Tuesday, September 11, 2012

jiran = sifat seseorang


Assalamualaikum..

Waktu saya tengah sibuk mengosok kain cadar sebagai persiapan untuk kak sarah dan keluarga mertua( anak jiran sebelah rumah) yang akan duduk di guesthouse milik Abah,mak tiba-tiba bertanya kepada saya, “anatara jiran dan saudara-mara mana yang patut kita utamakan?” erk..saya yang masih lagi dalam keadaan tak berapa nak fokus terkedu mendengar soalan yang di ajukan oleh mak sebab jarang mak menanyakan soalan kepada saya.

Sama-sama penting

Saya mengambil masa untuk menjawab soalan mak ini, bagi saya saudara mara penting sebab merekalah ahli keluarga kita insan yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Tetapi lain pula jawapan yang mak berikan “jiran lagi pernting zaki, jiranlah yang akan ambil tahu pasal kau,tolong kau bila susah, jagakan rumah bila kau tak ada cuba kau fakir tak kan mak ngah kat melaka nak datang ke sini untuk jagakan rumah bila kita tak ada.”




Bila saya amati memang penting juga jiran ini, kalau tidak tak adalah pepatah arab menyatakan “Al-Jarr Qobla Darr”- jiran sebelum rumah. Pepatah ini menyarankan kita tengok dulu dengan siapa kita akan berjiran sebelum kita hendak tinggal di rumah yang ingin kita diami. Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi ia memberi kesan yang mendalam dalam jangka masa yang panjang.

Peralihan sifat

Banyak orang tak sedar dengan memilih untuk berjiran dengan orang yang baik secara tidak langsung sifat-sifat baik jiran kita juga akan kita dapat secara tidak langsung begitu juga sebaliknya jika kita berjiran dengan orang yang selalu membuat perkara buruk setiap yang dia lakukan sedikit sebanyak tempiasnya akan terkena pada kita juga.

Saya sering melihat bila seorang ini berjiran dengan orang yang kuat bergaduh/cari pasal maka dia juga akan turut jadi orang yang suka bergaduh/cari pasal(tidak semua orang yang jadi begini) padahal jarang lihat dia ini bergaduh semuanya sebab terkesan dengan sifat dari jiran yang duduk berdekatan dengan beliau.

Saya sendiri juga mengalami perkara yang sama dimana apabila saya duduk sebilik dua orang di apartment yayasan melaka maka apabila sudah hampir satu semester kami duduk sebilik dia telah terikut apa yang saya selalu buat dan saya juga terikut apa yang dia selalu buat TANPA SEDAR!

Hal ini boleh juga kita kaitkan dengan satu hadith dari nabi Sollahu ‘Alaihi Wassalam yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.




Selepas itu saya terus cepat-cepat menyiapkan kerja yang diberi oleh mak dan balik ke rumah yang kami tinggal bersama jiran-jiran yang baik dan suka membantu.




Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032)



 p/s : pepatah yang sama maksud "Ar-rafiq Qoblat Thoriq"- kawan sebelum jalan-

Sekian..= )


No comments:

Post a Comment