujud bersih dari najis,mengadap kiblat dan menutup aurat.Mereka mengharuskan bertakbir untuk sujud dan mengucap salam setelah bangun dari sujud sama seperti solat.
BACAAN DALAM SUJUD
Maksudnya:
"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penlihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta".
Jika tak dapat menghafal ayat ni, cukuplah sekadar
kita baca: “Sajjada wajhialillah.” Jika tak dapat membacanya juga oleh kerana
terlupa, maka cukuplah sekadar membaca tasbih seperti biasa ketika sujud.
Manakala ketika di dalam solat pula cara melakukan
sujud sajdah ialah sebaik sahaja membaca ayat sajdah, hendaklah terus bersujud
dan membaca bacaan seperti di atas (di dalam sujud). Setelah itu berdiri semula
meneruskan bacaan seterusnya.
Namun dalam solat berjamaah, sekiranya imam tidak
melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud kerana makmum wajib
menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan
yang tidak dilakukan oleh imam.
KELEBIHAN
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w.
telah bersabda:Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia
sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam
disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi
aku menolak maka untukku neraka.
(al-Bukhari dan Muslim)
Sekadar
inilah secara ringkas tata cara sujud tilawah yang perlu diambil berat oleh
kita samada ketika solat atau ketika membaca Al-Quran apabila melalui ayat
sujud.Insyaallah hanya Allah Ta’ala sahaja mengetahui ganjarannya.Jom sama-sama
kita amalkan untuk kebaikkan kita. :)
Ops..cuba jawab kuiz ni dulu..(highlight guna 'cursor' untuk jawapan)
1.
Dalam al-Quran, terdapat ayat-ayat
(ayat sajadah) yang disunatkan sujud tilawah apabila membacanya, berapakah
bilangan ayat sajadah tersebut ?
- 14 ayat , dan dikatakan 15 ayat, termasuk surah Sod : Surah Al A’raf ayat 206,Surah Ar Ro’du ayat 15,Surah An Nahl ayat 49-50,Surah Al Isra’ ayat 107-109,Surah Maryam ayat 58,Surah Al Hajj ayat 18,surah Al Hajj ayat 77,Surah Al Furqan ayat 60,Surah An Naml ayat 25-26,Surah As Sajdah ayat 15,Surah Fushilat ayat 38 (menurut jumhur ulama’), Surah Shaad ayat 24,Surah An-Najm ayat 62 (ayat terakhir),Surah Al Insyiqaq ayat 20-21,Surah Al ‘Alaq ayat 19 (ayat terakhir)
- 14 ayat , dan dikatakan 15 ayat, termasuk surah Sod : Surah Al A’raf ayat 206,Surah Ar Ro’du ayat 15,Surah An Nahl ayat 49-50,Surah Al Isra’ ayat 107-109,Surah Maryam ayat 58,Surah Al Hajj ayat 18,surah Al Hajj ayat 77,Surah Al Furqan ayat 60,Surah An Naml ayat 25-26,Surah As Sajdah ayat 15,Surah Fushilat ayat 38 (menurut jumhur ulama’), Surah Shaad ayat 24,Surah An-Najm ayat 62 (ayat terakhir),Surah Al Insyiqaq ayat 20-21,Surah Al ‘Alaq ayat 19 (ayat terakhir)
2. Surah
apakah yang terdapat dua ayat sajadah dalamnya?
- Surah al-Hajj
- Surah al-Hajj
3. Apakah
nama surah yang dinamakan dengan nama hari ?
- Surah al-Jum’ah
- Surah al-Jum’ah
4. Satu
surah , dinamakan dengan salah satu rukun Islam, apakah surah itu?
- Surah al-Hajj
- Surah al-Hajj
5. Surah
ini dinamakan dengan nama seorang wanita , apakah nama surah ini ?
- Surah Maryam
- Surah Maryam
6. Apakah
nama surah yang dimulakan dengan tasbih, dan diakhiri juga dengan tasbih ?
- Surah al-Hasyr
- Surah al-Hasyr
7. Dalam
al-Quran, hanya satu nama sahabat Nabi s.a.w disebut , siapakah sahabat
itu?
- Zaid bin Harithah , dalam surah al-Ahzab ayat 37
- Zaid bin Harithah , dalam surah al-Ahzab ayat 37
8. Apakah
nama surah yang paling panjang dalam al-Quran ?
- Al-Baqarah , kerana ada 286 ayat
- Al-Baqarah , kerana ada 286 ayat
9. Sebutkan
5 nama al-Quran yang masyhur :
- Az-zikr, al-Furqan, al-Kitab, al-Qur’an , at-Tanzil
- Az-zikr, al-Furqan, al-Kitab, al-Qur’an , at-Tanzil
10. Apakah
ayat yang paling panjang dalam al-Quran ?
- Ayat ad-Dayn (yang mana dalamnya terdapat hukum-hakam berkenaan dengan hutang ) , iaitu ayat 282 , surah al-Baqarah
- Ayat ad-Dayn (yang mana dalamnya terdapat hukum-hakam berkenaan dengan hutang ) , iaitu ayat 282 , surah al-Baqarah
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment