Assalamualaikum..
Saya baru sahaja balik dari majlis meraikan
bakal-bakal haji dan hajjah di masjid. Alhamdulillah, seramai 15 orang yang
telah t]erpilih untuk menjadi tetamu Allah menunaikan haji di baitullah. Saya
di fahamkan dalam Malaysia sahaja hampir satu(1) juta(948ribu) manusia sedang menunggu giliran
untuk menunaikan haji tuntun rukun islam yang kelima ini. Tapi, dalam
ramai-ramai ini hanya 28 ribu orang sahaja yang Berjaya mendapat kuota
mengerjakan haji.
Seronok melihat pakcik-makcik yang dapat pergi
menunaikan haji bila melihat mereka ini saya turut bersemangat untuk pergi
menunaikan haji juga. Bagi yang belum mendaftar untuk menunaikan haji di Tabung
Haji (TH) baik cepat-cepat mendaftar kerana pagi tadi abah saya telefon TH Kota
Bahru(TH Johor masih cuti ganti Hari Malaysia) mengenai giliran pergi haji ini,
formulanya ringkas jika kita mendaftar sekarang maka 30 tahun mendatang barulah
kita dapat kuota(jika masih diberi peluang hidup). Tak banyak pun, jika sudah
ada RM1,500 sudah boleh mendaftar.
makam nabi |
masjid nabawi |
masjidil haram |
Buat pakcik-makcik yang pergi menunaikan haji nanti
apa yang saya minta ialah doakan saya supaya saya juga dipilih untuk menjadi
tetamu Allah serta sampaikan salam saya buat kekasih juga junjungan besar Nabi
Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassalam.
Sekian.. = )
No comments:
Post a Comment