Saturday, February 18, 2012

awat itam mata tu?

Assalamualaikum

Pejam celik da jumpa balik hari jumaat, tak rasa masa telah berlalu tinggal kan kita. Setiap hari jumaat apabila saya pergi ke kelas pada waktu kuliah pelajar-pelajar perempuan di kelas saya akan bertanya kepada saya “eh,asal mata kau nampak lain kau pakai celak ke?” dan pelbagai lagi soalan yang di Tanya tapi tu yang rapat dan baik dengan saya maka beranilah dia Tanya pada saya, yang tak rapat dengan saya mungkin lebih banyak persoalan yang ada dalam pemikiran mereka yang entah apalah yang mereka fikirkan dan membuat penilaian dengan apa yang telah saya buat.


Fadhilat

Jadi,sebenarnya lelaki juga di bolehkan untuk memakai celak bukan hanya wanita sahaja ya yang boleh memakai celak. Pada hari jumaat kita di sunatkan memakai celak kerana nabi juga memakai celak. Celak bukan hanya mencantikkan mata kita tapi ianya juga mampu menguatkan penglihatan juga menumbuhkan bulu mata.

Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan “ rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam bersabda : “pakailah celak dari ithmid untuk mata kerana ia mencerahkan penglihatan dan menambah pertumbuhan bulu mata” (HR sunan abu daud,ibnu majah)

Ithmid adalah sejenis celak yang khas bewarna merah hitam. Ia diperoleh di Negara-negara timur dan celak ithmid yang terbaik adalah di isfahani(parsi). Sebahagian ulama mengatakan yang celak ini harus di gunakan bagi mereka yang mempunyai penglihatan yang baik dan mata yang serasi, jika tidak ia akan menambahkan sakit mata pada penguna celak tersebut.

Mengunakan celak pada waktu tidur adalah sangat baik kerana ianya memberi kesan kepada mata dengan lebih lama dan menyerap ke liang roma.


Cara pakai/kaifiyah

Terdapat perselisihan faham di kalangan ulama mengenai berapa kali rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam menyapukan celak pada setiap mata baginda yang mulia itu. Perbezaan ini kerana perawi menyaksikannya pada masa yang berbeza. Berikikut adalah yang popular :

1. Rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam memakai tiga(3) kali pada pada tiap-tiap mata( mata kanan tiga kali, mata kiri tiga kali)

2. Rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam memakai tiga (3) pada mata kanan dan dua (2) kali pada mata kiri

para ulama seperti hafiz ibnu hajar,mulla ali qari serta sebahagian ulama yang lain telah memilih cara yang pertama kerana cara yang pertama lebih banyak diriwayatkan secara berulang kali.

Dari ibnu abbas r.huma melaporkan. “rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam menyapukan celak ithmid tiga (3) kali pada kedua belah mata baginda sebelum tidur”, ibnu abbas r.huma juga berkata “Rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam memiliki sebuah kotak untuk menyimpan celak yang mana baginda pakainya tiga (3) kali sebelum tidur”.

Perlu di ingatkan kita pakai celak ini biarlah ala kadar sahaja sekadar mahu mencantikkan mata pemberian Allah dan mengikut sunnah rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam jadi tak perlulah berlebih- lebihan dalam memakainya.

ops..bukan macam ini ya...

Sekian..= )

3 comments:

  1. assalam..
    tumpang tanya, mcmne nk bezakan celak yang dianjurkan dgn eye liner...
    sbb yg sy perasan, mostly yg dijual kalis air...
    gane tu ek?

    ReplyDelete
  2. wsalam..
    bukan ke celak dan eye liner adalah sama maksud cuma berbeza bahasa sahaja.
    bagi saya,lagi prefer pakai celak mekah yang mak,abah atau sedara-sedara kita bawak balik dari megerjakan haji/umrah

    kalau saudara/i ingin mengetahui mengenai maklumat lanjut tentang pengunaan celak kalis air ni boleh rujuk laman web ini :
    http://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=392:hukum-bercelak-dan-kemusykilannya&catid=24:feqah&Itemid=45

    sekian..= )

    ReplyDelete
  3. got it clearly...
    syukran jazil.. :-j

    ReplyDelete